http://sayaanakwayang.blogspot.com/2010/01/melayu-takkan-hilang-di-dunia-is-hang.html
Who is a Malay?
What constitutes the Malays race?
Here is an excerpt of the reference to the Malays on Wikipedia:
The term "Malay" can refer to the ethnic group who live in the Malay peninsula (which include the southernmost part of Thailand called Patani and Satun) and East Sumatra as well as the cultural sphere that encompass a large part of the archipelago.
The Malay ethnic group is the majority in Malaysia and Brunei and a sizable minority in Singapore and Indonesia, and they form the majority in the five southernmost provinces of Thailand that historically made up the old Malay kingdom of Patani. These people speak various dialects of Malay language.
The peninsular dialect as spoken in the Malaysian states of Pahang, Selangor and Johor is the standard speech among Malays in Malaysia and Singapore. In the Malay peninsula, the Kelantanese dialect in its purest form is the most difficult to understand. Other peninsula dialects include the Kedah-Perlis dialect, the Melakan dialect, the Minangkabau dialect of Negri Sembilan, the Perak dialect and the Terengganu dialect. In Thailand, Malays of Satun speak the Kedah-Perlis dialect while those in the Patani provinces speak the Kelantanese lingo.
Meanwhile, the Riau dialect of eastern Sumatra has been adopted as a national tongue, Indonesian, for the whole Indonesian population. The ethnic Malays have had a Muslim culture since the 15th century.
In Malaysia, the majority of the population is made up of ethnic Malays while the minorities consist of southern Chinese (e.g. Hokkien and Cantonese), southern Indians (mainly Tamils), non-ethnic Malay indigenous peoples (e.g. Iban and Kadazan), as well as Eurasians.
Malay cultural influences filtered out throughout the archipelago, such as the monarchical state, religion (Hinduism/Buddhism in the first millennium AD, Islam in the second millennium), and the Malay language. The influential Srivijaya kingdom had unified the various ethnic groups in Southeast Asia into a convergent cultural sphere for almost a millennium. It was during that time that vast borrowing of Sanskrit words and concepts facilitated the advanced linguistic development of Malay as a language. Malay was the regional lingua franca, and Malay-based Creole languages existed in most trading ports in Indonesia.
The above definition, I believe, is more of an anthropological one.
For a slightly, more political definition of the Malay (in Malaysia), we need to refer to our own national constitution:
Artikel 160 Perlembagaan Malaysia mentakrifkan pelbagai istilah yang digunakan dalam Perlembagaan Malaysia. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan lahir sebelum hari merdeka sama ada di Tanah Melayu atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura.
Since Merdeka, I am sure thousands of learned persons – Malay and non-Malays alike – have debated on this definition.
However, it is a very sensitive issue I might add.
So, let me once again clarify my intention. I am not going to question or even discuss the ‘special rights’ of the Malays as enshrined in the constitution. I am not even trying to prove that Malays are special. Hardly.
These next few postings that I will do is that I am just trying to figure out, where my race, the Malays, are in preserving itself as a race, as a culture and a tradition. So basically I am trying to analyse my own race.
If we were to refer to our constitution, it is quite definite. A Malay has to be a Muslim. Have to ‘amal’ or practice/adher to the Malay culture, speak using the Malay language and is born before Merdeka in the Malay Peninsula or in Singapore.
If anyone of these ‘clauses’ does not fit your profile, you are not Malay, or rather Malaysian Malay.
Let’s break it down.
You can be a Malay born in Southern Thailand, speak Malay (albeit with a Pattani or Kelantanese accent), practice the budaya Melayu (albeit the culture of the Melayu Pattani) a Muslim but unfortunately not born in Malaysia, you are NOT a Malay.
You can be a Baba or born in a Peranakan family, and most of us know the Babas actually practice Malay culture, speaks Malay (and spouts the pantun and sings the dondang sayang), born in Malaysia before Merdeka, but is not Muslim, and therefore not Malay.
You can be a Muslim, born from Indian non-Muslim parents, speaks Malay (but speaks Tamil at times), live like a Malay, born in Malaysia before Merdeka, hmmmm would you be a Malay?
You are a Javanese, not a Muslim, born in pre Merdeka Malaysia, speak Malay, live like a Malay – culture and all – and you are NOT a Malay?
You are the child of two Chinese Muslim couples, who speak Malay and nothing else, you also practice budaya Melayu because since young you lived amongst kampung Malays, and you were born before Merdeka in Malaysia – are you a Malay?
The combinations are numerous – but sometimes, it still doesn’t make you a Malay.
Now, the strange thing is that, I know of many rich or rather well-to-do Malays, who claim to be Muslims, who speak English daily, and live like Westerners (hardly wear kain sarong, eat with fork and spoon, have bangers and mash for breakfast) and were born in Malaysia before Merdeka, and yet they are Malays. Hell yes, they are Malays!
In fact, what peevs me is that Malays are slowly losing their Malay-ness – and worse still, they are either comfortable with that or oblivious to it. The Malays in the towns and cities are becoming more Westernised whilst those in the rural areas, who are very religious, are turning into pseudo Arabs.
The latter accepts all that is Arabic as things they need to practice and follow, and they are more than willing to expound that all other Malays should follow suit. They confuse tamaddun Islam with tamaddun Arab.
The former pulak, feels that being a Malay prevents them from embracing modernity and therefore they need to be Americans or Britons, like those successful Pakistanis and Indians in the US of A and London. These Malays, think, speak and behave like Westerners. They don’t care about adat and budaya Melayu. The only thing Melayu that they may still find acceptable in their lifestyle is Malay cuisine.
All you have to do is check out the Malay city weddings in recent years. They are now basically the parents’ ego trip trying to outdo their peers by spending hundreds of thousands of Ringgit in five star hotels. Most if not all these functions usually have extravagant AV shows of how the bride and bridegroom met. There will be also a combo playing pop music and rarely a ghazal or asli group.
The couples’ love theme played during their entrance is usually from some soppy American movie like Titanic. They walk to the dais in their Gucci suits and Jimmy Choos, a flowing white gown straight out from an upmarket SS2 Bridal Agency, and have little kids in matching tuxedos and dresses. You’d be surprised to see a real bunga manggar procession, a traditional mak andam moment, a silat performance and classic berpantun session.
Luckily, the menu is still Malay (most of the time).
What happened to the kompangs? What happened to the berzanji and bergendang.
What happened to the gotong royong? Is the term ‘kerja kahwin’ only meant for people living in the rural areas? Aren’t Malay brides now not interested in berinai but look forward to western styled bridal showers?
That’s just the modern Malay wedding.
There’s more.
END OF PART ONE
Showing posts with label Dilema Paradigma Melayu maa. Show all posts

Tuesday, August 17, 2010
MELAYU TAKKAN HILANG DI DUNIA - Is Hang Tuah wrong?
Monday, August 9, 2010
Tarikat atau Tasauf?
(Ramai email aku dan bertanya benda ni, ada yang dah joint dan ada yang nak joint, pesan aku: Naik basikal itu lebih susah dari belajar ugama...)
Dari hujung pagar masjid, aku terlihat seorang pakcik sedang duduk termenung sambil memerhatikan jemaah masjid yang sedang bersiap siap mengambil wudhu kerana waktu magrib sudah hampir tiba. Lalu aku seorang yang ‘baik ada makna’ terus menghampiri pakcik tu dan menegur sambil berbudi bahasa..
Dalam asyik aku berborak akan perihal peribadi yang membuka kepada takruf(pengenalan), maka pakcik ni tiba tiba membuka ilmu di dada...
“Orang islam sekarang ramai yang solat tapi tak sah”, katanya.
“Kenapa pulak?” Tanya aku sambil menambah gulung pada ikatan kain pelikat di pinggang.
Sebab mereka mengucap kalimah syahadat tapi tak tahu hakikat. Kalimah syahadat itu ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, setiap huruf ada maarifat dan hakikat, ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah, tak tahu ini, syahadat tak sah, bila syahadat tak sah, semua ibadat menjadi sia sia, dan ramai tak tahu ilmu tasauf serta belajar tariqat..
“Siapa yang ajar pakcik?"
Tanya aku sambil membetulkan posisi telur dicelah kain pelikat.
Tok guru Pakcik, iaitu syekh (aku lupa nama guru pakcik tu), dia adalah seorang wali yang susur galurnya datang dari Rasullullah..
