(Ramai email aku dan bertanya benda ni, ada yang dah joint dan ada yang nak joint, pesan aku: Naik basikal itu lebih susah dari belajar ugama...)
Dari hujung pagar masjid, aku terlihat seorang pakcik sedang duduk termenung sambil memerhatikan jemaah masjid yang sedang bersiap siap mengambil wudhu kerana waktu magrib sudah hampir tiba. Lalu aku seorang yang ‘baik ada makna’ terus menghampiri pakcik tu dan menegur sambil berbudi bahasa..
Dalam asyik aku berborak akan perihal peribadi yang membuka kepada takruf(pengenalan), maka pakcik ni tiba tiba membuka ilmu di dada...
“Orang islam sekarang ramai yang solat tapi tak sah”, katanya.
“Kenapa pulak?” Tanya aku sambil menambah gulung pada ikatan kain pelikat di pinggang.
Sebab mereka mengucap kalimah syahadat tapi tak tahu hakikat. Kalimah syahadat itu ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, setiap huruf ada maarifat dan hakikat, ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah, tak tahu ini, syahadat tak sah, bila syahadat tak sah, semua ibadat menjadi sia sia, dan ramai tak tahu ilmu tasauf serta belajar tariqat..
“Siapa yang ajar pakcik?"
Tanya aku sambil membetulkan posisi telur dicelah kain pelikat.
Tok guru Pakcik, iaitu syekh (aku lupa nama guru pakcik tu), dia adalah seorang wali yang susur galurnya datang dari Rasullullah..
Aku pun buat-buat terkejut:
Wah! ini sudah bahaya, apa kata malam ni lepas solat magrib, saya kumpulkan semua ahli surau agar mereka dapat betulkan syahadah, ini tak boleh main main.., sia sia semua amal, pakcik jangan bimbang, ustaz yang mengajar malam ni saya kenal, saya akan suruh ustaz tu juga belajar dengan pakcik malam ni..
“Err, pakcik tak boleh ajar ilmu ni secara beramai ramai, sebab ada benda rahsia yang pakcik tak boleh bagitahu...”
Eh, apa pulak? Jika pakcik tak ajar kami mengucap Kalaimah syahadat yang ada 24 huruf, yang mewakili 24 jam, yang ada maarifat dan hakikat, yang ada sifat 20 yang berhubung dengan asma 99 nama Allah.., nanti kami semua sesat, pakcik wajib ajar kami, jika tak, kami semua masuk neraka, apa pakcik nak jawab dengan Allah?
Pakcik tu tersenyum tawar, dan nampaknya pakcik tu bersetuju..
Lepas solat magrib, aku cari pakcik tu dalam saf solat,. Tapi takde, pakcik tu tak solat pun kat situ.
Ok, mungkin pakcik tu sakit perut nak berak, tapi sampai isyak,. Pakcik tu pun takde..
Ok, mungkin pakcik tu masih sakit perut terberak berak..
Dan beraklah kau pakcik, sampai subuh!
********
Moral of the story:Ugama ni tak de lah complicated sangat, sampai susah nak belajar, nak kena ada ilmu syariat, makrifat, tarikat, hakikat, dulu kononnya baru sah solat.., nak kena ada hakikat tasauf dan zikir tariqak dulu, atau nak kena tahu sifat 20 dan menafsir kearah 99 nama Allah, lalu mengkaji dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan lepas belajar semua tu barulah ibadat di terima kononnya.., siapa ajar kau?
Atau nak kena suci hati dulu melalui zikir beribu ribu di dalam kelambu atau tanah kubur sehingga mencapai darjah nafsu ketujuh di tunduk, baru boleh jadi mukmin.., siapa ajar kau?
Dulu masa orang kafir masuk islam, ada Nabi ajar mereka sifat 20 dan 99 nama Allah baru ajar solat?
Atau ajar dalam ‘bismillah’ ada ‘ba’, dalam ‘ba’ ada ‘titik’ dalam titik ada ‘ismu azam’.., dan kenal syariat, makrifat, tarikat, hakikat, kemudian baru ajar solat..
