Thursday, October 13, 2011

APA ITU RUKUN IMAN


APA ITU RUKUN IMAN???

Posted by bahrulkalam


HURAIAN RINGKAS MENGENAI RUKUN IMAN

1.      BERIMAN KEPADA ALLAH

Ø  Iaitu beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah sahajalah Tuhan yang wajib disembah.
Ø  Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah yang menciptakan segala yang ada di bumi mahupun di langit.
Ø  Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa bertempat dan tidak terlibat dengan masa kerana Allah yang menciptakan tempat dan masa.
Ø  Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah wujud tanpa ada permulaan, Allah tidak akan binasa buat selama-lamanya, Allah Maha Kuasa, Maha Berkehendak, Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
Ø  Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah Maha Kaya yakni tidak berhajat kepada sekalian mahkuk yang di ciptakan oleh-Nya.
Ø  Beriman kepada Allah adalah meyakini bahawa Allah tidak menyamai dengan kesemua makhluk ciptaan-Nya dan tidak ada sesuatupun yang meyamai-Nya.
CONTOH:
*      Allah yang menciptakan manusia daripada tanah. Oleh itu manusia ada asalnya iaitu diciptakan dari tanah dan manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah, sedangkan Allah tidak ada yang menjadikan-Nya
*      Allah yang menciptakan masa, pagi, petang, siang, malam, kelmarin, hari ini, esok. Maka Allah tidak terlibat dengan masa kerana masa adalah ciptaan-Nya.
*      Allah yang menciptakan manusia dan Allah juga yang mematikan manusia tetapi Allah tidak ada yang menciptakan-Nya dan Allah tidak pula mati kerana Allah yang menciptakan kematian.
*      Allah yang menciptakan manusia dengan bertempat iaitu berada di bumi tetapi Allah wujud tanpa bertempat kerana tempat Allah yang ciptakn.
*      Allah yang menciptakan tubuh, tangan, jari, kaki, betis, anak jari, mata, telinga tetapi Allah tidak mempunyai semua itu kerana itu semua adalah makhluk ciptaan-Nya.
*      ALLAH TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN DAN DIBAYANGKAN.

2.      BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Ø  Iaitu beriman bahawa malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya.
Ø  Beriman bahawa malaikat bukan lelaki mahupun perempuan.
Ø  Beriman bahawa malaikat tidak makan, minum dan tidur.
Ø  Semua malaikat beriman kepada Allah, sentiasa patuh dan taat kepada segala perintah Allah ta`ala.
Ø  Malaikat boleh menyerupai manusia tetapi tanpa alat kelamin.
Ø  Malaikat mempunyai sayap dan tubuh yang amat besar.
Ø  Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling banyak.
Ø  Tempat tinggal malaikat iaitu di langit.
Ø  Orang Islam wajib mengasihi malaikat dan tidak boleh mempermain-mainkan mereka.
WAJIB MENGETAHUI SEPULUH (10) MALAIKAT IAITU:
1.      Malaikat Jibril, tugasnya menyampaikan wahyu kepada para Nabi.
2.      Malaikat Izrail, tugasnya mencabut nyawa.
3.      Malaikat Israfil, tugasnya meniup sangkakala.
4.      Malikat Raqib, tugasnya mencatat amalan kebaikan.
5.      Malaikat Atid, tugasnya mencatat amalan jahat.
6.      Malaikat Mungkar, tugasnya menyoal mayat di dalam kubur.
7.      Malaikat Nakir, tugasnya menyoal mayat di dalam kubur.
8.      Malaikat Ridwan, tugasnya penjaga Syurga.
9.      Malaikat Malik, tugasnya penjaga Neraka
10.  Malaikat Mikail, tugasnya member rezeki dengan menurunkan hujan.

3.      BERIMAN KEPADA RASUL

Ø  Iaitu mempercayai dan meyakini bahawa Allah yang menghantar para Rasul dan para Nabi untuk manusia dan jin supaya mereka semua beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Ø  Agar manusia mengetahui perkara ghaib yang akal tidak tahu seperti Syurga dan Neraka.
Ø  Agar manusia melakukan perkara yang baik dan menjauhkan perkara yang keji.
Ø  Nabi yang pertama diutuskan adalah Nabi Adam alaihissalam dan Nabi yang terakhir diutuskan adalah Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam.
Ø  NABI YANG PERTAMA diutuskan kepada orang kafir adalah Nabi Nuh alaihissalam.
Ø  Kesemua Nabi dan Rasul dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, mereka semua membawa AGAMA ISLAM.
Ø  Beriman bahawa kesemua Rasul dan Nabi adalah manusia mulia yang bersifat:

