Tuesday, August 17, 2010

Harvard universiti terbaik dunia

http://helmdahl.blogspot.com/2010/08/harvard-universiti-terbaik-dunia.html


SHANGHAI 13 Ogos - Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS) menduduki tangga teratas dalam senarai universiti terbaik di dunia untuk lapan tahun berturut-turut.
Senarai itu yang dikeluarkan oleh Universiti Jiaotong, dikuasai oleh institusi pengajian tinggi (IPT) dari AS, sekali gus menimbulkan kemarahan pentadbir IPT di Eropah.
Senarai itu juga meletakkan Universiti California di tempat kedua manakala Universiti Stanford di tempat ketiga.
Jiaotong melalui Pusat Penyelidikan Universitinya yang bertaraf dunia membuat senarai itu dengan memberi fokus kepada pencapaian saintifik setiap universiti tanpa mengambil kira pencapaian ilmu kemanusiaannya.
Selain itu, mereka juga mengambil kira berapa banyak pingat Nobel yang diperolehi serta pencapaian para alumni setiap universiti terbabit.
Bagaimanapun, beberapa universiti di Eropah mempertikaikan senarai berkenaan dengan mendakwa kriteria pemilihannya dibuat secara tidak adil.
Kedudukan tertinggi yang dicatat oleh universiti dari luar AS adalah Universiti Cambridge dan Oxford dari Britain apabila masing-masing menduduki tangga kelima dan kesepuluh.
Sementara itu, Universiti Tokyo merupakan IPT dari Asia yang berada di tangga teratas senarai itu menduduki tangga ke-20.
Peking Universiti dan Tsinghua Universiti pula berada di kedudukan paling atas untuk IPT dari China di kedudukan 151 dan 200 dalam senarai itu.
Senarai yang dibuat oleh Universiti Jiaotong itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia apabila ia diperkenalkan pada 2003 bertujuan meletakkan tanda aras kepada universiti-universiti di China. - AFP

SISTEM FITNAH: Syair Dajjal

http://ksz-associate.blogspot.com/2010/02/sistem-fitnah-bahagian-1.html

Pendahuluan


Tha-Djel ialah Dajjal?

"FOR THE LOVE OF THE KING" 
Tha-Djel the Girtab,
Barchiel, Saitziel, Sosul of Girtab,  
of Akra-Bu,
O master of knowledge,
O Concentrator, in Southwest Bethchon,
Sahaqnab by night,
by the soul of Serpent,
by the blood of Kings,
O Spirit, the Seeing Day Moon of Tha,
and O dead stars,
reborn from smoke of Opopnax, 
with iron trinket,
and blue-green-dark-red candle,
and blackthorn tree,
me, us, sons, maidens, we wait,
overwhelm spirits,
reborn Tha by earth stop,
be sole king, be everything.
 - SYAIR CELT

--- 
Bahan artikel kali ini diperoleh secara lisan melalui seorang rakan berbangsa Inggeris (Adam, kini Muslim) di United Kingdom, kita ikuti dahulu kisah saudara baru kita ini. Kisah ini telah dialih dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan diringkaskan untuk memudahkan penceritaan. Kemudian kita akan cuba buat penilaian. Kami tidak memaksa anda percaya, ini hanya untuk berkongsi pengetahuan.

Kesahihan kisah seperti diceritakan Sermont kepada Adam tidak dapat dipastikan kerana kekurangan sumber. Sambungan tajuk ini akan cuba dipadankan dengan sumber-sumber lain dengan hanya menjadikan kisah ini sebagai klue awal. Topik ini tidaklah pelik atau sangat sukar.
--

Julai 2004
AKU selalu menunggu hari Ahad, hari aku tidak bekerja. Selesai mandi dan sarapan roti bawang putih, aku terus memandu ke pinggir kota London, menuju ke rumah Sermont.

Sebaik sampai, Sermont menjemput aku dengan senyuman dan mempelawa aku duduk di atas sofa yang baru dibelinya.

“Mahu tahu lagi mengenai perkara yang aku beritahu kamu pada minggu lepas?” tanya Sermont kepada aku.

“Oh, silakan…aku memang suka dengar kisah mistik” balas aku.

Aku telah lama mengenali Sermont sejak mula bekerja dengan majikan aku sekarang kerana dia pernah menjadi jiran aku di kota London. Sermont seorang Kristian, tetapi pada masa yang sama mempunyai pengetahuan mengenai Wicca dan perkara-perkara mistik mengikut pemahamannya.

“Mengikut tradisi yang kami anggap mitos, ada seorang lelaki dari tanah putih datang ke Eropah pada satu zaman yang terlalu lama, kira-kira beberapa ratus tahun sebelum kewujudan Merlin” kata Sermont.

“Siapa lelaki itu? Apa pula maksud tanah putih itu?” aku menyampuk.

“Sabar dulu…biar aku cerita lagi..” balas Sermont membuat aku terdiam.

Sermont menyambung: “Lelaki itu datang mengajar ilmu kepada bangsa Eropah yang masih mundur pada zaman itu. Dia bijak dalam banyak perkara, semakin lama semakin cerdik akalnya.

“Pada zaman itu juga orang Eropah masih bodoh walaupun sudah lama berpindah ke benua ini untuk memulakan hidup baru selepas nenek moyang mereka kalah teruk dalam peperangan di daerah tanah putih. Lelaki itu mengekori perjalanan mereka hingga ke Eropah bagi memenuhi perjanjiannya dengan nenek moyang mereka.

“Lalu orang Eropah diajar untuk membina tamadun, dia memilih salah seorang daripada mereka untuk dijadikan raja dan menetapkan syarat. Syaratnya, raja itu mesti mengikut segala petunjuk yang diberikannya bagi memakmurkan Eropah dan mengekalkan kuasa raja.