Aku pun buat-buat terkejut:
Wah! ini sudah bahaya, apa kata malam ni lepas solat magrib, saya kumpulkan semua ahli surau agar mereka dapat betulkan syahadah, ini tak boleh main main.., sia sia semua amal, pakcik jangan bimbang, ustaz yang mengajar malam ni saya kenal, saya akan suruh ustaz tu juga belajar dengan pakcik malam ni..
“Err, pakcik tak boleh ajar ilmu ni secara beramai ramai, sebab ada benda rahsia yang pakcik tak boleh bagitahu...”
Eh, apa pulak? Jika pakcik tak ajar kami mengucap Kalaimah syahadat yang ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, yang ada maarifat dan hakikat, yang ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah.., nanti kami semua sesat, pakcik wajib ajar kami, jika tak, kami semua masuk neraka, apa pakcik nak jawab dengan Allah?
Pakcik tu tersenyum tawar, dan nampaknya pakcik tu bersetuju..
Lepas solat magrib, aku cari pakcik tu dalam saf solat,. Tapi takde, pakcik tu tak solat pun kat situ.
Ok, mungkin pakcik tu sakit perut nak berak, tapi sampai isyak,. Pakcik tu pun takde..
Ok, mungkin pakcik tu masih sakit perut terberak berak..
Dan beraklah kau pakcik, sampai subuh!
********
Moral of the story:Ugama ni tak de lah complicated sangat, sampai susah nak belajar, nak kena ada ilmu syariat, makrifat, tarikat, hakikat, dulu kononnya baru sah solat.., nak kena ada hakikat tasauf dan zikir tariqak dulu, atau nak kena tahu sifat 20 dan menafsir kearah 99 nama Allah, lalu mengkaji dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan lepas belajar semua tu barulah ibadat di terima kononnya.., siapa ajar kau?
Atau nak kena suci hati dulu melalui zikir beribu ribu di dalam kelambu atau tanah kubur sehingga mencapai darjah nafsu ketujuh di tunduk, baru boleh jadi mukmin.., siapa ajar kau?
Dulu masa orang kafir masuk islam, ada Nabi ajar mereka sifat 20 dan 99 nama Allah baru ajar solat?
Atau ajar dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan kenal syariat, makrifat, tarikat, hakikat, kemudian baru ajar solat..
Atau Nabi ajar “Awaluddin makrifatullah” yang mana selagi tak ‘kenal’ Allah secara zat maka ibadat tak sah?
Takdepun!,
Nabi ajar kalimah tayyobah secara jelas, iaitu tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Setuju: islam,
Tak setuju: kafir..
Mudah sahaja.. Lepas tu Nabi terus ajar sahabat tentang dakwah dan solat.., simple..
Kenapa simple?
Ok, aku bagi contoh:
Kalau aku cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”
Ayat aku di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,: “dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Tiz Zaqyah? Atau ada tak Puteri Sarah Liyana?..”
Aku jawab balik.. “Takde..”
Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?
Aku jawab takde..
Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”
aku cakap: Argh., dah!, cukup!…salah aku juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..
Jadi, apakah kalimah yang lengkap?
Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.
Jadi aku patut cakap macam nih:
“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”
Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya aku dalam keretamayat tu..
Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab aku dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah aku nak terangkan-STOP)
NAFI: TIADA SESIAPA
ISBAB: SELAIN HAMKA.
Jadi.., dulu-dulu kita tahu bahawa para ambia dan para Nabi Dakwah ummat pada zaman itu adalah dengan menggunakan lafaz..
“Allah Maha Besar”
Tapi orang kapir masih pertikaikan, “latta dan uzza pun besar jugak..”(nama tuhan berhala)
Maka Allah s.b.w telah turunkan kalimah yang paling agung (tiada lafaz yang lebih agung) iaitu:
“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”
Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..
Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..
Kenapa?
Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:
NAFI: TIADA TUHAN.
ISBAB: SELAIN ALLAH.
LA ILA HA ILLALLAH!
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BERKUAS SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BAGI MANFAAT DAN MUDARAT SELAIN ALLAH!
Simple!
Tapi pakcik buat ugama jadi complicated,. , kena belajar ilmu hakikat tasauf dulu, tarikat maarifat dulu, baru sah ibadat, tapi bila suruh terangkan, tak boleh pulak, sebab rahsia..., kena berzikir dulu baru faham sifat 20..
Dah ramai aku jumpa orang yang macam pakcik di atas, dan pakcik di atas tu adalah yang terkini aku jumpa.., minggu lepas kat sebuah surau di kuantan, pakai kopiah panjang, tak suka bercakap dengan orang, tapi jika tegur maka akan bercakap dengan ayat yang banyak lapis, macam ayat sastera yang mereka selitkan unsur hakikat maarifat..
Bila aku usul baru aku perasan satu ‘permainan’..
Ceritanya macam ni, Pakcik nak kenal Allah, nak masuk shurga dengan cara yang paling cepat,. lalu jumpa satu tok guru yang Pakcik diyakinkan bahawa susur galurnya adalah dari Nabi Muhammad SAW, dan dengan sedikit magic, seperti keluar air dari tangan, dapat pegang api, dan dapat bercakap dengan jin, pakcikpun percaya bahawa itu adalah wali keramat yang seangkatan dengan Tok Kenali di kelantan,tok ku paloh di terengganu,tok said linggi di negeri sembilan,sheikh matnor di selangor,habib noh di singapura dan setujulah pakcik untuk taat setia kepada wali tersebut.
Lalu tok guru itu bagi pakcik amal satu jenis zikir, dan pakcikpun berzikirlah siang malam dengan zikir tersebut..
Bila berjumpa tok guru itu, maka tok guru itu akan Tanya apa mimpi pakcik selepas zikir tersebut dan pakcikpun ceritalah mimpi pakcik..
Lalu tok guru itu akan tafsir mimpi pakcik dan tahulah pakcik bahawa tahap demi tahap telah di capai kononnya.., sebab tok guru itu akan reletekan mimpi pakcik dengan sifat 20 dan makarifat serta hakikat..
Di sinilah aku cakap ianya menjadi macam satu ‘game’, yang mana , akhirnya pakcik menang, iaitu apabila sampai satu tahap, tok guru akan bagitahu melalui tafsir mimpi bahawa pakcik telah mencapai darjah ehsan atau darjat kamil yang mana segala amal pakcik telah diterima oleh Allah..
Dan tentu pakcik rasa seronok dan rasa bagus semacam, sebab zikir telah mencapai ‘tahap’.., dan masa inilah bila aku ajak pakcik solat di masjid, pakcik akan padang aku sebelah mata sebab aku menurut tok guru pakcik, belum sampai darjat maqam nafsu ketujuh ditunduk, walaupun kami solat jemaah 5 waktu, baca Al quran dan puasa, tapi pakcik yakin aku dan penduduk kampong beribadat sia sia sebab tak ada tok guru yang mengiktiraf martabat aku dan penduduk kampong, sebab tu lah pakcik solat dirumah dan berzikir dalam kelambu perasan bagus...
Dan tak lupa, ilmu yang tok guru pakcik ajar bab ismul azam, sifat 20, roh laduni, roh kuddus, maarifat hakikat, yang bunyi pelik pelik buat pakcik perasan bagus masuk shurga walaupun dengar azan tapi selamba solat dirumah.., siap lengah lengah pulak..., tak tahu aku nak cakap apa..
Dan jika aku suruh pakcik ajar, maka Pakcik cakap kena cari tok guru sendiri, ilmu yang diberi adalah rahsia macam Nabi khidir dan Nabi musa.., tak boleh ajar secara umum..., kena belajar jam 3 pagi rumah tok guru atas kain kuning bersama tujuh bertih dan ntah apa apa ntah!
Pulak?
Kenapa jadikan islam complicated sampai macam tu sekali..?
Kenapa buat ugama jadi complicated, jadi rumit dan susah nak di amalkan, kenapa nak kena masuk tarikat, berzikir beribu ribu dulu baru belajar bab solat?
Aku rasa masalah orang ‘tarikat’ yang mengutamakan ‘zikir’ dari segala ibadat yang lain adalah kerana salah faham..
Ada pembaca blog ini yang hantar aku satu buku menceritakan betapa pentingnya berzikir, betapa afdalnya berzikir dan betapa tingginya darjat berzikir..
Betul, aku akui, banyak hadith dan ayat Al quran menceritakan kelebihan bab berzikir..
