Monday, September 13, 2010

Terlupa Niat Puasa

Syarak mewajibkan niat dalam setiap ibadah termasuk puasa. Maka tidak sah puasa tanpa niat. Maksud niat puasa, tidak semestinya berlafaz dengan perkataan, apatah lagi dilakukan beramai-ramai selepas tarawih. Amalan seperti ini tidak bersumberkan sunnah dan tidak diamalkan oleh salaf. Cukup sekadar niat di hati bahawa esok nak puasa.



Menurut jumhur ulama, diwajibkan berniat itu pada waktumalam (sebelum fajar). Kerana hadis "Sesiapa tidak berniat puasa pada malamhari, maka tiada puasa baginya".HR: Abu Daud (no: 2456), Tirmizi (no: 730), Nasai (no: 2332).



Kalau langsung tidak terdetik dalam hati pada waktu malam untuk puasa pada esoknya, maka tidak sah puasa di sisi jumhur. Contohnya:seorang yang tertidur atau pengsan sebelum maghrib dan sedar selepas subuhkeesokannya, maka tidak sah puasanya pada hari itu.



Maksud tidak sah puasa ialah: diwajibkan ganti selepas Ramadhan. Bukannya dia dibolehkan makan minum pada hari terbatal itu. Kerana dia tetap wajib menjaga kehormatan Ramadhan.



Rujukan:-Al-Mudawwanah al-Kubra 1/276-Majmuk Nawawi 6/288-Al-Kafi Ibn Qudamah 1/439-Al-Tahqiq Fi Ahadith al-Khilaf 2/66-67



No comments: