Sunday, October 16, 2011

Minhajul Arifin 1


Minhajul Arifin 1

Sumber Minhajul Arifin 1 ~ Haqqul Yaqiin





(Karangan Imam Al-Ghazali & diterjemahkan oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari)

PENDAHULUAN

Sebuah karya (kitab asal yang belum diolah) yang penuh dengan rimbunan gaya bahasa yang terlalu indah dimana teramat sukar untuk ditafsirkan namun ia menghidupkan sekalian hati manusia yang ingin memahaminya.
Dipanjatkan pujian pada yang Melemparkan cahaya didalam hati orang-orang yang ‘arif yaitu pemilik hati yang berzikir.
Pada dunia itu sungguh ia dipenuhi dengan kemewahan harta-benda, kesenangan yang sangat mengasyikan jiwa, serta kekuatan-kekuatan yang dikurniakan pada setiap diri kita yang dengannya kita masih mampu mengkerdipkan mata.

Betapa nikmatnya.. 




Apabila mata yang terbuka itu kita bandingkan dengan mata seorang yang buta,


Betapa nikmatnya..
Apabila kaki yang bisa berdiri itu kita bandingkan dengan manusia yang lumpuh sekalian anggota,


Dan betapa nikmatnya..
Apabila lidah yang bisa berbicara itu kita bandingkan dengan seorang yang bisu yang tidak mampu berkata apa-apa.
Betapa NIKMATNYA.

Namun suatu nikmat yang tiada tandingan, yang menjadi pakaian insan ‘arifin ialah 3 unsur yang tidaklah semua manusia bisa memilikinya kerana bersamanya kepayahan demi kepayahan. 

Akan tetapi, akan terasa segalanya ketenangan, segala kekayaan bagi hati yang memilikinya.


3 nikmat tersebut yang disebutkan Al-Imam Ghazali itu letaknya adalah pada:

1. HATI yang mengingati-Nya,
2. pada LISAN yang melahirkan syukur dan
3. JASAD yang berada dalam ketaatan pada-Nya.

Disebutkan oleh Al-Imam golongan insan-insan ‘arifin inilah yang berada dalam kebunan-kebunan indah ketenagan dengan nikmat tersebut. 


“Allah mengingati mereka, mereka pun menjadi ingat. Allah mencintai mereka, mereka mencintai Allah. Allah redha dengan mereka, mereka redha dengan Allah.”

Setiap jiwa akan berusaha mencari ketenangan dengan pelbagai cara namun hakikatnya syaitan senantiasa menjadikan sesuatu yang lain dan berbeza dan ia dinampakkan suatu yang menenangkan, indah dan mengasyikan sebagai tipu dayanya.

 Pada mata manusia, sesuatu itu nampaknya indah dan suatu yang menguntungkan, namun dibalik tabirnya terselit berjuta kemaksiatan dan kealpaan. 

Sedangkan Allah SWT dan Rasul-Nya mengajak kearah ketenangan yang sebaliknya.







Lihatlah sekeliling kita, betapa banyak yang mengejar kemewahan semata-mata dengan meninggalkan agama kerana bagi mereka kemewahan itulah hakikat ketenangan baginya.





Lihat pula di penjuru-penjuru manusia pula, betapa banyak yang menhidangkan nafsu mereka dengan melampaui batas-batas syariat, dan akhirnya tersungkur hilang arah punca.

Dan betapa banyak pula yang begitu arif hal dunia, namun ilmu akhirat ternyata papa kedana.


Hanya diri sendirilah yang mampu menafsir dimana tapak kaki kita itu berdiri. 
Namun berbahagialah golongan ittiqar ya’ni insan yang sedar bahawa betapa rendahnya dan miskinnya diri dihadapan Allah SWT dan inilah perhiasan al-‘arifin.

Bahagian 1

Bernafas dalam diri sebagai hamba, perlulah bersama direnung apakah unsur-unsur yang mampu menjadikan kita tergolong dalam kalangan auliya’ dan yang dicintai-Nya kerana itulah matlamat kita untuk menggolongkan diri didalam kalangan ‘arifin ini.

Unsur yang disebutkan Al-Imam adalah:

1.      Al-Khauf- perasaan takut sekiranya tidak berada dalam keadaan yang tertentu (redha Allah).
2.      Ar-Raja’- pengharapan, di mana setiap perkara kita lakukan adalah bersamanya kerana mengharapkan imbalan dan tanpanya seseorang itu tidak akan melakukan apa-apa.
3.      Mahabbah- perasaan cinta yang mendalam.

Kata Syeikh Nuruddin:

"Redha Allah mewujudkan khauf (takut), datangnya khauf akan datanglah pula raja’ (berharap) dan kemudian datanglah mahabbah (cinta) apabila datangnyya kemanisan dalam ketaatan."

Mafhumnya perasaan khauf itu akan hadir bila seketika kita memikirkan tentang redha Allah. Suatu persoalan yang mudah untuk ditujukan pada diri sendiri namun perlukan hati yang terbuka untuk dirasai.
ya’ni apakah disaat ini dengan amalan-amalanku cukup untuk meraih redha-Nya?
Apakah sedia aku bertemu ajal ketentuan-Nya?