1.      Benar dan betul, tidak pernah menipu.
2.      Pandai dan cerdik, tidak bodoh dan lembab.
3.      Amanah dan jujur, tidak khianat dan pecah amanah.
4.      Menyampaikan dan berdakwah dengan apa yang diperintahkan oleh Allah,tidak berdiam diri dan tidak menyembunyikan.
5.      Tidak pernah melakukan dosa besar dan dosa kecil yang keji.
6.      Tidak pernah KAFIR kepada Allah, tidak pernah menyembah selain daripada Allah.
7.      Tidak pernah ditimpa penyakit yang keji lagi hina seperti keluar ulat dari badan.
8.      Berwajah dan bertubuh cantik serta bersuara merdu.
9.      Para Rasul dan Nabi bersikap berani dan tidak pengecut.
10.  Para Rasul dan Nabi peramah dan beradab, tidak sombong dan angkuh.
11.  Allah memberikan kepada Rasul dan Nabi mukjizat iaitu perkara luar biasa.
WAJIB MENGETAHUI 25 ORANG RASUL IAITU:
1.      ADAM
2.      IDRIS
3.      NUH
4.      HUD
5.      SOLEH
6.      IBRAHIM
7.      ISMAIL
8.      ISHAQ
9.      YA’KUB
10.  LUD
11.  YUSUF
12.  AYUB
13.  SYUAIB
14.  MUSA
15.  HARUN
16.  ZULKIFLI
17.  DAUD
18.  SULAIMAN
19.  ILYAS
20.  ILYASA’
21.  YUNUS
22.  ZAKARIA
23.  YAHYA
24.  ISA
25.  MUHAMMAD

4.      BERIMAN KEPADA KITAB

Ø  Iaitu beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya
Ø  Bilangan kitab yang masyhur iaitu 4:
1.      Kitab Taurat kepada Nabi Musa alaihissalam.
2.      Kitab Zabur kepada Nabi Daud alaihissalam.
3.      Kitab Injil kepada Nabi Isa alaihissalam.
4.      Kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad sallallahu`alahi wasallam.

5.      BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT

Ø  Iaitu hari dimusnahkan alam dunia ini dan menemui alam akhirat.
Ø  Malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama, semuanya musnah dan mati.
Ø  Malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua, semuanya akan hidup kembali.
Ø  Semua manusia akan dihimpunkan di padang Masyar untuk dihisabkan amalan-amalan masing-masing.
Ø  Amalan akan ditimbang di atas Mizan oleh Malaikat Jibril dan Mikail.
Ø  Amalan kebaikan yang dibuat oleh orang KAFIR di dunia, tidak akan dinilai langsung di hari akhirat kerana mereka tidak beriman kepada Allah.
Ø  Manusia yang BERIMAN, pahalanya banyak dari dosa, maka ia akan dimasukkan ke dalam Syurga dan kekal buat selama-lamanya.
Ø  Manusia yang BERIMAN tetapi ada dosa, jika Allah tidak mengampunkannya, maka ia akan dimasukkan ke dalam Neraka terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam Syurga.
Ø  Manusia yang KAFIR akan dimasukkan ke dalam API NERAKA dan kekal di dalamnya buat selama-lamanya.
Ø  Neraka ialah tempat seksaan yang dasyat sekali dengan API yang sangat panas dan sejuk yang amat sangat.

6.      BERIMAN DENGAN QADHAK DAN QADAR IAITU KETENTUAN BAIK DAN BURUK

Ø  Iaitu beriman bahawa sesuatu yang terjadi, baik atau buruk adalah takdir Allah dan ciptaan Allah.
Ø  Apa yang terjadi merupakan takdir Allah.
CONTOH:
1.      Apabila kita sakit, iainya merupakan takdir Allah.

  • Kita berusaha berubat, bersabar, berdoa dan berserah pada Allah.
  • Bila kita bersabar, maka Allah akan tambahkan pahala, kita akan dikasihi oleh Allah dan bertambah darjat keimanan kita.

2.      Apabila kita sihat, ianya takdir Allah.  
  •   Jika kita bersyukur dan membuat apa yang Allah suruh, maka kita akan mendapat pahala dan bertambah darjat keimanan kita.
  • Jika kita sihat dan kita melakukan maksiat seperti tidak solat, melawan ibu bapa atau guru, maka kita akan mendapat dosa.

No comments: