Showing posts with label Yang kamu perlu fikirkan. Show all posts
Showing posts with label Yang kamu perlu fikirkan. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Siti Impian

Antara 9 Siti yang patut dicontohi:

1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s. a. w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s. a. w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s. w. t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s. w. t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmud dlm rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

http://www.facebook.com/#!/notes.php?id=1631955414

Sunday, July 18, 2010

Kerajaan Nabi Sulaiman A.S pernah berurusan dengan Tamadun Melayu?

dahulunya... terdapat rekod dari yahudi mengatakan Nabi Sulaiman dengan kerajaannya yang tiada tandingannya itu pernah berurusan dengan Tamadun Melayu untuk mengIMPORT bertan-tan emas melalui kapal untuk pembinaan istana baginda...

Kerajaan Zabaj = Empayar Melayu (sebelum era SERI BERJAYA)

kerana itu ada khabar angin mengatakan Melayu mempunyai susurgalur terus dengan Nabi Ibrahim melalui isteri ke-3 nya iaitu Keturah,... iaitu seorang puteri dari kerajaan Bunga di utara Empayar Melayu...

dan yang paling uniknya...Darah Melayu mempunyai unsur DNA paling tinggi dengan DNA Yahudi...Kerana Yahudi berketurunan langsung dengan Nabi Ibrahim melalui anak kepada Sarah isteri pertama Nabi Ibrahim,dan untuk membuktikannya benar ialah tiada 1 anak Melayu pun "perasan & mengerti" tentang hal ini,

kerana itu terkadang kita perasan yang Melayu semenanjung & sumetera rata2nya kacak segak dan cantik...kerana itulah Yahudi sudah siap2 pangkalannya di Singapore untuk mengawasi kegiatan Melayu,kerana mereka percaya & yakin,bangsa Melayu lah 1 rumpun dari 12 puak Yahudi yang hilang dalam rekod mereka,ini kerana keturunan yang hilang inilah yang bakal menyembelih mereka di perang akhir zaman ini...

Tapi ingat, Melayu bukan Yahudi,tapi benang2 merah = DNAantara Yahudi & Melayu terlalu rapat,dan ini dibuktikan benar oleh 2 professor dari UKM dan Amerika.

Adakah ini 1 kebetulan ??? Sememangnya tidak...

Sumber kajian ; Seri Kandi dari Mistis Files.

Tahukah kamu siapakah orang yang muflis dari sudut pandangan Islam?

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata.

Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta ”.

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka ” (Riwayat Muslim).