“Lama-kelamaan, orang Eropah semakin ke hadapan dan lelaki itu menghilang. Beberapa ratus tahun selepas itu, Merlin pun muncul. Orang Eropah yakin bahawa Merlin itu adalah lelaki sama yang pernah diceritakan orang-orang terdahulu berdasarkan karekter mereka yang hampir sama.

“Itulah kisah mengenai seorang lelaki yang lebih dahulu muncul di tengah-tengah orang Eropah sebelum Merlin. Orang-orang Eropah terutama Celt mengarang syair bagi memperingati lelaki itu, aku tak tahu apa nama syair itu kerana ia hanya disampaikan melalui lisan. Tapi aku namakan syair itu sebagai For the Love of the King kerana ia menggambarkan bahawa lelaki itu dipuja seperti seorang raja yang disayangi rakyat” cerita Sermont agak panjang lebar.

“Lelaki itu namanya Tha-Djel?” soal aku kepada Sermont.

“Ya. Jangan tanya lagi…aku pun kurang faham syair itu” balas Sermont dengan nada yang kurang meyakinkan.

Ogos 2006, 
AKU bersama seorang rakan setugas berbangsa Arab ditugaskan oleh majikan untuk menyempurnakan tugasan perkembangan di Iraq. Tiba saja di Iraq, aku jadi sedikit takut kerana umat Islam dikatakan ganas dan akan membunuh setiap orang asing terutama yang berwajah Eropah. Mujur rakan setugas aku itu berketurunan Arab, aku berasa sedikit selamat.

Ketika berjalan-jalan sekitar sebuah pekan yang musnah akibat peperangan, tiba-tiba datang seorang wanita Arab menjerit-jerit ke muka aku dalam bahasa Arab. Aku bertanya kepada rakan setugas mengenai maksud percakapan wnaita itu.

“Dia minta kamu suruh semua orang Amerika pulang. Dia kata kamu dan bangsa kamu pengikut seorang penipu besar,” jelas rakan setugas aku itu dalam nada yang kekok seperti enggan berterus terang sepenuhnya.

“Siapa penipu besar itu? George Bush?” aku tanya semula dan pada masa yang sama wanita itu terus menjerit-jerit mungkin memberitahu kesengsaraan yang dihadapi keluarganya akibat peperangan.

“Kamu betul mahu tahu? Kamu janji jangan prejudis dengan apa yang akan aku beritahu? Jom kita pulang, akan aku beritahu nanti,” kata rakan aku itu dan kemudian menenangkan wanita itu sebelum berlalu.

Di hotel, aku bertanya semula kepada rakan aku itu: “Ceritalah….aku mahu dengar” kata aku.

“Dia maksudkan penipu itu ialah ad-Dajjal, dia maksudkan Amerika dan sekutunya itu adalah pengikut Dajjal, si penipu besar yang mahu melihat kehancuran manusia,” balas rakan itu dengan wajahnya yang masih sedikit basah selepas solat.

“Dajjal? Rasanya pernah dengar nama itu tapi dalam sebutan lain yang hampir sama. Ceritakan lagi mengenai Dajjal itu.. aku pernah dengar nama itu dari seorang rakan, tapi dia tidak lagi menemui aku sehingga hari ini,” kata aku.

 Rakan aku itu terus bercerita mengenai Dajjal mengikut perspektif Islam dan kaitannya dengan kedatangan semula Dajjal bersama segolongan manusia yang dinamakan Gog Magog (Yakjuj Makjuj). Rakan aku itu ternyata berpengetahuan tinggi mengenai agamanya, Islam.

Kemudian aku berfikir semula mengaitkan sebutan Tha-Djel dengan Dajjal.

Tha-Djel=Thadjel=Dadjel=Dajjel=Dajjal=Dajal” itulah namanya mengikut kaedah sebutan homofon kerana suku huruf 'Th' kadang-kala berfungsi sebagai 'D' seperti The, That dan sebagainya.

Aku tersentak, mungkin benar ada kaitan antara Dajjal ini dengan bangsa Eropah. Bangsa Eropah mungkin dari gugusan Caucasia dan pecahan bangsa Scythia selepas kalah besar dalam peperangan satu masa dahulu. Orang Eropah yang sama darahnya dengan aku mungkin keturunan Gog Magog (Gog Magog Bloodlines).

Askar Yakjuj Makjuj Scythia

Selepas enam bulan sekembali ke London, aku berusaha menidakkannya dengan meneliti rekod-rekod sejarah mengenai perjalanan bangsa Scythia namun yang benar itu tetap benar. Aku gagal menidakkannya. Mengikut perspektif Islam, Dajjal itu akan keluar bersama Gog Magog ketika akhir waktu. Maka, perspektif Islam itu sangat jelas.

Aku mula menyelidik teori-teori mengenai Dajjal yang ditulis orang Islam, aku membelek karya Muhammad Isa Dawud yang diterjemah dalam bahasa Inggeris yang aku beli di sebuah kedai buku milik seorang lelaki India Muslim. Teorinya janggal, tapi bukan kejanggalan teori yang aku tumpukan. Aku mencari maksud Dajjal melalui perspektif Islam dan menemui sedikit jawapannya.

Aku juga meneliti teori-teori konspirasi Dajjal yang ditulis dalam bahasa Inggeris yang bercambah di internet. Walaupun sekadar teori, ia tampak boleh diterima kerana dapat melihat serba sedikit pertalian antara Dajjal dan Gog Magog serta permainan busuk pengikut Dajjal dalam mempergunakan beberapa agama bagi menutup kerja mereka. Ada satu sisi yang boleh diterima akal. Aku mula mampu melihat bahawa Tuhan itu SATU iaitu yang disembah oleh umat Islam.

Aku teliti pula al-Quran yang diterjemah dalam bahasa Inggeris. Aku membelek surah Kahfi, disebut tentang Gog Magog. Aku membelek pula Hadis Muhammad, banyak diceritakan tentang Dajjal dan pertaliannya dengan Gog Magog. Islam telah lama ada jawapannya. Aku sudah tidak dapat menidakkan atau menegakkan benang basah.

Kemudian aku berfikir secara waras untuk mengubat jiwa, tidak salah jika lahir dari darah keturunan Gog Magog selagi kita mencintai kebenaran dan menuju ke jalan kebenaran. Aku menelefon rakan setugas aku itu, aku menyatakan sesuatu kepadanya. Dia membawa aku ke sebuah pusat Islam di London, dan aku mengucapkan kalimah iman. Jiwaku tidak lagi terasa kosong. Aku sudah menemui pengisian jiwa yang sewajibnya, aku sudah sedar tujuan aku diciptakan sebaik aku mengenali Tuhan yang sebenar-benarnya.

Demikian kisah dari Adam, saudara baru yang menemui jawapan yang tidak pernah disangkanya.
-- 
nantikan sambungannya…

50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

http://bengkelrohani.blogspot.com/2010/06/50-tanda-tanda-orang-munafik.html



50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT

2. Lupa kepada Allah SWT

3. Melalaikan solat fardu

4. Mempercepat mengerjakan solat

5 Gemar meninggalkan solat berjemaah

6. Meninggalkan solat Jumaat

7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
- Berpura-pura melakukan kebaikan di tengah2 orang ramai dan gemar melakukan kemungkaran di belakang orang adalah dibenci Allah SWT.

9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
- Orang-orang yang memiliki ilmu dan apabila ditanya orang lain sedang dia mengetahui persoalan yang ditanyakan itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini merupakan perbuatan yang menghalang kemajuan ummat Islam dan dapat menutup kebenaran.

10. Riak

11. Hasad dengki

12. Dusta

13. Mungkir janji

14. Bakhil

15. Fitnah
- Menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai supaya mereka membenci atau memusuhinya. Membuat laporan tanpa fakta dan usul periksa serta mengada-adakan cerita. Ia juga tergolong dalam sifat-sifat munafik dan dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
- Tidak berhikmah di dalam berkata-kata dan dalam menyampaikan dakwah. Menggunakan kata-kata kesat terhadap orang lain terutama yang tidak bersependapat dengannya.

17. Mengumpat

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
-Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini dicela didalam Islam.

19. Mengingkari Takdir Allah
Sesungguhnya orang yang menolak, membenci atau mengingakari takdir Allah, tergolong dalam golongan kufur dan rosak iman dan mendapat azab serta kemurkaan Allah

20. Mempersenda kesucian agama
- Perbuatan mempersenda kesucian dan agama Islam adalah suatu yang amat dibenci dan dilarang dalam Islam kerana ianya seolah-olah menentang sesuatu yang diturunkan Allah.

21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT

22. Menghina sahabat Rasullullah SAW

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar

24. Menangguh pembayaran hutang

25. Menipu dalam jual beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan amalan timbang atau sukat sesuatu barang tanpa kadar yang mencukupi atau menjual barangan yang rosak dimana, menimbulkan rasa kecewa dan tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai harta ( tanah ) orang lain dengan jalan aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai Islam. Perbuatan ini walaupun dengan mengambil Cuma sejengkal, adalah termasuk perbuatan dosa besar dan munafik.

27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran

28. Memakan harta anak yatim
Orang yang mengambil dan menggunakan harta anak yatim serta orang yang tidak amanah di dalam mentadbir harta anak yatim. Berselindung di atas nama pemegang amanah akan tetapi menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri

29. Membuka rahsia orang lain
- Suka mencari-cari keaiban dan rahsia orang lain dan kemudian menyebarkan dan mewar-warkan keburukan dan kelemahan itu samada di dalam majlis rasmi dan kuliah ataupun dengan cara menyampaikan daripada individu kepada individu.

30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
- Apabila seseorang melakukan dosa dan merasa selamat dari murka dan seksaan Allah, maka anggapan ini adalah berdosa besar dan amalan orang-orang munafik.

31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai

32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam

33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang

34. Bermuka-muka

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya

36. Sombong diantara sesama manusia

37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
- Perbuatan yang menurut kehendak nafsu sehingga boleh tersesat dan menyesatkan pada jalan yang benar sebagaimana Yahudi dan Nasrani.

38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup

40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
- Membuat sesuatu perkara dan keputusan kemudian merubah semula dalam masa yang singkat, umpama membina rumah kemudian diruntuhkan semula.

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah

42. Mengkhianati sesuatu amanah
- Diberi amanah tetapi menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati amanah.

43. Memutuskan silaturrahim
- Memisah dan merosakkan hubungan silaturahim, merosakkan hubungan sesama keluarga, sahabat handai, sesama jemaah ataupun organisasi mahupun sesama masyarakat.

44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
- Menjadi batu api serta membuat laporan dan menaburkan fitnah sehingga berlaku perpecahan dan hilang kasih sayang di kalangan sesama umat Islam.

45. Menghalalkan perkara yang haram
- Menjadikan matlamat sebagai sasaran utama sehinggakan sanggup melanggar batas aqidah, syariat dan akhlak. Matlamat tidak menghalalkan cara.

46. Membuat kerosakan dimuka bumi

47. Menuduh orang beriman bodoh
- Orang Munafik mempunyai pendirian yang lemah dan amat sedikit memiliki ilmu pengetahuan tentang perjara yang bermanfaat dan memudharatkan. Justeru, mereka menuduh orang beriman bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun dalam urusan kehidupan.

48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
- Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran untuk kepentingan diri semata-mata. Menjadi perosak agama di atas nama agama.