Tapi zikir yang dimaksudkan dalam hadith dan Al quran itu bukanlah 'tasbihat' semata mata, korang tafsir zikir itu adalah pegang tasbih dan ucap kalimah banyak kali, padahal zikir adalah perkara yang membawa hubungan pada Allah ta’ala..
Baca Al quran juga termasuk dalam zikir, berdoa juga termasuk dalam zikir, duduk dalam majlis ilmu juga adalah berzikir, fikir risau atas ummat juga berzikir dan ganjaranya besar sekali yang mana sedetik fikir risau atas ummat, ganjarannya lebih besar dari 80 tahun ibadat sunnat..
Sebab tu tolong jangan sempitkan pengertian zikir dan fadhailnya hanya kepada tasbihat semata mata..
Ada riwayat dari Buznama menceritakan di zaman Nabi Musa a.s, ada seorang ahli ‘zikir’ yang beribadat dalam gua siang dan malam selama bepuluh puluh tahun..
Apabila ia mendapat tahu bahawa Nabi Musa dapat berdialog dengan Allah secara langsung, terus dia mintak Nabi Musa Tanya pada Allah yang dia ni jika jadi mayat kelak, masuk shurga tingkat berapa? al maklumlah, si abid ini memang hebat zikirnya, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan akar kayu telah melilit badannya kerana telah lama berzikir, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?
Tapi pakcik tahu apa jawapan Nabi Musa alaihisalam? Usahkan shurga tingkat berapa? Nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada..
Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?
"Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga?, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..?" Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..
Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa a.s untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli shurga, Alhamdulillah…
Aku tak kata korang bertasbih itu salah, tapi jika korang bertasbih sahaja dan meninggalkan kewajipan yang lain, itu yang sesat!, jadi.., kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?
Jadi.., pakcik, kita sekarang duduk zaman kerosakkan ummat, dan kita bukan ummat Nabi Musa atau nabi khidir yang mana nak kena berzikir siang malam, kita ummat Nabi Muhammad saw, ikutlah sunnah Nabi, solat berjemaah, dan ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam supaya bertakwa.., waktu yang Allah haramkan solat sunnat selaps solat, iaitu lepas subuh dan lepas asar, eloklan bertasbih.., memuji Allah.., dan sampai masa kita berjihad, maka berjihadlah dengan masa, harta dan nyawa...
Dan tolong jangan buat islam itu jadi terlalu rumit dan complicated, jangan jadi macam Bani Isarel yang buat amalan ugama jadi complicated, (rujuk Al quran surah Al baqarah)
Tolong!
Satu lagi golongan yang buat ugama jadi susah adalah puak puak yang menafsir Al quran pakai kepala otak, tak ikut asbabbun nuzul, menolak tafsir dari hadith tapi pakai ilmu ‘laduni’, dan beranggapan bahawa Malaysia ni macam zaman jahailiayah, jadi syariat madinah tak perlu amal, nak kena tunggu Malaysia jadi ‘madinah’ dulu, baru boleh amal ugama.., kemudian, perempuan haidpun suruh baca Al quran, dan takde galakkan solat berjemaah, lepas tu cas pulak pelajar dengan wang ringgit sebagai Baroah,paksa dan desak pelajar sebab tahu pelajar ‘kurang’ dalam bab ugama, senang percaya maka kena tipulah hidup hidup.., kasihan.., kenapa jadikan ugama terlalu complicated? Kenapa ada duit baru boleh belajar ugama?
Bukankah Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, sebab Allah menjadikan manusia ni macam macam, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang slow.., ada yang senang kena tipu, ada yang kejam, ada yang mudah kasihan sampai diri tergadai, ada yang kaya raya, ada yang papa kedana, dan macam macam..
Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang Bandar, orang slow, orang pandai.., semua!
Jadi.., Nabi telah ajar ugama yang mana semua orang boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena “kenal” Allah secara zat atau bersebati dengan sifat 20, atau zikir 13 ribu baru dapat amal ugama, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, ajar bersuci, tahu apa itu najis, tahu hadas besar dan kecil, terus boleh belajar 6 rukun wudhu dan 13 rukun solat.., dan jika mati hari ini, insyAllah korang terus masuk shurga..,
Zaman Nabi ada orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?
Islam itu mudah.., kerana semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau slow, semua boleh amal ugama!
Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu Nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?
Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Akhir sekali, cuba baca ayat Al quran ini dan jangan tafsir "mengingati Allah' dalam ayat di bawah adalah 'tarikat tasbihat' semata mata, tapi takutlah Allah dalam bab api neraka!
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi peluang untuk kita bertaubat dan terlibat dalam perkara yang membantu ugama.
Amin...
Ps1: Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau bodoh, semua boleh amal ugama! Sebab tu aku kata islam itu lebih mudah dari naik basikal.
ps2: pakcik.., tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat, err, pakcik pandai tak naik basikal?

SN226 - SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?
SN Keluaran 30 Julai 2010
Orang Melayu akan hilang kuasa! Demikianlah nada kebimbangan yang diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh baru-baru ini. Kenyataan itu dibimbangi menjadi realiti sekiranya UMNO dan PAS terus berdegil untuk tidak bersatu, terutamanya selepas piliharaya umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang. Rentetan dari kenyataan tersebut beberapa pemimpin parti yang terlibat turut mula bersuara melalui media massa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu haruslah dijadikan iktibar kepada semua pihak supaya lebih mengutamakan perpaduan. [Utusan Online 19/7/2010]. Lain pula halnya dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak sama sekali hasrat Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan parti itu segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini. Beliau juga menyifatkan orang tengah yang cuba mendamaikan kedua-dua parti politik terbesar itu sebagai ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ kerana PAS tidak memerlukan pihak ketiga untuk tujuan tersebut. Manakala Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, hanya dengan kembali bersatu menurut ‘rukun ibadah’ sahaja yang berkesan untuk mewujudkan penyatuan umat Islam di negara ini dan ia tidak perlu bergantung kepada parti politik semata-mata, tidak kira PAS ataupun UMNO. Persoalannya ialah apakah susah sangat untuk umat Islam itu bersatu?
Umum mengenali UMNO merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan ketuanan Melayu; mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara [Fasal 3 Perlembagaan UMNO]. Ia mengakui mempunyai jumlah ahli terkini seramai 3 186 850 orang dan merupakan parti Melayu yang terbesar di Malaysia. Sedangkan PAS, yang asas penubuhannya berdasarkan Islam pula, memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah [Fasal 5 Perlembagaan Pas]. Namun, berikutan dari kehilangan pengaruh UMNO-BN dalam pilihanraya ke-12 baru-baru ini, PAS dilihat sebagai salah satu alternatif UMNO untuk bergabung bagi mengembalikan kekuatannya. Dari perspektif itulah, Nik Aziz menolak sebarang usaha untuk menyatukan kedua-dua parti Melayu tersebut kerana sejarah hitam PAS sekitar 1978 melakar gurisan pedih yang menjadikannya serik untuk bergabung semula dengan UMNO. [Utusan Online 26/7/2010]. Demikianlah warna-warni politik yang ada hari ini terutama di Malaysia, masing-masing memiliki pendirian dan pandangan tertentu dalam persoalan penyatuan seluruh umat Islam di Malaysia. Tindakan mereka itu menampakkan kepada umum seolah-olah umat Islam ini adalah umat yang sangat sukar untuk bersatu, sedangkan hakikatnya mereka menyembah tuhan yang satu, nabi mereka satu, kiblat mereka pun satu dan al-quran mereka juga satu. Namun begitu, sekalipun mereka menyeru untuk bersatu, kesatuan itu bukan secara global iaitu bersatunya seluruh dunia umat Islam dibawah seorang khalifah yang memerintah dengan hukum al-quran dan as-sunnah. Bagi mereka cukup bersatu pada asas negara bangsa, OIC, D8 dan seumpamanya Mereka tidak langsung menyelami permasalahan yang berlaku dan hakikat penyelesaiannya. Mereka nampaknya lebih mengutamakan parti bahkan seolah-olah sedang mabuk dirasuk sindrom gila kuasa!
GILA KUASA UNTUK RASIS?
Dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lepas, rata-rata ianya memihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Para penganalisis politik melihat bahawa salah satu faktor kemenangan PR adalah kerana pengundi bukan melayu semakin menerima gagasan atau manifesto PR. Ada kebenarannya apabila statistik sokongan pengundi bukan Melayu terutama masyarakat Cina adalah sesuatu yang luar biasa jumlahnya berbanding dengan sebelumnya. Maka sejak itu, UMNO-BN berkempen untuk meraih semula pengaruh undi bukan Melayu namun masih belum berjaya. Salah satu alternatif lain, untuk kembali memperkasakan kedudukan Melayu dalam landskap politik tanah air, maka PAS dilihat sebagai tempat untuk ‘berpaut’ terutama menjelang PRU-13 nanti. Dari itu, polemik penyatuan ini mula berkumandang disana-sini. Mengapa senario ini timbul? Tidak lain tidak bukan adalah kerana UMNO-BN ingin terus berkuasa. Dipihak yang satu lagi pula, mengapa tawaran untuk bersatu itu ditolak oleh PAS? Jawapannya mungkin kerana ingin melihat UMNO-BN jatuh dari kekuasaannya. Jelas kita dapat melibat betapa sistem demokrasi yang ditunggangi oleh kedua-dua parti politik ini telah berjaya menghasilkan konfik sesama umat Islam. Apakah parti politik Melayu/Islam ini sedar bahawa dasar negara yang ada hari ini adalah merupakan satu masalah utama yang wajib ditukar kepada sistem Islam? Apakah kedua-dua golongan ini tidak menyedari nasionalisme dan patriotisme adalah asas yang tidak layak dijadikan sebagai pengikat antara sesama manusia! [Rujuk SN138-ASSABIYYAH dan WATHANIYYAH-Pencetus Malapetaka Dan Perpecahan]
Betapa tidak, UMNO sentiasa menyerukan agar kaum Melayu dipertuankan di Malaysia, ini membawa konotasi sebaliknya apabila kaum bukan Melayu seolah-olah dianak-tirikan. Kaum Melayu mendapat hak istimewa dalam aspek pengagihan kekayaan dan kuasa, sedangkan kaum selainnya tidak. Jelas bagi kita ianya merupakan suatu idea rasis (perkauman) yang membahayakan kemakmuran hidup bernegara. Begitu pula sekiranya agenda perjuangan hanya ditumpukan kepada suatu sempadan negara sahaja. Maka ia juga merupakan sesuatu yang mengundang kerosakan hidup bernegara kerana bagi pendatang luar, baik yang dibenarkan ataupun sebaliknya, jika tidak dapat dikawal jumlahnya boleh menyebabkan kerusuhan, porak peranda bahkan boleh jadi sampai keperingkat penjajahan. Semua ini merupakan manifestasi dari kegagalan nasionalisme dan patriotisme sebagai pengikat hubungan antara sesama manusia. Ia sangat lemah, rendah nilainya serta bersifat sementara, tidak sesuai bagi kehidupan manusia!
Lain pula bagi Islam sebagai suatu mabda, dimana pada hakikatnya ia telah terbukti mampu mengikat hubungan
antara sesama manusia dalam suatu wadah yang menyerlahkan keharmonian dan kesejahteraan [Rujuk SN094 - HIDUP HARMONI HANYA DI BAWAH NAUNGAN ISLAM] bahkan jauh lebih dari itu, Islam pernah menyatukan seluruh bangsa yang wujud dari Andalusia mengunjur ke Nusantara selama ribuan tahun! Ini suatu yang menakjubkan, inilah bukti sebenar kekuatan Islam yang mampu menjadi dasar penyatu seluruh umat manusia. Islam tidak membenarkan ikatan yang berasaskan nasionalisme, patriotisme, manfaat serta ikatan-ikatan lain yang merosakkan kehidupan manusia.
SEJARAH PENYATUAN ISLAM
Ketika di Mekkah, Rasulullah SAW mendakwahi Islam kepada seluruh manusia agar memeluk deenullah itu, dan seterusnya membentuk kutlah (kelompok) Islam. Dengan kutlah itu, Islam disebar di tengah-tengah kehidupan masyarakat Arab Mekkah. Kaum muslimin menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang hebat dari masyarakat jahiliyyah, biarpun begitu Rasulullah SAW tetap terus melakukan dakwah sehingga datang perintah Allah SWT agar berhijrah ke Madinah. Namun begitu suatu hal yang perlu diperhatikan disini ialah Rasulullah SAW tidak pernah memerintahkan para sahabat untuk bersikap uzlah (mengasingkan diri) dan membina kekerabatan tanpa mencampuri masyarakat, bahkan mereka tinggal bersama masyarakat dan mendakwahkan Islam; baik akidah mahupun syariatnya. Tatkala penghijrahan dilaksanakan, Rasulullah SAW mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar demi mencapai suatu sasaran yakni ukhuwwah Islamiyyah disamping membentuk ikatan akidah yang mantap dikalangan mereka. Selain itu, ikatan Islam tersebut membentuk kehidupan yang lebih kuat dalam erti kata persaudaraan dan bantuan kebendaan kerana golongan Ansar sangat bermurah hati. Rasulullah SAW mempersaudarakan dirinya dengan Ali bin Abi Talib, Hamzah dengan Zaid bin Haritsah, Abu Bakar dengan Kharijah bin Zaid. Baginda juga mempersaudarakan Umar Al-Khattab dengan ‘Atban bin Malik al-Khazra’iy, Thalhah bin ‘Ubaidillah dengan Abu Ayyub al-Ansariy, Abdul Rahman bin ‘Auf dengan Saad bin Rabi’. Ketika berlaku perselisihan diantara kaum Ansar (puak Aus dan Khazraj) setelah mereka memeluk Islam, Allah SWT menurunkan beberapa firmanNya bagi mendamaikan keadaan tegang tersebut. Menurut Ibnu Ishaq dan Abu Asy-Syaikh yang bersumber dari Zaid bin Aslam meriwayatkan bahawa turunnya ayat 99-103 surah Ali-Imran adalah bersabit dengan kejadian seorang yahudi bernama Syash bin Qais yang tampil ditengah-tengah kaum muslimin serta melaga-lagakan sesama mereka hingga timbul perbalahan. Syash bin Qais dibantu seorang pemuda yang juga anak buahnya menggunakan isu perang Bu’ats untuk melagakan kaum Aus dan Khazraj. Hasil pojokan si yahudi ini, maka bangkit Aus bin Qaizhi serta Jabbar bin Sakhr yang masing-masing mengagung-agungkan kaum sendiri serta berbalah hingga hampir bergelut, maka datang Rasulullah SAW mendamaikan semula keadaan dengan membacakan ayat-ayat Allah SWT tadi.
Begitu jugalah dengan keadaan realiti hari ini, umat Islam yang dahulunya hidup bersatu dibawah naungan Khilafah selama 1300 tahun lamanya sebagai satu bangsa yang tidak mengenal warna kulit, asal-usul (keturunan), bahasa dan budaya; semuanya hidup bersatu dengan ikatan Islam. Suatu ikatan yang berjaya menambat hati-hati manusia kepada Allah baik yang tinggal di Andalusia (Sepanyol), Maghribi, Mesir, Tanah Arab, Khurasan waimma di Nusantara. Semuanya menikmati nikmatnya kesatuan akidah, masing-masing hidup damai dengan syariah. Namun setelah kehidupan umat Islam dilanda badai sekularisme yang mendukung idea-idea perpecahan seperti nasionalisme dan patriotisme, maka kehidupan kaum muslimin terus berantakan dan berselerakkan. Masingmasing dijajah dan dipecah-belah menjadi serpihanserpihan kecil. Negeri-negeri kecil kaum muslimin ini menjadi lemah dan dengan begitu mudahnya diratah oleh kuasakuasa kufar barat sepertimana yang kita saksikan hari ini. Sistem pemerintahan demokrasi yang dipaksakan oleh kufur barat keatas kaum muslimin telah berjaya mengkucarkacirkan politik mereka. Mereka berbalah sesama sendiri, berpecah menjadi simpang-siur dan hati-hati mereka terus bermusuhan, benci membenci, jatuh-menjatuh antara sesama mereka. Semua ini persis seperti kehidupan jahiliyyah sebagaimana yang dikhabarkan kepada kita melalui nas-nas yang sahih. Malangnya, kita tetap tidak mengambil pengajaran dan iktibar darinya. Dengan nasionalisme dan patriotisme yang sedang mendarahdaging dalam tubuh umat Islam hari ini, kita tidak merasakan kesatuan dikalangan kaum muslimin. Bahkan wujud pula ditengah-tengah kehidupan ini undang-undang yang memisahkan hubungan sesama kaum muslimin. Di Malaysia, warga negara luar biarpun beragama Islam dilayan sebagai warganegara asing walaupun mereka seaqidah dengan kita. Hak dan keistimewaan adalah berbeza menurut peruntukan undang-undang thagut ciptaan manusia. Ini membuktikan bahawa nasionalisme dan patriotisme merupakan ideologi kufur yang membeza-bezakan individu muslim antara sesamanya. Inilah penyakit masyarakat yang melanda dunia hari ini dimana nilai kemanusiaan telah tersingkir dari kehidupan dan kemuliaan Islam.
Khatimah
Sedarlah wahai kaum muslimin. Bahawa sesungguhnya nasionalisme dan patriotisme merupakan racun berbisa yang menghancurkan kesatuan umat Islam, baik dahulu mahupun sampai bila-bila. Ia pernah menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah suatu ketika dahulu. Kini ia sedang menjalar dalam tubuh umat Islam agar kita tetap hidup dalam perpecahan. Apakah kalian masih redha tinggal dalam ruang yang sempit, terkebelakang dan tercorot ini? Kalian sepatutnya keluar dari kesempitan nasionalisme dan patriotisme menuju keluasan dunia dengan Islam. Kita pernah sama-sama memayungi lebih dua pertiga daratan dengan Khilafah yang mendukung aspirasi syariah bagi seluruh umat manusia berbilang bangsa. Apakah kalian hanya sekadar suka mendengar dan tersenyum membaca sejarah gemilang itu tanpa bangkit memperjuangkannya semula? Wahai kaum muslimin! Hentikanlah polemik politik kepartian yang sempit itu. Kita tidak sepatutnya lemah dan melemahkan antara sesama kita. Sebenarnya, kita menjadi lemah kerana diracun oleh nasionalisme dan patriotisme biarpun akal dan hawa nafsu kita menterjemahkan pengertian bersatu memperkasa ummah! Tapi selagi langkah kita berada dalam ruang yang dijajah oleh ideologi kufur itu, maka selagi itulah kita terpenjara dan memenjara saudara kita yang lain. Ini merupakan kezaliman yang kita cipta baik untuk diri sendiri mahupun kepada yang lain. Kita tidak sepatutnya menyusun agenda bersatu dengan mesyuarat, resolusi, rundingan dan meletakkan pelbagai syarat, padahal Allah dan RasulNya telah jelas-jelas memerintahkan agar kita sentiasa hidup bersatu! Baik dalam kesatuan aqidah mahupun syariah. Sudah pastinya, kita wajib mengembalikan kesatuan ini dalam bentuk asal seperti yang diwariskan oleh junjungan besar kita, Muhammad SAW yakni kehidupan dibawah payung Khilafah Rasyidah ‘Ala Minhaj An-Nubuwwah. Ayuh kita tinggalkan ikatan nasionalisme dan patriotisme yang beriringan dengan sistem demokrasi yang wujud ini kerana ianya tiada bermanfaat bagi manusia yang berakal, bahkan ia muncul dari benak manusia yang tidak bertamadun lagi hina. Dan formula hakiki yang perlu digunakan hari ini agar munculnya kesatuan umat Islam itu ialah dengan membuang segala bentuk pemikiran kufur seperti sekularisme, nasionalisme dan patriotisme yang ada ditengah-tengah umat ini dan seterusnya bergerak bersatu dibawah naungan Khilafah. Itulah kesatuan yang digeruni oleh kufar barat sebenarnya.

SUSAH SANGATKAH UNTUK BERSATU?

Monday, July 19, 2010
Siapa Kita Sebenarnya
Telah terlampau lama kita didodoikan dengan kisah persejarahan yang memenatkan dan menyedihkan sehingga kini masih ada,malah memang ada dan terlampau ramai pula,dari kalangan Melayu sendiri yang teramat 'merendah diri' dengan sejarah bangsanya,menganggap bangsanya pemalas,bodoh,tidak kreatif dan kurang daya tahan,seolah-olah itulah kesimpulan akhir dari pemerhatian dirinya sebagai orang Melayu terhadap bangsanya sendiri,juga terikut-ikut rentak gendang yang dimainkan oleh orang lain yang dengki dan tidak berpuashati dengan bangsanya.Jika benar apa yang disangkakan oleh sesetengah orang Melayu ini,bagaimana bangsanya yang pemalas,bodoh,lemah dan kurang berfikir ini boleh wujud di muka bumi yang penuh persaingan ini dan bagaimana diri mereka mampu mengaku Melayu ketika ini di bumi bertuah ini?
Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Me
solitik dan litik-litik yang lain,seolah-olah orang-orang gua di Tanah Melayu ini tiba-tiba berjaya menjadi Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Syahbandar Empayar Melayu Melaka!!Orang-orang gua di Tanah Melayu yang berpindah-randah,mengamalk an cara hidup sara diri,hanya mampu membuat alat-alat membajak tanah,memburu binatang dan zasss!!!Tiba-tiba bertukar menjadi sultan-sultan Melaka,mampu membina pelabuhan antarabangsa yang mewah,mampu membina kapal-kapal sama ada untuk perdagangan atau peperangan,mampu menghantar utusan diplomatik dari jiran-jiran sekeliling seperti di Tanah Jawa sehinggalah ke Negeri China,Rom dan Parsi.
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??
Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.
Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-p rojek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung-hayang dan gayat dengan bangsa asing.Contohnya kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing. ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR-PAKAR SEJARAH.Ini adalah trend penjajahan masa kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!
Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman, IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain-lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)?Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu?MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.
Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.
Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.
Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Bor neo,Bali,dan Timor; the Moluccas (Maluku);dan beratus-ratus lagi pulau-pulau kecil.New Guinea, Borneo, and Sumatera adalah tiga daripada 6 pulau terbesar dunia dan Jawa adalah pulau yang paling padat penduduknya di dunia.Kawasan yang dinamakan Malay Archipelago ini berkeluasan 2.8 juta meter persegi (kira-kira 1.1 juta batu persegi)!!!
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagang an dan pulau-pulau masih difikirkan tinggal di ceruk-ceruk hutan menganyam atap rumbia atau melukis gambar monyet di dinding-dinding gua?
Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,A RAB,PARSI SERTA CATATAN-CATATAN PARA PENGEMBARA EROPAH,sebahagiannya tersimpan di Perpustakaan Nineveh yang musnah pada tahun 612 sebelum Masihi,juga di Perpustakaan Iskandariah yang masyhur itu,Perpustakaan Baghdad,Arkib purba Maharaja China dan arkib-arkib seluruh dunia termasuk simpanan raja-raja Perancis,Sweden,Belanda,In ggeris,Vatikan dan juga terdapat di Perpustakaan kota Ayutthaya yang musnah semasa serangan Burma pada tahun 1767.
Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab, peta-peta dan surat-surat bangsa Melayu ketika menjajah Tanah Melayu juga pulau-pulau Indonesia (rujuk dalam kisah Munsyi Abdullah yang mencatatkan di zamannya masih rancak para wakil Inggeris membeli dan mencari manuskrip dan kitab-kitab purba dari orang-orang kampung),tetapi bagaimana bukti dari tempat-tempat lain?Jenuhlah mereka mahu berkeliling seluruh dunia mencari peta-peta yang bertuliskan nama Melayu untuk disembunyikan atau dihapuskan.INI MENUNJUKKAN BANGSA MELAYU MEMANG TELAH LAMA MEMBINA EMPAYAR-EMPAYAR YANG MAMPU MENGHANTAR DELEGASI-DELEGASI KE LUAR NEGARA.
Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa,Banjar,Minangkabau,Ba tak,Sunda,Bugis,suku-suku kaum di semenanjung termasuk pribumi Asli seperti Jakun dan Temiar,juga The Lost Tribe of Malay yang dilupakan iaitu bangsa Siam (bukan Thai;ada beza di situ).
Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.
Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid -masjid,istana-istana dan kesan-kesan sejarah yang lain,juga cukup untuk wakil-wakil Inggeris sama ada dari kalangan mereka mahupun anjing-anjing dari kalangan Melayu sendiri untuk mengumpulkan segala khazanah kesusasteraan yang tidak ternilai;kitab-kitab ilmu,peta-peta,surat-surat ,manuskrip undang-undang,inskripsi,ba han sastera (puisi dan hikayat) serta watikah-watikah diraja,semuanya dimuatkan di dalam kapal-kapal besar untuk dibawa ke Eropah sepanjang tempoh penjajahan Inggeris itu dari pendaratan Francis Light 1786 hinggalah kemerdekaan 1957.
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,
Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU. Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri semata-mata kerana mahukan tahta.
Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.
Sesungguhnya perasaan 'inferor' sesetengah orang Melayu adalah kerana keputusan dari tumbesaran mereka di dalam arus sejarah yang majoritinya bernadakan kesedihan dan kemunduran umat Melayu.Jika kita membuka buku sejarah tempatan,atau lebih tepat buku teks Sejarah sekolah menengah yang diajarkan kepada anak-anak kita,hanya tidak sampai 30 peratus kisah kejayaan orang Melayu dipaparkan,ya anda sudah dapat membayangkan pada topik yang mana.Hanya bab Kesultanan Melayu Melaka sahaja dapat membangkit semangat orang-orang Melayu yang 'inferior' ini.Sebelum itu ada juga diceritakan kerajaan-kerajaan purba lain tetapi dengan fakta amat rapuh dan teramatlah sedikit,seolah-olah tidak penting.Sebelum itu lagi,adalah kisah orang-orang gua;Paleolitik,Neolitik,Me
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini??
Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum-minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?Siapakah Stamford Raffles itu?Beliau adalah ahli Freemason peringkat tertinggi dan ditahbiskan sebagai anggota pertubuhan syaitan itu pada 5 Julai 1813 di Lodge De Vriendschap,Surabaya.Apa yang ahli sejarah tanahair buat di dalam pejabat-pejabat mereka?Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light?Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu.
Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-p
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor?Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati-matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau-pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah-rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan-alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula-gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!!
Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai-pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,
Sampaikan orang lain mereka-reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain-lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri-Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini.
Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang-orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja-raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain-lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.Jika hendak mengatakan orang Melayu pendatang sekali pun,ini berlaku beribu-ribu tahun dahulu dan secara automatik tidaklah dikatakan pendatang kerana sememangnya majoriti bangsa-bangsa ketika itu masih menjalankan kehidupan secara nomad hatta orang-orang 'gila' ini juga mungkin berketurunan Monggol atau Xiong Nu yang berpindah randah.Sejarah bangsa Melayu di The Land of The East ini melangkaui beribu tahun sehingga mencapai era anak-anak Nabi Nuh a.s,Banjir Besar dan penaklukan Nineveh oleh Babilon,Media dan Parsi.Bukan setakat sejarah penubuhan negeri-negeri Selat,sejarah perlombongan bijih timah atau pembukaan Singapura.
Sebenarnya bangsa Melayu telah hidup di The Land of The East begitu lama.Mahukah Orang Asli berpisah dengan adik beradik mereka yang menjaga mereka sejak beribu tahun ini?Orang Melayu dan Orang Asli adalah dari rumpun yang sama,istilahnya Malayo-Polynesian.Malah kaum-kaum pribumi di Kepulauan Pasifik,Hawaii atau kaum Maori sekalipun mengaku nenek moyang mereka adalah berasal dari para pelaut Melayu yang gigih berlayar.Bahasa orang Melayu dan Orang Asli juga dikelompok dalam bahasa yang sama iaitu Austronesian.Mengapa orang-orang asing yang buta sejarah dan antropologi ini masih berdegil mahu memisahkan adik-beradik di Bumi Mala ini??MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG BESAR.Di dalamnya terdapat beratus-ratus etnik dan bahasa.Bangsa Melayu sebenarnya antara bangsa asas dan bangsa utama sebelum dan selepas peristiwa Banjir Besar.Mengapa para pengembara Eropah memanggil gugusan kepulauan di garisan Khatulistiwa ini yang jumlahnya beratus-ratus dengan Malay Archipelago yang mengandungi lapan buah laut termasuk Sulu dan Celebes,merupakan SISTEM KEPULAUAN TERBESAR DI DUNIA serta menganjur dari kira-kira 20° utara garis lintang ke kira-kira 10° selatan garis lintang. Ia terdiri daripada New Guinea,pulau kedua terbesar di dunia;pulau-pulau Filipina;Kepulauan Sunda,yang mana termasuk Sumatera,Jawa,Sulawesi,Bor
Sistem pulau terbesar di dunia diabadikan dengan nama bangsa misteri ini dan ini menunjukkan hubungan bangsa ini dengan laut adalah amat rapat.Tidak hairanlah King Solomon (Nabi Sulaiman a.s) mengimport emas dari sini dan para Firaun mengimport rempah ratus dan kapur barus dari Nusantara beribu tahun dahulu.Adakah bangsa yang terkenal dengan laut,kapal-kapal,perdagang
Juga,mengapa orang-orang Eropah ini menggelar tanah semenanjung yang menganjur dari Thailand dan Myanmar hingga ke Selat Teberau ini MALAY PENINSULAR setaraf dengan Italian Peninsular?THE LAND OF THE EAST ADALAH BUMI ORANG-ORANG MELAYU dan ini tidak boleh disangkal langsung oleh orang-orang Barat.Mengapa?Mengapa sejarah lain orang-orang Melayu seperti kerajaan-kerajaan purba,pencapaian Melayu dalam perdagangan,kemahiran Melayu membina kota-kota dan istana batu yang hebat-hebat dapat dipadamkan dengan jayanya?Tetapi bab nama kepulauan dan semenanjung,orang-orang Barat tidak mampu menulis satu peta pun atau satu manuskrip sejarah pun untuk menamakan semenanjung Tanah Melayu ini sebagai 'Thai Peninsular' atau 'Indochina Peninsular' atau 'Polynesian Peninsular'.
Mengapa orang-orang Barat ini tidak menamakan Malay Archipelago ini dengan Austronesian Archipelago atau Polynesian Archipelago atau misalnya West Pasific Archipelago?Mengapa? INI KERANA NAMA DI MANA ORANG-ORANG MELAYU TINGGAL INI (HOMELAND) TELAH TERCATAT SEJAK BERIBU TAHUN DAHULU DARI MANUSKRIP-MANUSKRIP MESIR PURBA,KERAJAAN JUDEA (YAHUDI),ASSYRIA,BABILON,A
Jika mereka melukis peta yang menamakan semenanjung Tanah Melayu dan kepulauannya dengan nama lain maka peta itu tidak akan diiktiraf oleh pakar-pakar peta Eropah yang lain dan pelukis peta tadi akan diragui kelayakan dan pengetahuan sejarahnya.Mungkin pelukis peta itu tadi diminta belajar kembali di akademi pemetaan atau diarahkan bertanya para pengembara,pedagang dan pelayar Eropah yang berpengalaman.JIka mereka berdegil juga mengeluarkan peta yang menafikan nama Melayu ini,maka sudah pasti peta-peta purba dalam simpanan pelbagai kerajaan dunia kelak akan keluar satu persatu menafikan pembohongan ini.Mereka boleh mencari dan menyembunyikan segala khazanah kesusasteraan,kitab-kitab,
Mereka terpaksa mengakui bahawa The Land of The East ini berserta pulau-pulaunya adalah 'homeland' bangsa Melayu yang di dalamnya bertebaran etnik-etnik seperti Jawa,Banjar,Minangkabau,Ba
Orang yang pesimis akan mengatakan semua ini karut dan dongengan.Mereka masih berdegil mahu memikirkan orang-orang Melayu dari dahulu tinggal di ceruk-ceruk hutan membina pondok kayu beratap nipah sahaja.Orang yang berfikir akan mengkaji dan mengkaji.
Seperti yang telah disentuh d dalam siri Li Bloodline yang lalu,kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu membawa misi teramat penting,kekayaan dan tanah adalah sebab kedua dan ketiga tetapi agama dan bangsa adalah sebab utama.Namun sebab-sebab agamalah yang menjadi tujuan utama kerana jika semua umat Melayu beragama Buddha atau Kristian,Inggeris tidak akan tergopoh-gapah diarah oleh The Hidden Hand untuk menjajah umat Melayu (di bahagian kepulauan,diserahkan kepada Belanda).Inggeris adalah pangkalan terbesar The Hidden Hand dan 'Coat of Arms' diraja Inggeris juga melambangkan ciri-ciri Kabbalah Yahudi dan segala kepercayaan karut mereka.Bermula dengan pendaratan Francis Light di Pulau Pinang,Perjanjian Pangkor hinggalah kemerdekaan Tanah Melayu,hampir 200 tahun adalah cukup untuk Inggeris dan sekutu-sekutunya memusnahkan kota-kota purba,tembok-tembok,masjid
Kita sudah tentu pernah mendengar kisah kapal The Fame yang membawa khazanah persuratan Melayu yang tidak ternilai harganya,dikatakan terbakar dan tenggelam di tengah perjalanan.Padahal segala khazanah persuratan Melayu bertebaran di seluruh muzium-muzium dan universiti-universiti Eropah dan para pengkaji sejarah tempatan menganggarkan segala khazanah ini mencakupi beratus-ratus hingga beribu-ribu manuskrip,tidak termasuk khazanah Melayu dari Indonesia yang dicuri oleh Belanda.Soalannya,
Mengapakah Inggeris tidak membakar atau memusnahkan terus segala khazanah Melayu itu?
Mereka boleh meratakan kota A Famosa sehingga tinggal pintu gerbangnya sahaja (mengapa mereka tergopoh-gapah memusnahkan kota ini?),memusnahkan istana-istana purba kerajaan Melayu silam,kota-kota dan bangunan-bangunan sehingga ramai orang Melayu merasakan bangsa mereka hanya layak membina pondok buruk beratap nipah.
Berapa besar istana kota Melaka?Berapa lama Portugis membedil Kota Melaka?Apa maksud kota?Adakah sekadar kubu-kubu timbunan tanah dan daun-daun pisang sahaja?Jika Melaka hanya bertembokkan batang pisang dan pancang-pancang kayu,mengapa Portugis terpaksa merasuah para pedagang dan askar upahan Melaka?Mengapa armada tentera laut Melaka meninggalkan pelabuhan pada hari serangan Portugis??Jika istana Melaka bertembokkan daun-daun nipah kering,mengapa Alfonso De Albuquerqe terpaksa membawa kapal terhebatnya Flor De la Mar dan armada tentera laut Portugis untuk menyerang kota Melaka dan pelabuhannya yang lebih hebat dan mewah dari Port Royal dan Tortuga di era Pirates of Caribbean?Mengapa selepas mendapat Melaka,Belanda dan Inggeris tergopoh-gapah memusnahkan kota Melaka?Walhal mereka senang-senang mendapat satu kota yang hebat dan kukuh.Apa motif mereka? SEBENARNYA KOTA MELAKA TELAH ADA SEBELUM KEDATANGAN PORTUGIS,SIAP DENGAN TEMBOK-TEMBOK BATU YANG KUKUH DAN TERMINAL-TERMINAL MERIAM YANG STRATEGIK.ISTANA MELAKA BUKANLAH SERATUS-PERATUS DARI PAPAN DAN KAYU. Portugis hanya menambah bahagian-bahagian kota yang sedia ada,atau membaiki bahagian-bahagian tembok yang rosak akibat dibedil mereka ketika mahu menakluk Melaka.Tidak keterlaluan jika binaan pintu gerbang A Famosa itu sahajalah yang dibina oleh Portugis menggantikan pintu gerbang Kota Melaka.
Mengapa mereka tidak membuat perkara yang sama ke atas segala khazanah persuratan dan kesusateraan Melayu ini?Biar...biar orang Melayu tidak tahu bangsa mereka adalah bangsa yang gemarkan ilmu pengetahuan.Biar...biar orang Melayu kelak merasa lebih 'inferior' dan hilang jati diri.Biar..biar... bangsa ini hilang segala sejarahnya...hilang segala maruahnya...dan hilang segala warisannya.MENGAPA TIDAK DEMIKIAN WAHAI INGGERIS??
Sebenarnya,bangsa-bangsa Eropah adalah orang yang menghargai khazanah pengetahuan intelek.Bangsa Eropah adalah bangsa yang menghargai sejarah,walaupun sejarah orang lain.MEREKA TIDAK SAMPAI HATI MEMBIARKAN SEGALA KHAZANAH MELAYU INI DIMUSNAHKAN.Lebih baik mereka menjadikan segala khazanah Melayu ini bahan perdagangan dan perniagaan dari membakarnya.LIHAT BETAPA BERNILAINYA SEGALA MANUSKRIP PURBA MELAYU YANG DIBERI ATAU DIJUAL OLEH ORANG-ORANG KAMPUNG MELAYU YANG BUTA SEJARAH DAN ALPA WARISAN MEREKA SENDIRI,termasuk para kerabat diraja yang mengampu Inggeris untuk menyokong mereka berperang sesama sendiri semata-mata kerana mahukan tahta.
Cagarannya...manuskrip purba Melayu.Segala persuratan Melayu ini teramat bernilai buat mereka sebagai bangsa penjajah dan sehingga kini ia disimpan di akademi-akademi ilmu pengetahuan seluruh Eropah.Mereka meneliti,mengkaji dan memelihara segala penulisan sastera orang Melayu ini dengan penuh kasih sayang.Mereka sanggup belajar segala tulisan Melayu purba termasuk tulisan Rencong,Kawi dan Jawi sendiri semata-mata mahu menyelami hasrat hati dan kekayaan jiwa bangsa yang dijajah mereka.YANG MENJUALNYA ADALAH PARA IMPERIALIS YANG TAMAK,YANG MEMBELINYA ADALAH PARA ILMUAN EROPAH YANG CINTAKAN ILMU,KESENIAN DAN SEJARAH.Jika anda mengkaji dan mengembara ke seluruh Eropah untuk mencari segala khazanah Melayu ini,anda pasti terkejut segala khazanah persuratan Melayu ini terdapat di merata-rata muzium dan universiti Eropah,yang paling terkenal ialah di Belanda iaitu di universiti tertuanya di Leiden,yang diasaskan oleh William of Orange pada tahun 1575,malah di Perancis,Itali dan sudah pasti di England sendiri,sehingga menjangkau ke negara-negara Skandinavia seperti Sweden dan Denmark dan sejauh Rusia.
Para ilmuwan dan cendekiawan Eropah ini sedar para Imperalis mereka sebenarnya telah menjajah satu bangsa aneh yang amat kaya kesusasteraan mereka.Bangsa-bangsa Eropah ini bukan sahaja berusaha mempelajari segala khazanah ini malah mengajarkan segala hikmah dan rahsia bangsa Melayu kepada keturunan mereka.Adakah universiti di Malaysia terdapat satu jabatan mengkaji kesusasteraan Viking atau bangsa Frank misalnya?Adakah Universiti Malaya ada mewujudkan Jabatan Pengajian Kesusasteraan Rusia di salah satu disiplin pengajian mereka?Tetapi di Rusia misalnya,terdapat jabatan pengajian Melayu yang bukan sahaja mengkaji hikayat-hikayat Melayu malah mereka telah beberapa kali menerbitkan buku-buku,jurnal-jurnal dan dokumen-dokumen kajian Alam Melayu!!Pernahkah anda melihat tulisan paling tua Melayu,yang digunakan oleh para sasterawan Melayu purba beratus malah mungkin beribu tahun lama sebelum tulisan Jawi?Tulisan ini hanya dipanggil Aksara yang di dalam dunia ini tidak sampai 10 orang yang dapat memahaminya.DAN YANG MEMERANJATKAN TIDAK ADA SEORANG MELAYU PUN YANG FAHAM TULISAN INI!Pakar-pakar tulisan purba Aksara Melayu adalah dari kalangan orang Inggeris,Belanda dan Rusia.Mengapa terjadi perkara yang aneh dan menyedihkan ini?