Atau Nabi ajar “Awaluddin makrifatullah” yang mana selagi tak ‘kenal’ Allah secara zat maka ibadat tak sah?
Takdepun!,
Nabi ajar kalimah tayyobah secara jelas, iaitu tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Setuju: islam,
Tak setuju: kafir..
Mudah sahaja.. Lepas tu Nabi terus ajar sahabat tentang dakwah dan solat.., simple..
Kenapa simple?
Ok, aku bagi contoh:
Kalau aku cakap, “dalam kereta mayat ada Hamka..”
Ayat aku di atas adalah kalimah yang tidak lengkap, masih boleh dipertikaikan…maka tak salah kalau korang tanya aku balik,: “dalam keretamayat ada tak Rita Rudani?, ada tak Tiz Zaqyah? Atau ada tak Puteri Sarah Liyana?..”
Aku jawab balik.. “Takde..”
Korang boleh tanya lagi, ada tak Sonali Bandre? ada tak Scarlett Johansson?, dalam keretamayat tu?
Aku jawab takde..
Korang akan tanya lagi…, ada tak Maria Ozawa yang berlakon dalam filem “menculik Miyabi?”
aku cakap: Argh., dah!, cukup!…salah aku juga kerana memberi kenyataan yang tidak lengkap..
Jadi, apakah kalimah yang lengkap?
Kalimah yang lengkap adalah kalimah yang mempunyai NAFI dan ISBAT.
Jadi aku patut cakap macam nih:
“Tiada sesiapapun dalam keretamayat selain Hamka…”
Maka, memang bodohlah orang yang tanya ada tak Dato’ K, Datuk Siti, atau datuk Shahrukh selepas dah tahu hanya aku dalam keretamayat tu..
Dan memang slow kalau yang tanya: ada tak stereng?, kerusi, gear dalam kereta?, sebab aku dah bubuh perkataan siapa..(argh tak payah aku nak terangkan-STOP)
NAFI: TIADA SESIAPA
ISBAB: SELAIN HAMKA.
Jadi.., dulu-dulu kita tahu bahawa para ambia dan para Nabi Dakwah ummat pada zaman itu adalah dengan menggunakan lafaz..
“Allah Maha Besar”
Tapi orang kapir masih pertikaikan, “latta dan uzza pun besar jugak..”(nama tuhan berhala)
Maka Allah s.b.w telah turunkan kalimah yang paling agung (tiada lafaz yang lebih agung) iaitu:
“TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”
Memang KAPIRlah orang yang tanya lagi, ada tak: LATTA? , USZA?, dan lain lain..
Dan memang banganglah kalau Tanya: ada tak anak tuhan?, ibu tuhan?..
Kenapa?
Kerana lafaz kalimah tauhid itu telah sempurna:
NAFI: TIADA TUHAN.
ISBAB: SELAIN ALLAH.
LA ILA HA ILLALLAH!
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BERKUAS SELAIN ALLAH!
TIADA YANG BAGI MANFAAT DAN MUDARAT SELAIN ALLAH!
Simple!
Tapi pakcik buat ugama jadi complicated,. , kena belajar ilmu hakikat tasauf dulu, tarikat maarifat dulu, baru sah ibadat, tapi bila suruh terangkan, tak boleh pulak, sebab rahsia..., kena berzikir dulu baru faham sifat 20..
Dah ramai aku jumpa orang yang macam pakcik di atas, dan pakcik di atas tu adalah yang terkini aku jumpa.., minggu lepas kat sebuah surau di kuantan, pakai kopiah panjang, tak suka bercakap dengan orang, tapi jika tegur maka akan bercakap dengan ayat yang banyak lapis, macam ayat sastera yang mereka selitkan unsur hakikat maarifat..
Bila aku usul baru aku perasan satu ‘permainan’..
Ceritanya macam ni, Pakcik nak kenal Allah, nak masuk shurga dengan cara yang paling cepat,. lalu jumpa satu tok guru yang Pakcik diyakinkan bahawa susur galurnya adalah dari Nabi Muhammad SAW, dan dengan sedikit magic, seperti keluar air dari tangan, dapat pegang api, dan dapat bercakap dengan jin, pakcikpun percaya bahawa itu adalah wali keramat yang seangkatan dengan Tok Kenali di kelantan,tok ku paloh di terengganu,tok said linggi di negeri sembilan,sheikh matnor di selangor,habib noh di singapura dan setujulah pakcik untuk taat setia kepada wali tersebut.
Lalu tok guru itu bagi pakcik amal satu jenis zikir, dan pakcikpun berzikirlah siang malam dengan zikir tersebut..
Bila berjumpa tok guru itu, maka tok guru itu akan Tanya apa mimpi pakcik selepas zikir tersebut dan pakcikpun ceritalah mimpi pakcik..
Lalu tok guru itu akan tafsir mimpi pakcik dan tahulah pakcik bahawa tahap demi tahap telah di capai kononnya.., sebab tok guru itu akan reletekan mimpi pakcik dengan sifat 20 dan makarifat serta hakikat..
Di sinilah aku cakap ianya menjadi macam satu ‘game’, yang mana , akhirnya pakcik menang, iaitu apabila sampai satu tahap, tok guru akan bagitahu melalui tafsir mimpi bahawa pakcik telah mencapai darjah ehsan atau darjat kamil yang mana segala amal pakcik telah diterima oleh Allah..
Dan tentu pakcik rasa seronok dan rasa bagus semacam, sebab zikir telah mencapai ‘tahap’.., dan masa inilah bila aku ajak pakcik solat di masjid, pakcik akan padang aku sebelah mata sebab aku menurut tok guru pakcik, belum sampai darjat maqam nafsu ketujuh ditunduk, walaupun kami solat jemaah 5 waktu, baca Al quran dan puasa, tapi pakcik yakin aku dan penduduk kampong beribadat sia sia sebab tak ada tok guru yang mengiktiraf martabat aku dan penduduk kampong, sebab tu lah pakcik solat dirumah dan berzikir dalam kelambu perasan bagus...
Dan tak lupa, ilmu yang tok guru pakcik ajar bab ismul azam, sifat 20, roh laduni, roh kuddus, maarifat hakikat, yang bunyi pelik pelik buat pakcik perasan bagus masuk shurga walaupun dengar azan tapi selamba solat dirumah.., siap lengah lengah pulak..., tak tahu aku nak cakap apa..
Dan jika aku suruh pakcik ajar, maka Pakcik cakap kena cari tok guru sendiri, ilmu yang diberi adalah rahsia macam Nabi khidir dan Nabi musa.., tak boleh ajar secara umum..., kena belajar jam 3 pagi rumah tok guru atas kain kuning bersama tujuh bertih dan ntah apa apa ntah!
Pulak?
Kenapa jadikan islam complicated sampai macam tu sekali..?
Kenapa buat ugama jadi complicated, jadi rumit dan susah nak di amalkan, kenapa nak kena masuk tarikat, berzikir beribu ribu dulu baru belajar bab solat?
Aku rasa masalah orang ‘tarikat’ yang mengutamakan ‘zikir’ dari segala ibadat yang lain adalah kerana salah faham..
Ada pembaca blog ini yang hantar aku satu buku menceritakan betapa pentingnya berzikir, betapa afdalnya berzikir dan betapa tingginya darjat berzikir..
Betul, aku akui, banyak hadith dan ayat Al quran menceritakan kelebihan bab berzikir..
Tapi zikir yang dimaksudkan dalam hadith dan Al quran itu bukanlah 'tasbihat' semata mata, korang tafsir zikir itu adalah pegang tasbih dan ucap kalimah banyak kali, padahal zikir adalah perkara yang membawa hubungan pada Allah ta’ala..
Baca Al quran juga termasuk dalam zikir, berdoa juga termasuk dalam zikir, duduk dalam majlis ilmu juga adalah berzikir, fikir risau atas ummat juga berzikir dan ganjaranya besar sekali yang mana sedetik fikir risau atas ummat, ganjarannya lebih besar dari 80 tahun ibadat sunnat..
Sebab tu tolong jangan sempitkan pengertian zikir dan fadhailnya hanya kepada tasbihat semata mata..
Ada riwayat dari Buznama menceritakan di zaman Nabi Musa a.s, ada seorang ahli ‘zikir’ yang beribadat dalam gua siang dan malam selama bepuluh puluh tahun..
Apabila ia mendapat tahu bahawa Nabi Musa dapat berdialog dengan Allah secara langsung, terus dia mintak Nabi Musa Tanya pada Allah yang dia ni jika jadi mayat kelak, masuk shurga tingkat berapa? al maklumlah, si abid ini memang hebat zikirnya, di beritakan makanan telah keluar dari celah jarinya, dan akar kayu telah melilit badannya kerana telah lama berzikir, lantas bertanya kepada Allah, : aku duduk shurga tingkat berapa wahai tuhan?
Tapi pakcik tahu apa jawapan Nabi Musa alaihisalam? Usahkan shurga tingkat berapa? Nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada..
Alangkah terkejutnya ahli ibadat yang telah beribadat mencecah berpuluh puluh tahun, yang mana makanan telah keluar dari celah jarinya, dan batu melekuk kerana lamanya bersujud, dah begitu hebat punya amalan, namun, nama dalam senarai ahli shurgapun belum ada?
"Oh, jika aku yang dah begini banyak ibadat belum tentu masuk shurga?, bagaimana dengan orang lain yang tak pernah ibadat? Bagaimana nasib mak aku, adik aku yang tak pernah beribadat..?" Tanya orang tua itu dalam keadaan penuh sedih..
Lantas Allah telah memberi jawapan yang baru kepada Nabi Musa a.s untuk dikhabarkan kepada ahli ibadat itu bahawa sekarang, setelah ahli ibadat ini ada fikir risau atas orang lain, maka namanya telah berada dalam senarai ahli shurga, Alhamdulillah…
Aku tak kata korang bertasbih itu salah, tapi jika korang bertasbih sahaja dan meninggalkan kewajipan yang lain, itu yang sesat!, jadi.., kepada ahli tariqat yang siang malam berzikir, tapi tidak pernah berkerut kening apabila melihat atau teringat kepada ahli maksiat, maka janganlah korang berangan masuk shurga tingkat berapa, kerana apabila azab Allah turun, koranglah orang yang pertama kena azab, demikian berita yang aku dengar dari hadith sabdaan nabi Muhammad SAW.., oh, dosa mana lagi yang aku dustakan..?
Jadi.., pakcik, kita sekarang duduk zaman kerosakkan ummat, dan kita bukan ummat Nabi Musa atau nabi khidir yang mana nak kena berzikir siang malam, kita ummat Nabi Muhammad saw, ikutlah sunnah Nabi, solat berjemaah, dan ajak orang kapir masuk islam, dan ajak orang islam supaya bertakwa.., waktu yang Allah haramkan solat sunnat selaps solat, iaitu lepas subuh dan lepas asar, eloklan bertasbih.., memuji Allah.., dan sampai masa kita berjihad, maka berjihadlah dengan masa, harta dan nyawa...
Dan tolong jangan buat islam itu jadi terlalu rumit dan complicated, jangan jadi macam Bani Isarel yang buat amalan ugama jadi complicated, (rujuk Al quran surah Al baqarah)
Tolong!
Satu lagi golongan yang buat ugama jadi susah adalah puak puak yang menafsir Al quran pakai kepala otak, tak ikut asbabbun nuzul, menolak tafsir dari hadith tapi pakai ilmu ‘laduni’, dan beranggapan bahawa Malaysia ni macam zaman jahailiayah, jadi syariat madinah tak perlu amal, nak kena tunggu Malaysia jadi ‘madinah’ dulu, baru boleh amal ugama.., kemudian, perempuan haidpun suruh baca Al quran, dan takde galakkan solat berjemaah, lepas tu cas pulak pelajar dengan wang ringgit sebagai Baroah,paksa dan desak pelajar sebab tahu pelajar ‘kurang’ dalam bab ugama, senang percaya maka kena tipulah hidup hidup.., kasihan.., kenapa jadikan ugama terlalu complicated? Kenapa ada duit baru boleh belajar ugama?
Bukankah Allah telah menjadikan agama islam itu adalah mudah untuk diamalkan, sebab Allah menjadikan manusia ni macam macam, ada yang pandai, ada yang bodoh, ada yang slow.., ada yang senang kena tipu, ada yang kejam, ada yang mudah kasihan sampai diri tergadai, ada yang kaya raya, ada yang papa kedana, dan macam macam..
Maka, bila ugama datang kepada manusia, maka ia datang kepada semua golongan, orang kampong, orang Bandar, orang slow, orang pandai.., semua!
Jadi.., Nabi telah ajar ugama yang mana semua orang boleh faham, takdelah complicated sampai nak kena “kenal” Allah secara zat atau bersebati dengan sifat 20, atau zikir 13 ribu baru dapat amal ugama, takde macam tu.., jika ada orang kapir masuk islam hari, ajar bersuci, tahu apa itu najis, tahu hadas besar dan kecil, terus boleh belajar 6 rukun wudhu dan 13 rukun solat.., dan jika mati hari ini, insyAllah korang terus masuk shurga..,
Zaman Nabi ada orang kapir yang masuk islam, lalu terus ikut Nabi berperang dan mati dan terus masuk shurga, sedang dia tak pernah solatpun, simple kan?
Islam itu mudah.., kerana semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau slow, semua boleh amal ugama!
Malahan belajar ugama adalah lebih mudah dari naik basikal!
Tak percaya Islam lebih mudah dari naik basikal?.., kenapa tidak? Basikal kena beli, dah pakai duit, lepas tu Nak naik basikal kena ada kaki, jika kudung tak boleh, lepas tu nak kena pandai balance, kena pegang handle.., mata kena buka, rantai kena letak minyak pelincir dan lain lain.., kan susah?
Sedangkan untuk amal ugama, orang yang tiada kakipun boleh, orang cacat masih boleh solat, orang buta masih boleh puasa.., orang bisu masih boleh bayar zakat.., orang miskin masih boleh makan cara Nabi, kan senang tu? Semua orang boleh amal ugama.., Oh! adilnya Allah…, sungguh Maha Adil..
Akhir sekali, cuba baca ayat Al quran ini dan jangan tafsir "mengingati Allah' dalam ayat di bawah adalah 'tarikat tasbihat' semata mata, tapi takutlah Allah dalam bab api neraka!
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan bagi peluang untuk kita bertaubat dan terlibat dalam perkara yang membantu ugama.
Amin...
Ps1: Maksud ugama yang mudah disini bukannya jika kita letih, kita boleh solat lengah-lengah.., jika sakit sikit terus tak payah puasa, jika malas, terus jamak solat.. jika sibuk terus tinggal solat dengan niat qotho.., jika tak nak ikut Sunnah maka boleh ikut Bidaah.., bukan! bukan dan bukan!!!Maksud sebenar ‘Islamic ways are easy’ adalah.. semua orang boleh amal ugama tanpa mengira sama ada seorang itu sihat atau cacat, kaya atau miskin, gemok atau kurus, hitam atau sawo matang, cantik atau buruk.., cerdik atau bodoh, semua boleh amal ugama! Sebab tu aku kata islam itu lebih mudah dari naik basikal.
ps2: pakcik.., tolong jangan perasan bagus, dan tolong jangan berak lama sangat, err, pakcik pandai tak naik basikal?
No comments:
Post a Comment