49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT

50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Sumber : Buku 50 TANDA-TANDA ORANG MUNAFIK. Mohamad, D. H. (2008) Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Syiah Aceh

http://www.al-shia.org/html/id/service/maqalat/008/15.html

Oleh: Dr. Hasballah M Saad

ADAKAH pemeluk Syiah di Aceh? Ini perlu dipertanyakan ketika banyak sekali simbol-simbol “Syiah” ditemukan, dan sangat menonjol di kehidupan sehari hari masyarakat Aceh.
Sejarah mula kedatangan Islam ke Aceh, pemimpinnya dikenal bernama Shir, seperti Shir Poli, Shir Nuwi, Shir Duli. Dalam hikayat-hikayat Aceh lama, kata gelar Shir sering pula disebut Syahir. Misal, Shir Nuwi dibaca Syahir Nuwi, Shir Poli dibaca Syahir Poli dan seterusnya. Kata Syahir ini lebih kurang setara dengan kata Ampon Tuwanku dalam tradisi melayu di Malaysia.
Asal kata shir, datangnya dari keluarga bangsawan di kawasan Persia, dan sekitanya. Maka putri Raja Persia yang setelah negerinya ditaklukkan Umar Ibnul-Khatab, ditawan dan dibawa ke Madinah, mulanya bernama Shir Banu. Setelah dibebaskan oleh Ali bin Abi Thaleb, Shir Banu menikah dengan putra Ali bernama Husen. Sementara dua saudara Shir Banu lainnya menjadi menantu Abubakar dan menantu Umar Ibnul Khattab. Belakangan nama menantu Ali itu berubah menjadi Syahira Banu, dan dalam lafal di Hikayat Hasan Husen, nama itu dipanggil Syari Banon, yang menjadi isteri Sayyidina Husen bin Ali. Husen syahid dibunuh Yazid bin Muawiyah di Karbala pada 10 Muharam. Shir Banu atau Syari Banon menjanda sambil membesarkan anaknya Ali Zainal Abidin, yang sering dipanggil Imam as-Sajad, karena selalu suka bersujud (shalat).
Dalam hikayat Hasan Husen, nama Syari Banon disebut berulang ulang karena beliau ini mendampingi suami dengan sangat setianya, hingga ke kemah terakhir di Karbala, mengantar Husen menuju kesyahidan. Banon bersama putra kesayangannya Ali Zainal Abidin yang masih sangat belia, menyaksikan sendiri tragedy yang jadi sejarah hitam umat Islam, karena darah titisan Rasul saw tumpah di bumi Kufah oleh tangan orang yang mengatasnamakan dirinya khalifah kaum muslimin. Peristiwa Karbala ini, di Aceh diperingati dengan khanduri Asyura secara turun temurun. Adakalanya diiringi dengan membaca hikayat Hasan Husen, dan para wanita Aceh mempersiapkan penganan sebagai khanduri keu pangulee. Acapkali pula, para pendengar hikayat ini mencucurkan airmata tatkala cerita sampai kepada pembantaian anak cucu Rasulullah saw itu.
Rafli, penyanyi Aceh kontemporer mendendangkan peristiwa itu dengan lirik:
//”Lheuh syahid Hasan ji prang lom Husen/ Ji neuk poh bandum cuco Sayyidina/ Dum na pasukan bandum di yue tron/ Lengkap ban ban dum alat senjata”// ( Dah syahid Hasan, Husen pun digempur/ Nak dihabisi cucu Sayyidina (Rasulullah)/ Seluruh pasukan disuruh turun/ Lengkap semua dengan senjata.)
Semangat mencintai ahlul bait, keluarga Rasulullah saw itu muncul pula di Aceh dalam bentuk tari tarian. Di antaranya yang terkenal adalah Saman Aceh. Ragam gerak, lirik lagu dan ratoh dipenuhi symbol symbol Karbala . “Tumbok Tumbok Droe”(memukul mukul dada sendiri) dilakukan oleh para pemain Saman Aceh (juga dalam seudati) sebagai symbol penyesalan Karbala . Seluruh gerak tari Saman itu diilhami oleh kepedihan, penyesalan, dan ratap tangis atas syahidnya Sayyidina Husen, yang terperangkap oleh tipu daya penduduk Kufah yang mendukung Yazid bin Muawiyah.
Di Iran, dan beberapa kawasan sekitar benua Persia itu, amat lazim dijumpai perempuan dan laki laki memukul mukul dada hingga ada yang berdarah untuk mengenang peristiwa Karbala di hari Asyura, setiap tahunnya. Dalam naskah hikayat Muhammad Nafiah, yang mengisahkan peran adik laki laki Hasen bin Ali dari lain ibu, yasng menuntut bela atas syahidnya Husen di Karbala, jelas sekali dilukiskan bagaimana pengikut Yazid “dikafirkan” oleh sang penulis hikayat itu. Tatkala Muhammad Nafiah ingin mengeksekusi mati seorang lagi perempuan hamil yang masih hidup, sementara yang lain sudah dibunuh semua, maka turunlah suara dari manyang (langit).
//”Sep ka wahe Muhammad Nafiah, bek le tapoh kaphe ulu/ Bah tinggai keu bijeh, agar uroe dudoe mangat na asoe neuraka”// ( “Cukup sudah wahai Muhammad Nafiah, jangan lagi dibunuh kafir hamil itu/ agar dia beranak pinak lagi untuk isi nereka kelak”)
Karensa Muhammad Nafiah ingin mengabaikan perintah penghentian pembantaian itu, maka tiba tiba dia dan kudanya diperangkap oleh kekuatan sghaib. Lalu terkurunglah dia bersama kudanya dalam sebuahgua batu. //Muhammad Nafiah lam guha bate/ Sinan meu teuentee dua ngen guda// (Muhammad Nafiah dalam gua batu/ Terkurung disitu bersama kudanya).
Dalam bagian lain, dikisahkan bahwa pada suatu hari, ketika Muhammad Nafiah masih kecil, Ali bin Abi Thaleb membawa pulang ke Madinah anak laki lakinya itu dan duduk-duduk bercengkerama bersama Rasul dan dua kakaknya lain ibu, Hasan dan Husen. Rasulullah saw mendudukkan Hasan dan Husen di pangkuan sebelah kiri, sementara Muhammad Nafiah duduk di atas paha kanan Rasulullah. Tatkala Fatimah, ibunnya Hasan dan Husen melintas, dia bermasam muka karena melihat justru putra Ali yang bukan berasal dari rahim Fatimah mendapat tempat di sebelah kanan Rasulullah, sementara putra-putranya, Hasan dan Husen duduk di paha kiri Rasul.
Rasul memandang wajah masam Fatimah az-Zahra, putri kesayangannya itu. Lalu Rasul memanggil Fatimah, dan bersabda:
“Wahai anakku, janganlah bermasam muka. Yang ini, sambil menunjuk Hasan dan Husen, akan menemui ajal kelak ketika kita sudah tiada, karena dibunuh orang. Yang inilah, sambil menunjuk Muhammad Nafiah, yang akan menuntut bela atas kematian kedua mereka ini, maksudnya Hasan dan Husen. Jibrail telah menyampaikann hal itu kepadaku wahai Fatimah”
Mendengar ucapan Rasul waktu itu, barulah wajah Fatimah kembali berseri seperti sediakala. Ada pesan Jibrail kepada Rasulullah atas peristiwa yang bakal terjadi atas anak cucunya setelah Rasul dan Fatimah tiada kelak. Begitu mulianya kedudukan Muhammad Nafiah, putra Ali dari isteri lain, (mungkin hasil perkawinan mut‘ah dalam peperangan yang lama).
Hikayat itu telah menjadi bacaan sehari-hari kaum muslimin di Aceh. Dalam benak orang Aceh, kafir perempuan yang hamil tua itu, meskipun dia adalah pemeluk agama Islam, namun dipandang sebagai kafir karena dia pengikut Yazid bin Muawiyah. Dan inilah cikal bakal kafir sekarang ini yang akan menjadi pengisi neraka kelak. Wallahu ’aklamu bis-shawab!
Jika dibandingkan dengan cerita tentang kehebatan Amerika dalam film-film perang mereka dengan Vietnam umpamanya, muncul kesan publik bahwa Amerik-lah yang paling jagoan, meskipun semua orang tahu pada akhirnya dia harus angkat kaki dari negara bekas jajahan Perancis itu, meskipun orang Vietnam melawan dengan bambu runcing. Tak ada catatan sejarah yang akurat tentang Muhammad Nafiah yang menghabiskan seluruh pasukan Yazid di Kufah, namun hikayat itu justru mengisahkan yang tinggal hanya seorang “kaphe ulu” (maaf: hamil) yang anak turunannya menjadi cikal bakal penghuni neraka kelak.
Saya bisa memahami bagaimana kepedihan kaum muslimin katika Husen syahid, dan perasaan itu dihibur dengan pembelaan yang gemilang oleh cerita kemenangan Muhammad Nafiah bin Sayyidina Ali, setelah Husen dan pengikutnya syahid di Karbala. Ini juga menjadi bukti terhadap apa yang diriwayatkan, tentang cerita Fatimah bermasam muka, karena Hasan Husen diletakkah di atas paha kiri Rasulullah, ketika mereka masih kecil dulu dan Muhammad Nafiah justru di paha kanan Rasul.
Dalam tradisi Aceh, hikayat berbentuk hiburan yang selalu mengandung pesan, nasihat, sumber pengetahuan, sejarah serta agama. Hikayat Hasan Husen, Nubuwat Nabi, Fatimah Wafat, Muhammad Nafiah dan lain-lain merupakann bacaan rakyat yang utama disamping hikayat-hikayat lain seperti Putroe Gumbak Meuh, Peurakoison, Nun Farisi, Indra Budiman, Indra Bangsawan, Baya Siribee dan lain-lain. Kala itu memang belum ada novel Lasjkar Pelangi, atau Sang Pemimpi, atau Ayat-ayat Cinta dan sebagainya. Sinetron pun belum dikenal oleh masyarakat Aceh lama. Maka cerita dalam hikayatlah yang menjadi referensi perilaku, sumber nasehat, dan pengetahunan sejarah bagi masyarakat luas.
Di kawasan pantai barat Aceh, termasuk utamanya Aceh Selatan, berkembang kesenian tradisional “Pho” Tari pho dimainkan oleh sejumlah anak anak gadis remaja, dengan mendendangkan syair penuh nuansa sendu, seumpama orang meratapi kematian. Dalam format khusus, gadis remaja menyusun format berkeliling melingkar, dan meratapi sesuatu, bagaikan meratapi kematian. Ingatlah bagaimana masyarakat Aceh memperingati “Asyura” dengan nyanyian dan hikayat Hasan Husen, semua dilantunkan dalam irama pilu penuh duka lara.
Di komunitas lain di Pidie, agak menarik disimak rentetan nama-nama anggota keluarga Sayed (Habib). Sebut saja berawal dari Nama Sayed Idris alias Teungku Syik di Keude, memiliki tiga anak laki laki dan dua anak perempuan. Yang laki laki bernama Sayed Hasyem, Sayed Husen, Sayed Abidin (Zainal Abidin), sementara anak perempuannya bernama Cutwan Dhien dan Cutwan Samalanga (nama aslinya tidak dikenal lagi). Sayed Husen berputrakan Sayed Abubakar, Sayed Puteh, dan Sayed Bunthok, sementara yang perempuan bernama Cutwan Syarifah, Cutwan Manyak dan Cutwan Fatimah.
Sayed Zainal Abidin mempunyai seorang putri tunggal bernama Ummi Kalsum (Cutwan Kasum) Dari perkawinannya dengan saudara sepupu, Sayed Abubakar, Cutwan Kasum memiliki saeorang putri tunggal diberi nama Cutwan Fatimah, yang menikah dengan Sayed Ali bin Sayed Abdullah Bambi. Sayed Abdullah Bambi menikah dengan Cutwan Khadijah binti Habib Husen Az-Zahir. Sementara kakak Cutwan Khadijah bernama Habib Hasan dan Habib Ahmad Sabil. Khadijah sendiri berputrakan selain Sayed Ali adalah Sayed Muihammad, dan Aja Rohani.
Sementara Habib Hasyem alias Habib Peureumbeue, mempunyai beberapa orang putra, antara lain Sayed Ahmad (Pak Mukim) Sayed Abdullah, dan yang perempuan bernama Cutwan Khadijah pula. Cutwan Khadijah menikah dengan Habib Ahmad Mon Keulayu, dan berputrakan antara lain Sayed Hasan, Sayed Husen, Sayed Aabdurrahman, Sayed Alwi, Sayed Ali dan Sayed Jamaluddin. Simaklah putaran nama-nama itu, semuanya berkisar sekitar nama keluarga Rasulullah, mulai dari Hasyem, Abdullah, Khadijah, Ahmad (Muhammad) Ali, Fatimah, Hasan, Husen, Umi Kalsum, Zainal Abidin, Abubakar, dan seterusnya. Sementara masyarakat umum yang bukan keturunan Sayed, selalu memberikan nama anak-anak mereka dengan nama-nama Abbas, Hamzah, Aminah, Thaleb, Zainab, Rukaiyah, disamping nama-nama seperti yang saya sebutkan itu.
Apakah fenomena ini dapat dijadikan indikasi bahwa para pemilik nama-nama itu merupakah pengikut Syiah Aceh? Apakah nama-nama demikian karena menasabkan diri pada keturunan Rasulullah? Atau telah terjadi pertalian dua kepentingan, petama menasabkan diri pada darah nabi, dan kedua melestarikan nama-nama yang dikenal sebagai nama ahlul bait yang utama? Tentu hal ini memerlukan penelitian lebih lanjut.
Simak pula, kisah yang selalu dilantunkan pada bulan Muharram (bulan dimana syahidnya Sayyidina Husen di Karbala):
//”Bak siploh uroe buleueun Muharram/ Kesudahan Husen Jamaloe (Jamalul/ Peu na mudah ta khanduri / Po Tallah bri pahla dudoe”// ( “Sepuluh hari bulan Muharram/ Kesudahan Husen Jamalul/ Jika ada kemudahan agar ber khanduri/ Allah memberi pahla nantinya”)
Bagaimanan jika disimak praktek ritual ibadah wajib seperti shalat lima waktu, puasa, zakat dan haji? Orang Aceh semuanya mengikuti praktek ibadah kaum Sunni, sebagaimana lazimnya kaum muslimin di tempat-tempat lain di Indonesia. Namun bacaan shalawat kepada Nabi dan keluarganya, selalu diucapkan dengan menambahkan kata Sayyidina di depan nama Muhammad, dan Ibrahim. “Allahumma shalli ala Sayyidina Muhammad, wa ’ala ali Sayyidina Muhammad, kama shallaita ala Sayyidina Ibrahim, wa ala ali Sayyina Ibrahim, dan seterusnya”. Hal ini amat ditentang oleh pengikut Wahabi yang sangat anti terhadap praktek ibadah seperti memuja nama Rasul itu dengan meletakkan nama Sayyidina di depan nama-nama mereka.
Saya hampir sampai pada kesimpulan bahwa orang Aceh itu pencinta Ahlul Bait yang sangat setia, kalaupun mereka tidak pernah mengaku sebagai pengukut syi‘ah. Bukankah pada masa tertentu dalam sejarah Islam, kaum syi‘ah meperkenalkan istilah taqiyah (bersembunyi) dan dari itu lahirlah ungkapan, bahwa orang yang mengaku dirinya syi‘ah bukanlah syi‘ah lagi”
Simaklah sebuah cerita lucu tapi mengharukan, yang berlaku dalam satu keluarga miskin dan buta huruf di sebuah desa di Aceh pada tahun 1950-an. Tersebutlah nama Waki Saad Gapui, yang menikah dengan perempuan desa buta huruf, Maimunah namanya. Mereka berputrakan beberapa orang dan semua laki-laki. Saad adalah penggemar hikayat Hasan Husen, seperti juga penduduk kampung lainnya. Maka dalam hikayat itu dikisahkan begini:
“Hasan dan Husen cuco di Nabi/ Aneuek tuan Siti Fatimah Dora/ Tuan teu Husen Syahid dalam Prang / Tuan teu Hasan syahid ji tuba/ Syahid di Husen ka keunong beusoe/ Di Hasan sidroe keunong bencana (racun)/ Tuan teu Husen syahid dalam Prang/ Tuan teu Hasan di rumoh tangga”//
Terkesima dengan keagungan nama yang disebut dalam bait hikayat itu, Saad sepakat memberikan nama-nama anaknya seperti nama-nama cucunda Nabi. Yang tertua diberi nama Hasan (Keuchik Hasan) yang kedua diberi nama Dan (Apa Dan) dan yang ketiga diberi nama Husen (meninggal waktu kecil). Maka kalau dibaca dalam satu nafas menjadi Hasan Dan Husen dilanjutkan dengan Cuco di Nabi. Padahal kata sambung itu bukan nama orang. Saad tidak peduli, dan nama anak keduanya tetap saja DAN, meskipun ketika dewasa nama itu menjadi Mad Dan, karena kesulitan menulis nama dalam KTP. Lalu adik-adiknya diberi nama Sulaiman (nama Nabi), Ibrahim (nama Nabi), Zainal Abidin (nama putra Husen) dan Abdul Hamid. Apa yang terjadi dalam kehidupan kejiwaan Saad? Meskipun buta huruf dan petani biasa, Saad merasa sangat dekat dengan kehidupan Rasulullah, sehingga kumandang nama Ahlul Bait selalu terdengar dalam keluarga mereka. Saya merasa yakin, seandainya Saad memiliki anak perempuan, pasti akan diberi nama Khadijah, Fatimah atau Aminah!
Pertanyaannya kini adalah, apakah, sekali lagi, hal ini dapat dijadikan indikator bahwa orang Aceh baik keturunan Sayyed, atau orang biasa dapat disebut pengukut Syi‘ah? Atau dengan sebutan lain, apakah mereka ini bisa dipanggil dengan sebutan Syi‘ah Aceh? Saya sendiri cenderung berfikir demikian. Namun agar praduga ini cukup memiliki hujjah yang kuat, perlu dilakukan penelitian yang lebih dalam tentang fenomena yang saya uraikan dalam tulisan ini. Ini perlu dilakukan untuk memastikan bahwa Islam yang mula-mula masuk ke Aceh justru berasal dari para Ahlul Bait yang hijrah karena tekanan politik dinasti Ummayah (turunan Muawiyah bin Abu Sofyan) terhadap keturunan Sayyidina Ali yang belakangan dikenal dengan kaum Alawiyin, pengikut Ali yang sepupu dan menantu Rasulullah.
Ingatlah pula bahwa pada saat haji wadak, Rasul pernah berkata di hadapan jama‘ah yang bergerak kembali ke Madinah setelah selesai berhaji. Rasul sawa sambil mengangkat tangan Ali, Rasul bersabda, “Wahai saudaraku kaum muslimin, aku dengan dia (sambil menunjuk Ali) bagaikan Musa dengan Harun, jika sesudah ku masih ada nabi, maka dialah orangnya. Namun karena tak ada nabi sesudahku, maka dialah penerusku. Kau saksikankah ucapanku ini wahai sekalian manusia?” kata Rasul dibukit Ghadir Khum itu. Maka dari turunan Sayyidina Ali itulah, kaum Alawiyin membangsakan diri. Wallahu a‘lamu bis-shawab.
*) Penulis adalah pemerhati sejarah dan kebudayaan, pegiatan Aceh Cultur Institut (ACI)

lSelamatkan Gaza Atau Selamatkan Palestin?

http://hashamosha.blogspot.com/2010/03/selamatkan-gaza-atau-selamatkan.html


0 comments




Dunia Palestine tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestine telahpun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestine di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.

Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestine sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestine ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestine. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestine. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestine. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestine yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestine wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestine dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestine, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!

KELANTAN BERGEGAR DENGAN SERUAN PENEGAKAN KHILAFAH

http://www.mykhilafah.com/aktiviti-htm/2308-kelantan-bergegar-dengan-seruan-penegakkan-khilafah

KOTA BAHRU 07 Ogos: Buat julung kalinya Siri Jelajah Malaysia (SEJAM) 2010 peringkat negeri Kelantan telah berlangsung  dengan jayanya pada hari Sabtu yang lepas di Z & H Inn, Kota Bahru. Seminar tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dengan tayangan video  yang bertajuk “Ila Mata” yang memaparkan kisah kesedihan umat Islam di seluruh dunia dan seruan ke arah Khilafah.  Seperti di dalam SEJAM yang lalu,  dua  orang ahli panel telah membentangkan kertas kerja mereka. Kedua-dua ahli panel tersebut ialah Ustaz Abdul Hakim Othman yang merupakan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia dan Ustaz Umar Hussein selaku Timbalannya.
 

Dalam pembentangan pertama, Ustaz Umar telah menyampaikan tajuk “Khilafah adalah suatu kewajiban dan bukannya pilihan”. Ustaz Umar menjelaskan di dalam pembentangannya itu, kewajiban ini berasaskan dalil dari al-Quran, AS – Sunnah,  Ijma’ Sahabat,  Kaedah Ushul dan pendapat para ulama. Di antara kandungan pembentangan beliau yang  harus diambil serius oleh kita adalah bagaimana kuffar barat sudah pun menyedari akan persoalan Khilafah berbanding dengan umat Islam hari ini.

Beberapa kata-kata dan pandangan dari pihak barat telah di paparkan oleh beliau dalam seminar kali ini.  Sementara itu, Ustaz Abdul Hakim selaku ahli panel 2  telah menjelaskan bahawa Khilafah itu sebenarnya mempunyai kekuatan dan keupayaan untuk menyelamatkan dunia ini daripada kerosakan dan kejahatan Kapitalisme  yang sedang menguasai dunia pada saat ini.  “Fakta dan rekod kehebatan Khilafah yang pernah berdiri selama 1300 tahun itu telah cukup menjadi bukti yang begitu kukuh untuk menguatkan hujah ini” ujarnya.  Khilafah juga mampu dan berupaya membawa rahmat ke sekalian alam. Berdasarkan daripada sambutan umat yang hadir ke majlis SEJAM 2010 peringkat negeri Kelantan kali ini, kita dapat lihat  sudah terbit  sinar  baru bagi seruan dan gelombang penegakkan Khilafah di kalangan  umat Islam  di Malaysia khususnya yang semakin membara. Kaum muslimin  yang hadir ke SEJAM 2010 kali ini nampak sudah mula menyedari bahawa satu-satunya penyelesaian kepada permasalahan yang melanda umat Islam hari ini adalah kerana Islam tidak diterapkan samada di dalam kehidupan umat atau  negara .

Mereka turut menyedari bahawa demokrasi adalah suatu bentuk penipuan yang diciptakan oleh barat untuk mengagalkan usaha-usaha umat Islam daripada memperjuangkan Islam mengikut thoriqah dakwah Rasulullah SAW  yang sebenarnya. Keadaan ini sudah pastinya akan melambatkan lagi usaha-usaha penegakkan kembali Khilafah . Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan bacaan doa. Dalam sesi soal jawab yang berlangsung , nampaknya para hadirin begitu berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perjuangan dakwah Hizbut Tahrir  dalam ruang lingkup kehidupan mereka  di Malaysia. Kaum muslimin yang hadir berasa amat bertuah kerana dapat mengemukakan persoalan-persoalan mereka secara langsung kepada Presiden HTM sendiri, dan umat mendapat jawaban dan penjelasan terus dari sumber yang sebenarnya iaitu pihak HTM.  Di dalam kesempatan ini, pihak penganjur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada  secara langsung mahupun tidak langsung di dalam menjayakan seminar SEJAM 2010 Peringkat negeri Kelantan untuk kali ini. Jangan lupa untuk mengikuti siri SEJAM 2010 yang seterusnya selepas ini.
altalt
 
altalt
 
altalt
 
altalt
 
altalt
 
altalt
 
altalt
 
alt

First images from returned Mavi Marmara boat

http://www.ihh.org.tr/mavi-marmara-dan-ilk-goruntuler/en/

IHH officials and reporters were let into the Mavi Marmara boat following inspections by prosecutors. Pictures taken on the ship clearly show the extent of the terrifying attack.
First images from returned Mavi Marmara boat11.08.2010 - First images from returned Mavi Marmara boat
After prosecutors completed inspections on the Mavi Marmara ship at Iskenderun Port, officials of the IHH Humanitarian Relief Foundation and a number of reporters boarded the ship.
Israel had cleaned blood stains on the floor, while leaving those on the walls untouched; there are a lot of shell casings inside the boat; most of the devices in the wheelhouse are either smashed or damaged; Israel had either taken or badly damaged most of the devices to destroy the evidence. 
Personal possessions of the Mavi Marmara passengers are piled up together in black plastic bags. The smell of food and beverages on the boat has penetrated all sections.
The devices in the navigation room are damaged, bullet holes are painted over, glasses have bullet holes, all the stuff is piled together, a bullet is found on the floor, and every section including toilets have been cleaned. Among the things collected by prosecutor as evidence are blood stained, ripped clothes, lifejackets, handcuffs, and green vests worn by Israeli soldiers who boarded the boat. One of the defense lawyers said he saw some of the photographs on the boat had been marked with cross sign by Israeli soldiers. Cameras, video cameras, tripods, projectors, speakers belonging to reporters as well as bikes, computer keyboards, land phones, water heaters, fishhooks and large numbers of boxes were found inside containers on the Defne-Y boat. Bomb-dismantling experts accompanied inspection teams.
Hüseying Oruç, member of the IHH executive board who boarded the boat, said the boat had changed face during the period kept by Israel. “They have messed with everything. Every section has been trashed and all devices are smashed. There are blood stains on walls and lifejackets. There are a lot of shell casings where Cevdet Kılıçlar was killed. Some of the bullets have cut through the iron floor. We found a large number of bullets. The ship smells terrible. It has changed markedly,” he said.

FIFA World Cup & Olimpik Yang Penuh Unsur Zionisme

http://hashamosha.blogspot.com/2010/06/fifa-world-cup-olimpik-yang-penuh-unsur.html


Assalamualaikum w.b.t.


2,3 hari ini saya ada mendengar ura-ura yang mengatakan bahawa pada logo FIFA Worl Cup Afrika Selatan tahun ini terdapat unsur-unsur freemason dan zionisme. Namun, hari ini baru saya sempat melihat dan mendapatkan maklumat yang diperlukan. Sedang membaca di blog Ust Shaari saya membuka video tersebut di youtube, dan terdapat video yang berkaitan dengan Fifa. Jadi saya sertakan sekali beberapa maklumat tambahan yang saya perolehi hasil cari di Internet.

Dan beberepa penemuan agak mengejutkan namun sudah boleh dijangka kerana saya telah menonton dokumentari The Arrival yang telah membongkar unsur anti-tuhan dan gerakan freemason yang telah menguasai dunia dan sedang belegar-legar disekeliling kita dan tanpa kita sedari ia boleh juga berada didalam dan pada pakaian kita. JAdi berhati-hati dengan setiap tingkah laku dan barangan yang kita gunakan.





World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda 'turning point' musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa.

Seperti UMNO dan BN yang sering mengalihkan tumpuan petugas-petugas pilihanraya setiap kali menjelang Pilihanraya Umum dan Kecil dengan menghantar berpuluh-puluh bas yang dikatakan pengundi hantu. Maka, zionis @ Israel laknatullah lebih-lebih lagi mahu mengalihkan tumpuan ummat manusia dan ummat Islam kepada bola daripada melakukan kerja-kerja yang lebih berfaedah.

Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.
Horus was a popular Egyptian god who was the son of Osiris and Isis. Osiris and Horus were both solar deities. Osiris was the setting sun, Horus the rising sun. The Pharoah was considered to be an incarnation of Horus (also known as “Amen-Ra,” the sun god). The story of Horus can be found in “The Egyptian Book of the Dead (also known as the “Papyrus of Ani”) written over 3,000 years before the birth of Jesus.





2012 = 2102 = ZION = ZION + IS + REAL = ZIONIS ISRAEL. Serangan ke atas Freedom Flotilla adalah 'presented' plan proksi Dajjal utk memerintah dunia, berpindah dr AS ke Israel sebagaimana pandangan Shekh Imron Hussein. Konspirasi Allah akan musnahkan konspirasi Yahudi.



The Global Voice of the Jewish Community desak Amerika putuskan hubungan dengan Anwar krn isu APCO. Ini bererti, DSAI perlu 'bersedia' dgn risiko nyawa krn mata2 Mossad sdg memburu.


Ini pandangan saya yang logo olimpik jika dibaca mengikut turutan boleh juga menghasilkan perkataan ZION.