Mengenai Kes Pulau Batu Putih,ya memang Malaysia khasnya orang Melayu sudah berputih mata,tetapi eloknya dikaji mengapa tiada seorang pun ahli sejarah yang bijak pandai di negara ini mampu menghalang wilayah sendiri jatuh ke tangan asing.
ANDA SUDAH NAMPAK KEPENTINGAN SEJARAH?
Lihat,bangsa asing sanggup mendidik dan menyekolahkan anak bangsa mereka di dalam bidang sejarah bersungguh-sungguh kerana kelak BUKAN PARA NEGARAWAN ATAU JENERAL TENTERA YANG MENGAMBIL ALIH WILAYAH NEGARA LAIN,TETAPI PAKAR- PAKAR SEJARAH. Ini adalah trend penjajahan masa kini.
Di manakah dokumen yang mengatakan dengan jelas Pulau Batu Puteh adalah hak Johor? Mengapa disenyapkan dokumen berharga itu?Mengapa para hakim luar negara berasa hairan pasukan Malaysia menyerahkan gambar Pulau Batu Puteh yang sebenarnya di ambil dari sebuah blog (copy paste @ download)??
Padahal pasukan Singapura bertungkus lumus mengupah jurugambar profesional mengambil gambar 'real' malahan menggunakan kemahiran teknik fotografinya sekali (mungkin menggunakan photoshop dan 'superimpose') bagi membuatkan seolah-olah Pulau Pedra Branca (nama pulau itu pada sebutan Singapura) lebih dekat dengan Singapura.
Betapa sambil lewanya mereka yang berkenaan dalam mempertahankan wilayah sendiri.Dan apabila kalah,sanggup pula mengatakan keputusan hakim itu adalah paling adil atau 'win-win situation' (difahamkan kata-kata ini lebih bersifat menyedapkan hati yang duka lara) .
Padahal negara hanya layak mendapatkan terumbu batu yang bila air pasang terhapus terus dari pandangan (laksana biskut chipsmore-kejap ade kejap takde) sebaliknya orang lain pulang dengan gembira sambil menjinjing buah tangan Pulau Batu Puteh yang dapat dibina sebuah rumah api di atasnya!
Mungkin mereka berkata,ala...tanah sekangkang kera itu pun nak berkira.Hei,orang asing bermati- matian mendapatkan sejengkal tanah orang-orang Melayu tetapi orang Melayu lebih gemar mengenyangkan perut sendiri daripada melihat maruah bangsa terbela.
Jika kita lihat di Pulau Pisang juga sama.Orang luar sanggup bersusah payah membina rumah api di pulau- pulau Melayu dengan harapan merekalah nanti diiktiraf sebagai Tuan Punya pulau tersebut.Sifat orang Melayu yang suka membiarkan tanah sendiri semak samun dan sanggup bekerja di kilang-kilang berjangkit kepada para Elit Melayu.
Alangkah baiknya mereka memantau setiap pulau di Malaysia dan membina rumah- rumah api atau apa saja supaya menjadi tanda pulau tersebut ada tuannya.
Ini tidak,24 jam memikirkan apakah lagi cara untuk menipu bangsanya sendiri bagi mengangkatnya sebagai pemimpin politik,tidak kira hujah-hujah pembangunan yang sudah basi hinggalah alasan- alasan agama,juga mahu dipermainkan sesuka hati demi sekelumit pangkat dan jawatan.
Tragedi ini samalah seperti orang Melayu yang dikurniakan anak,tetapi anak tersebut dibiarkan tiak terbela,kemudian orang asing datang mencubit-cubit pipi anak kita sambil membelikan permainan dan gula- gula.Kemudian kita membiarkan anak kita tinggal dengan orang asing dan dibesarkan oleh orang asing tadi.
Apabila besar panjang dan anak kita tadi sudah bekerja dan berjawatan besar,barulah terhegeh-hegeh datang ke rumah orang asing tadi supaya diserahkan kembali anak kita itu.Apa kata orang asing tadi??Of course,NO WAY!! Orang lain yang merampas tanah,orang lain yang dijadikan hakim,dan akhirnya orang lain yang dapat tanah...
No comments:
Post a Comment