Bangsa yang menghargai sejarah dan warisan sastera bangsanya adalah bangsa yang bersemangat dan kental jati dirinya.Ini penting. DAN INI RAHSIA MENGAPA BANGSA-BANGSA EROPAH,JUGA BANGSA YAHUDI MAJU DI DALAM SEGENAP LAPANGAN ILMU.Bangsa yang melupakan warisan dan sejarah bangsanya adalah bangsa yang keliru dan cacat jati dirinya.Contoh yang paling jelas adalah BAHASA.Para pemimpin Jepun dan Korea sanggup membawa penterjemah apabila mahu bertukar-tukar pendapat di mesyuarat-mesyuarat luar negara seperti di Majlis Keselamatan PBB misalnya padahal takkanlah mereka tidak tahu 'sepatah haram' pun perkataan Inggeris.Dua bangsa ini adalah peneraju industri dunia.Iran misalnya hanya menggunakan bahasa Inggeris sewaktu menyambut tetamu,tetapi di forum-forum yang dikendalikan mereka,bahasa Iran diutamakan dan para peserta terpaksa menggunakan penterjemah untuk memahami ucapan penceramah.Dan bangsa ini mampu membina teknologi nuklearnya sendiri tanpa perlu berlutut pada Barat.Tetapi apakah yang terjadi kepada bangsa Filipina yang menjadikan bahasa Inggeris,sebagai idola mereka?Pembelajaran Bahasa Inggeris mereka lebih baik dari sesetengah pemimpin Malaysia sendiri tetapi apakah yang terjadi kepada Filipina?Filipina cuma mampu mengeksport para pembantu rumah dan segelintir ahli ekonomi yang gagal.Sebab itulah para pejuang bahasa Melayu bermati-matian mempertahankan kedaulatan bahasa mereka sendiri (isu PPMSI misalnya).Tetapi malangnya,perjuangan mereka tenggelam oleh isu politik;sama ada pihak yang mengambil kesempatan atas mereka atau pihak lain yang mempolitikkan perjuangan mereka.Begitu malangnya bahasa sendiri di tangan para pemimpin yang buta sejarah dan buta nilai warisan sendiri.Padahal kaum-kaum lain sanggup mempertahankan sistem sekolah sendiri semata-mata mahu menyelamatkan bahasa dan budaya mereka tetapi para pemimpin Melayu senang-senang sahaja menurunkan tandatangan menafikan bahasa sendiri di dalam pendidikan negara seolah-olah bermain buah catur sahaja.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata,
Badan dan nyawa saya serahkan
Asal kapas menjadi benang,
Asal benang menjadi kain;
Barang yang lepas jangan dikenang,
Sudah menjadi hak orang lain.
Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si air mata.
Labels:
Alter Terahsia Bangsa Melayu,
Conspiracy,
Dilema Paradigma Melayu maa,
Sejarah Malaysia,
Tamadun Melayu
LIM GUAN ENG BERGURU DGN LEE KUAN YEW : PULAU PINANG AKAN JADI PULAU KEDUA MILIK SINGAPURA SELEPAS BATU PUTIH
Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina .Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu.
Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya:
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid, dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah ,berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!
Sumber:http://shamsuddinmoner.blogspot.com/2009/12/lim-guan-eng-berguru-dgn-lee-kuan-yew.html
Labels:
Bahaya dan ancaman dari Singapura,
Dilema Paradigma Melayu maa,
Dilema Politik Melayu,
Of the revealed deceptions,
Untuk Kita Renungkan
Sunday, July 18, 2010
Adakah Kekayaan yang Sebenarnya di Dunia Ini?
Kebanyakan manusia mengira mereka dapat memperoleh kehidupan yang sempurna begitu mereka bertekad untuk itu. Lebih jauh lagi, mereka mengira bahwa kualitas hidup yang tinggi bisa dicapai dengan memiliki lebih banyak duit, standard hidup yang lebih baik, keluarga yang bahagia, dan kedudukan yang terhormat di masyarakat. Namun, orang-orang yang mencurahkan seluruh waktu mereka untuk memperoleh hal-
hal seperti itu jelas-jelas melakukan kesalahan.
Pertama, mereka hanya berjuang untuk
meraih ketenteraman dan kebahagiaan di dunia ini dan sama sekali melupakan Hari
Akhirat. Walaupun terdapat fakta bahwa tujuan utama mereka adalah menjadi hamba Allah di dunia ini dan mensyukuri apa- apa yang dianugerahkan-Nya,
mereka menghabiskan hidup untuk memenuhi berbagai hasrat mereka yang sia-sia.
Allah memberitahukan betapa
remeh dan menipunya daya tarik
dunia di dalam Al Quran:
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya
kehidupan dunia ini hanyalah
permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan
bermegah-megah antara kamu
serta berbangga-banggaan
tentang banyaknya harta dan
anak, seperti hujan yang tanam-
tanamannya mengagum-kan
para petani; kemudian tanaman
itu menjadi kering dan kamu
lihat warnanya kuning kemudian
menjadi hancur. Dan di akhirat
ada azab yang keras dan
ampunan dari Allah serta
keridhaan-Nya. Dan kehidupan
dunia ini tidak lain hanyalah
kesenangan yang menipu. (QS. Al
Hadiid, 57: 20)
Tidak mengimani Hari Akhirat atau menganggapnya sebagai kemungkinan yang jauh adalah kesalahan pokok dari banyak orang. Mereka yakin bahwa
mereka tidak akan pernah kehilangan kekayaannya. Kesombongan membuat mereka menghindar dari ketundukan
kepada Allah dan memalingkan
wajah mereka dari janji-Nya.
Akhir dari orang-orang seperti ini dikisahkan sebagai berikut:
"Sesungguhnya orang-orang yang
tidak mengharapkan pertemuan
dengan Kami, dan merasa puas
dengan kehidupan dunia serta
merasa tenteram dengan
kehidupan itu dan orang-orang
yang melalaikan ayat-ayat Kami,
mereka itu tempatnya ialah
neraka, disebabkan apa yang
selalu mereka kerjakan. " (QS.
Yunus, 10: 7-8)
Sejarah telah menyaksikan banyak orang semacam ini. Para raja, kaisar, dan fir ’aun
menganggap mereka dapat memperoleh keabadian dengan kekayaan mereka yang hebat; pemikiran bahwa ada sesuatu
yang lebih berharga daripada kekayaan dan kekuasaan mungkin tidak pernah terlintas pada mereka. Mentaliti yang
cacat ini menyesatkan banyak orang, yang sangat terkesan oleh kekayaan dan kekuasaan mereka.
Namun, semua orang yang tidak beriman ini menghadapi akhir yang mengerikan. Di dalam Al Quran, Allah memberitahukan
tentang mereka:
" Apakah mereka mengira bahwa
harta dan anak-anak yang Kami
berikan kepada mereka itu
(berarti bahwa), Kami bersegera
memberikan kebaikan-kebaikan
kepada mereka? Tidak,
sebenarnya mereka tidak sadar."
(QS. Al Mu'minuun, 23: 55-56)
Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan harta benda dan anak-anak itu untuk
menyiksa mereka dalam kehidupan di dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka, sedang mereka dalam keadaan
kafir. (QS. At-Taubah, 9: 55)
Orang-orang ini sebenarnya telah mengabaikan satu poin yang
sangat menentukan. Semua kekayaan dan segala sesuatu yang dianggap penting adalah milik Allah. Allah, Pemilik sebenarnya segala kekayaan, memberikannya kepada siapa saja yang Dia kehendaki. Sebagai balasannya, manusia diharapkan untuk bersyukur kepada Allah dan menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diingat bahwa
tidak seorang pun dapat menghalangi pemberian Allah kepada seseorang. Sebaliknya, begitu kekayaan seseorang
dicabut, tiada selain Allah yang kuasa mencegahnya. Dengan inilah, Allah menguji manusia.
Namun, orang-orang yang melupakan Pencipta mereka dan hari penghisaban tidak mengindahkan ini:
"Allah meluaskan rezki dan
menyempitkannya bagi siapa
yang Dia kehendaki. Mereka
bergembira dengan kehidupan di
dunia, padahal kehidupan dunia
itu (dibanding dengan)
kehidupan akhirat, hanyalah
kesenangan (hanya sedikit) ". (QS.
Ar-Ra'd, 13: 26)
Tipu helah dajjal, menyukarkan yang halal memudahkan yang haram. Sungguh, mengejar kekayaan itu tidak dihalang oleh
islam, tapi perlu lah dilakukan di atas nama Allah. Wallahualam.
mencari rezeki amat d galakkan
dlm ISLAM..
beribadat seperti kita akan mati
pada esok hari dan carilah rezeki
seperti kita akan hidup seribu tahun
lagi..keseimbangan dlm ISLAM dan
hidup..

Pulau Batu Puteh terlepas ke genggaman Singapura akibat Kemalasan dan Kelalaian pasukan Malaysia?
Mengenai Kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing.
ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?
Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR- PAKAR SEJARAH. Ini adalah trend penjajahan masa kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor? Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??
Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.
Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) .
Padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!
Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati- matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.
Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau- pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.
Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah- rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.
Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan- alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.
Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula- gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.
Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!! Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...

Cara Menuntut Ilmu,
Dilema Paradigma Melayu maa,
Sejarah Malaysia,
Terkantoi la pulokk,
Yang Kamu Perlu Tahu
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di bumi bertuah ini??
Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini?? Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum- minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?
Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light? Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu. Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?
Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.
Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung- hayang dan gayat dengan bangsa asing.
Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai- pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain- lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)? Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!
Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu? MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.
Sampaikan orang lain mereka- reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain- lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri- Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.
Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini. Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang- orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.
Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja- raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.
Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain- lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)