Setelah datangnya khauf pastinya raja’ mengiringi kerana hakikatnya insan yang takut kepada Allah pasti akan makin menghampiri Allah SWT tetapi bagi insan yang takutkan makhluk pasti sebaliknya pula.

Akhirnya adalah mahabbah dimana datangnya cinta pada Allah swt dan merupakan darjat tertinggi bagi seorang hamba. 

























Kata Syeikh Nuruddin lagi mafhumnya:

“Kita memohon pada manusia, dan sekiranya dia berikan akan lahir cinta kita padanya. Namun bagaimana pula Allah? Sebelum kita memohon, Dia Allah telahpun berikan. Apakah patut tiada rasa cinta daripada kita?”

KAYU UKUR

Setaip perkara itu disertakan alamatnya. Begitulah 3 unsur tadi.

1.      Tanda Khauf- Kita melarikan diri daripada maksiat.
2.      Tanda Raja’ - Kita kembali pada Pemilik Segalanya
3.      Tanda Cinta  - Mandahulukan kehendak Allah SWT lebih daripada kehendak diri.


Namun perlu diketahui peringkat tertinggi didalam 3 unsur ini adalah Mahabbah kerana tidak ramai yang mampu memilikinya apatah lagi istiqamah memeliharanya.
Bagi manusia yang mencari ketenangan abadi, hidupnya mestilah berputar antara 3 unsur ini.

Perumpamaan yang Begitu Indah.
Perumpamaan yang disebutkan adalah  TANAH HARAM, yang didalamnya ada MASJID dan didalamnya pula ada KA’BAH.

Yang memasuki TANAH HARAM, maka dia akan aman daripada makhluk kerana pasrah kepada Allah (menghendaki apa yang Allah kehendaki)
Yang memasuki MASJID pula, akan datang aman pada tubuh badannya.
Dan yang memasuki KA’BAH akan aman pula hatinya.

Kata Imam Ghazali:

“Apabila kamu berada di waktu pagi hari, wajib dituntut untuk kamu memandang malam yang gelap gelita dan siang  terang benderang. Dengannya kita akan  mengetahui salah satu daripada keduanya akan nampak,tetapi pasti akan melenyapkan sesuatu yang lain pula.”


Sungguh dalam kata-kata ulama’. Ketahuilah seketika datangnya siang, maka akan tenggelamlah malam. Tiadak mungkin siang dan malam itu berlaku pada waktu dan tempat yang sama.
Begitulah makrifatullah, apabila dia memperolehnya, maka akan hilanglah sifat-sifat kejahilan padanya.
Dan samalah jua seperti yang ditekankan Imam Malik bahawa Ilmu itu cahaya dan ia tidak berada didalam gelap hati Sang Pendosa.
Mafhumnya juga:
“Siang itu menunjukan akan datang akhirat, dan gelap malam sebagai tanda yang menunjukan kepada kegelapan malam, dan itulah saksi dan bukti manusia akan mati (naumu syahidul maut).
dan hamba akan mendapati apa yang diperbuat dan menyesalinya.”


IQRABUL QULUB (Keadaan Hati)


Sebelum mengakhiri bahagian pertama muzakarah kitab ini, indah kiranya kita meneliti dimana letaknya hati kita semalam, hari ini, mahupun keesokannya.




Syeikh Nuruddin menafsirkan kitab tersebut dengan menyebut keadaan hati itu berada pada 4 keadaan.

1.      Hati yang Rafiq (menaik) atau mansub (tegak)
- Hati yang terbuka ya’ni dngan zikirullah dan ia berlaku ketika ia muwafaqah (bertetapan) dengan syariat dan sunnah. Hati yang menimbulkan mahabbah.


2.      Hati yang Maftuh (terbuka)
-Hati yang terbuka yang menerima nafahah daripada Allah pada tempat, waktu dan keadaan yang mulia dan tertentu yang terus mengubah hati secara langsung  kepada ketaatan padaNya.


3.      Hati yang Qafidh (turun)
-Keadaan hati yang disibukkan oleh selain Allah. 
-Terlalu memperhatikan urusan dunia.
- kehadapan didalam dunia tetapi dibelakang dalam agama. 
-Penyebab hilangnya nikmat untuk beribadah. 
-Tidak terasa pahit dan sensitif keatas maksiat yang dilaksanakan. 
Iltibasul halal- tersamanya yang halal dan yang haram (dicampur aduk).


4.      Hati yang Mauqub
-Hati yang dipenjarakan yaitu pada waktu insan itu lalai.

Moga ditempatkan Allah kita bersama golongan Arifin yang disebutkan dalam kitab ini, dan segala kelemahan dalam menafsir kitab ini adalah daripada diri ini sendiri dan kebaikan hanya daripada-Nya, Allah SWT. 


Insya Allah akan diteruskan untuk bab yang selanjutnya.
Wallahu'alam.
Tamat bahagian 1.

No comments: