Sunday, July 18, 2010

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di bumi bertuah ini??

Apa yang dibuat oleh ahli sejarah negara kita di dalam bumi bertuah ini?? Adakah mereka duduk termenung di dalam bilik pejabat berhawa dingin?Atau minum- minum di kedai-kedai mamak di waktu awal pagi,pukul 10 pagi,makan tengahari dan kemudian balik rumah sambil melupakan sejarah bangsa sendiri?Adakah waktu mereka dihabiskan untuk membaca bahan sejarah yang ditulis oleh R.O Winsted,Raffles dan seangkatan dengan mereka?

Adakah di dalam tempurung minda mereka itu masih memikirkan bahawa Pulau Pinang dibuka oleh Francis Light? Bangsa yang tidak memiliki sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa depan.Bangsa-bangsa lain berusaha menuliskan sejarah bangsa sendiri,memelihara tempat-tempat warisan sejarah mereka;mereka sanggup menghabiskan berjuta-juta dolar hanya untuk memastikan sejarah bangsa mereka terpelihara misalnya kerajaan Sweden sanggup menaikkan kapal perang kuno Vasa yang tenggelam di Laut Baltik pada tahun 1628 untuk dipamerkan di muzium supaya anak cucu meraka dapat melihat betapa nenek moyang mereka mampu membina kapal perang hebat itu. Tetapi di manakah wang negara dihabiskan?

Kononnya lebih baik wang digunakan untuk membantu rakyat marhaen dari memelihara tapak-tapak bersejarah,tetapi sebaliknya wang rakyat digunakan untuk membina projek-projek mega yang membazir yang akhirnya bukan orang Melayu yang memiliki projek-projek mega itu;contoh yang paling hampir di batang hidung Melayu ialah Iskandar Malaysia.Hakikatnya bangsa Melayu kini tidak mampu menghayati sejarah bangsa dan hilang semangat patrotik.Bermula dari atas,para pemimpin Elit Melayu yang majoritinya berpendidikan Barat tidak mampu mengangkat akal fikiran dan hujah bila berdebat tentang sejarah bangsa sendiri.Mereka terlalu lemah berhadapan dengan sejarah;menunjukkan penyakit buta sejarah juga berjangkit kepada para Elit Melayu ini.

Tidak seperti membincangkan hal pilihanraya,kuasa,projek-projek mega,kontrak dan sebagainya,apabila ditunjal sedikit tentang sejarah yang sudah jelas menjadi haknya,mereka terhuyung- hayang dan gayat dengan bangsa asing.

Bidang-bidang yang dikejar oleh anak muda Melayu yang pandai- pandai biasanya sains,kejuruteraan,guaman,IT,perubatan,bidang kemahiran dan teknikal dan lain- lain tetapi berapa kerat anak Melayu yang dilatih menjadi ahli sejarah yang kritis dan dinamis (bukan menjadi pak turut Barat)? Penglibatan anak Melayu dalam bidang sejarah amatlah menyedihkan dan ini terbukti bahawa pakar sejarah Malaysia yang popular adalah berbangsa Cina dan mendapat gelaran profesor pula!

Bukanlah hendak berpandangan negatif malah cukup bagus ramai bukan Melayu berminat mendalami sejarah negara sendiri dan menjadi lebih patriotik tetapi apa petandanya kepada orang-orang Melayu? MALAH KAUM LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MELAYU JUGA AMAT CINTAKAN WARISAN SEJARAH MALAYSIA dan berusaha belajar sejarah Malaysia dari buku teks Tingkatan Lima sehingga berjaya mendapat PhD dalam bidang sejarah di kala anak-anak Melayu lain terkial-kial menghafal nama-nama tokoh kemerdekaan lantas menghempas buku sejarah dan mengeluh sambil memikirkan betapa bosannya ilmu sejarah itu.

Sampaikan orang lain mereka- reka cerita mengatakan pahlawan mereka sendiri iaitu Hang Tuah,Hang Jebat dan lain- lainnya adalah keturunan Cina,maka sebilangan orang Melayu sudah begitu cepat menghidap demam kekeliruan dan mula mempercayainya padahal sebutan 'Hang' itu adalah gelaran kepada para pahlawan tersebut.Agaknya jika Hang Tuah berada di zaman kita dan berjumpa dengan Tan Sri- Tan Sri Melayu maka Hang Tuah juga mungkin mengatakan ini semua orang-orang Cina dari keluarga Tan,padahal itu semua adalah gelaran-gelaran sahaja.

Adakah Hang Tuah sebenarnya bernama Hang Too Ah?Of course not!Ini semua adalah pemikiran bingung lagi membingungkan.Semuanya tidak habis-habis mahu mengusik perasaan orang Melayu,penduduk pribumi The Land of The East ini. Ada pula orang-orang lain yang berusaha mengatakan orang- orang Melayu bukan pribumi dan juga golongan pendatang sama ada dari Yunnan atau dari lain tempat.Mereka bermurah hati pula mempertahankan Orang Asli dan Jakun yang sekian lama hidup dengan orang-orang Melayu beribu tahun yang silam dengan mengatakan kaum-kaum inilah yang layak dikatakan pribumi.

Sebenarnya situasi yang sama akan menimpa Orang Asli dan Jakun jika mereka berada di posisi orang-orang Melayu dan orang Melayu pula tinggal di lereng-lerang bukit atau di dalam hutan.Bayangkan Orang Asli dan Jakun ini memegang politik Malaysia dan mempunyai raja- raja.Orang-orang 'gila' ini sudah pasti akan menukar pernyataan mereka dengan mengatakan Orang Asli atau Jakun ini adalah kaum pendatang dari Afrika atau Kepulauan Pasifik.Dan dengan murah hati,mereka akan membela orang-orang Melayu yang duduk di bukit-bukit tadi.SEBENARNYA MEREKA INGINKAN TANAH AIR MALAYSIA INI DAN KALAU BOLEH MAHU MENGHALAU BUKAN SAHAJA MELAYU MALAH PRIBUMI-PRIBUMI YANG LAIN.


Sesungguhnya Orang Asli,Jakun,Senoi,Temiar dan lain- lain mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Melayu laksana adik beradik.Sudah beribu-ribu tahun mereka tinggal serumah dengan bangsa Melayu,malah bangsa Melayu walaupun mempunyai empayar dan kerajaan tidak pula menjalankan 'massacre' atau membakar perkampungan pribumi yang lain.Mereka menghormati sesama sendiri,bukan seperti sesetengah pihak lain yang begitu tamakkan Tanah Melayu ini sanggup membunuh orang Melayu dan membakar kediaman mereka.

No comments: