Wednesday, July 21, 2010

IBLIS DAN ALAMNYA - siri 4

IBLIS DAN ALAMNYA ( Musuh Kamu Yang Paling Nyata ).

TERIMA KASEH SEBAB SABAR MENUNGGU, INILAH YANG ANDA TUNGGU-TUNGGU. KAWAN HADIAHKAN KEPADA ANDA SEMUA......


MUKASURAT 4


Adalah dinasihatkan supaya anda membaca  siri1, siri2  dan siri3 terlebih dahulu sebelum membaca siri4 ini bagi mengelak kekeliruan 

Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin kedalam tubuh manusia dan berbagai permusuhan golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita mengatahui pula akan bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat didalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.






BANGSA-BANGSA JIN.




Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga. Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa mereka ( seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yg juga ditakbir pula oleh golongan Maharaja mereka. Disini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbira tertinggi mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan Unilatral beraja, yang hanya mendengar perentah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dibangsakan kepada 3 puak yang besar iaitu :-






1) Puak Ifrait.




Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak-anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu mamusia dari semua arah terutama didalam bab akidah. Manusia yang tipis pengatahuannya akan mudah diperkotak katik kan mereka ini. Hasutan dan tipu musilahat nya yg halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar untuk keluar dari masaalah itu. Salah satu contoh yang boleh dibagi ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan pawang, dukun dan bomoh manusia yang semamangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan mudah mendapatkan sahabat hantu raya yg dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yg didalam kesusahan hidup yg miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yg miskin tadi akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (diindonesia dipanggil Pensyaratan)yang sudah tentu melangar hukum syarak contohnya menghidangkan makanan kepala kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.


Manusia yg dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat kecil itu. Maka upucara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Dah mula tinggal solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat, bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf, berzina dikelab-kelab karoke, berfoya-foya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerena itulah yang dicarinya selama ini. Anakbini dirumah menjadi tidak karuan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga telah mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang "bertukar kulit" menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalek, jin akan menjadi tuan, manusia akan menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengatahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa saja. lama kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirlan wataknya sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.


Akhirnya ia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Disamping didakwa pecah amanah melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa dibawah seksen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masaalah dan kemudiannya membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan hukuman diakhirat kelak. Ambillah ektibar dari cerita ini.






2)Puak Syaitan.




Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan didalam al Quran. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas, membisik didalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-yampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk kedalam makamah, saman menyaman yang disensasikan didalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka berhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus didalam hayal yang jauh bagi melupakan masaalah pejabat, tekanan kerja, stress, masaalah rumahtangga, masaalah kewangan yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak didalam ketigehan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.


Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik kearah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yg dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.


Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Didalam contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masaalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkan nya, tindakan undang-undang diambil keatasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakan nya dan kemunduran perniagaan nya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaan nya itu akibat perbuatan rakanmya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penginyaan kepada rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisek-bisek dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.






3)Puak Iblis.




Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malikat dan Jin kerana kuat ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai balatentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat kerosakan dialam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego dihatinya kerana telah mengatahui tiada satu makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Mahamengatahui telah menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua keturunannya telah dilantik menjadi Khalifat (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini adalah kerana ia merasa seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi dengan kuasa yang melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan koramah untuk golongan manusia biasa yang abadi). Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh menbunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua keturunannya disemua bahagian pemerintahan dinegara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja disamping raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan kawan ceritakan salah satu contoh Koramah yang menendingi sakti puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.


Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar didalam bangsa-bangsa keselurauhan puak mereka ini. Ia diambil dari al Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkaji nya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.






PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH :




Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan didalam menceritakan akan Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz, orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-istilah itu adalah :-






1) JAN




Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat panas dan angin samuun juga yang sangat panas. Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-bangsa dan beketurunan pula hinggalah kehari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak samaada berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, didalam laut dan diudara dunia yang luas ini.






2) JIN




Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita mengatakan bekenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin. Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara Umum sahaja. Manakala bangsa -bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi dibawah ini.






3) IBLIS




Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi berabadah kehadrat Allah swt. Dipetik perumpamaan Ulama tafsir iaitu " Tiada permukaan walau satu inci pun dibumi dan disyurga (dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt". Jadi bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini. Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt mengatahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam berabadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dianggap darhaka akan perantah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiaatnya itu. Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu Manusia anakcucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan sehingga hari kiamat.






4) SYAITAN




Ia merupakan salah satu bangsa Jin lagi. Ia selalu digambarkan sangat sombong, keji bongkak, derhaka, fasiq dan pengacau manusia. Ia sangat taat akan perintah Iblis dan menjadi tenaga kerja Iblis yang sangat rajin, Siang dan malam ia menganggu manusia silih berganti (seperti shift kerja kilang) tidak pernah berhenti 24 jam. Dia ini juga musuh utama manusia kerana kerajinannya menghasut manusia. Ia juga yang suka memasuki tubuh manusia disemua tempat bagi memudahkan kerjanya. Sangat takutkan Iblis kerana ia boleh dibunuh oleh Iblis. Kepada sesiapa juga dari kaum jin ini yang menolong manusia, mereka akan dibunuh oleh tentera-tentera Iblis disaat itu juga. Sebaliknya mereka digalakkan berpura-pura "menolong" manusia tetapi secara halusnya akan pula menyesatkan manusia itu. Itulah yang manusia tak faham, tak tahu, tak reti sehingga mereka ditambat hidung mereka seperti lembu atau kuda. Merekalah yang dijadikan tonggangan Syaitan, yang disebut didalam al Quran dalam beberapa ayat.






5) IFRAIT




Seperti yang telah diketahui, ini juga merupakan salah satu lagi Bangsa Jin yang selalunya disebut "Jin Ifrait". Seperti yang telah diceritakan tadi dan sebelum ini ia sangat sombong. Semasa zaman Nabi Allah Sulaiman, ada diantara raja-raja Ifrait ini yang berhidmat dengan Nabi Sulaiman as. Dan didalam sirah Nabi Sulaiman as dan Ratu Balqis yang juga telah dikupas didalam ayat-ayat Quran ada diceritakan prihal mereka ini. Peristiwa itu bermula apabila seekor Burung Hud-hud telah menghantar laporan kepada Nabi akan terdapatnya sebuah kerajaan yang kufur menyembah matahari. Iaitu Kerajaan Sa'ba dan Maharaninya bernama Ratu Balqis. Ratu Balqis berketurunan manusia dan jin. Ayahnya seorang Raja bernama Shurahil dan Ibunya bernama Rayhanah As Sakn daripada satu bangsa Jin. Maka lahirlah Balqamah, nama asal Ratu Balqis yang telah diberi oleh Ibunya. Kepercayaan asal Raja dan rakyat Kerajaan Sa'ba ini ialah percaya kepada Allah, tetapi telah dipisongkan oleh Syaitan (yang zahir menyerupai orang alim) mengajar mereka menyembah matahari dan beragama Majusi.


Kerajaan Sa'ba ini terkenal kerana kesuburan tanahnya dan istina kerajaan ini diperbuat dari emas bertaktakan belian dan semua batu-batu permata yang sangat mahal dengan kesenian buatannya yang tiada taranya. Maka Nabi Sulaiman pun mengutus surat kepada Ratu negara itu untuk beriman kepada Allah dan tunduk dibawah kerajaannya. Telah dikatakan juga apabila raja iaitu ayah kepada Balqamah meninggal dunia, mereka melantik Balqamah menjadi Ratu. Jadi Ratu itu pun membuat helah dengan menghantar hadiah sebagai jawapan kepada perintah Nabi Sulaiman. Atas nasihat para menterinya yang mengatahui akan kekuatan bala tentera kerajaan Nabi Sulaiman as itu. Ratu itu berharap agar hadiahnya akan dapat menenangkan Nabi. Tetapi muslihat itu telah diketahui oleh Nabi. Maka hadiah itu dipulangkan semula dengan amaran untuk memerangi kerajaan Sa'ba itu. Maka Ratu dan semua menteri akan hadir mengadap Nabi Sulaiman untuk mengatahui akan agama yang dimaksudkan itu. Sebelum berangkat, ratu telah memerintahkan agar istananya ditutup rapat dan semua harta didalam istina itu disimpan dalam peti besi supaya tidak dicuri oleh sesiapa. Mereka pun berangkat ke Kerajaan Nabi Sulaiman yang terletak di Syam.


Mendengar perkabaran itu, maka Nabi Sulaiman pun mengeluarkan perintah untuk memindahkan saja Istina Kerajaan Sa'ba kenagaranya. Maka Ifrait yang pada masa itu menjadi salah seorang menteri dikerajaan Nabi Sulaiman pun sanggup membawakan Istana itu sebelum rombongan Ratu itu sampai dengan Kesaktian yang ada padanya. Mendengar kata-kata Ifrait itu maka bangun pula seorang menteri manusia bernama Asif bin Burkhya (seorang abadi dan soleh) yang pula sanggup mendatanglan Istana Ratu Sa'ba itu sebelum Mata Nabi sempat berkelip pun dengan koramah kurnian Allah (disinilah disebutkan dalil bahawa Koramah waliallah boleh mengatasi Sakti milik Jin). Ada beberapa vesi akan cerita ini, ada yang mengatakan orang soleh itu adalah Nabi Allah Khaidir as dan ada juga yang mengatakan munggkin juga Nabi Sulaiman as sendiri. Maka Istana Kerajaan Sa'ba pun dipindahkan bersebelahan Istana Nabi Sulaiman. Kemudiannya ia telah dicantikkan lagi oleh semua balatentera Nabi.


Apabila Ratu Sa'ba itu sampai disana, Nabi telah mengajaknya Ratu dan rambongannya memasuki Istana "Barunya" itu. Semua telah berubah sehinggakan Ratu Sa'ba sendiri tidak mengenali lagi akan Istananya itu. Terpinga-pinga ia dan semua menterinya itu melihat suasana rekabentuk dalaman Istana itu. Tetapi alangkah terperanjatnya apabila ia melihat singgahsananya ada disitu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun menceritakan perihal Istana Ratu Sa'ba itu dipindahkan atas sebab supaya mereka tahu akan Kekuatan Kerajaan Nabi Sulaiman dan semua balatenteranya serta kebesaran Allah swt. Tuhan yang sepetutnya mereka sembah, bukannya matahari. Akhirnya Nabi Sulaiman pun mengahawini Ratui Sa'ba yang telah memeluk agama Nabi Sulaiman itu dan diberi nama Ratu Balqis.


Oleh itu Jin Ifrait yang dikatakan sangat bijak dan sakti itu boleh juga dikalahkan dengan Koramah anugrah Allah swt kepada orang-orang soleh yang menjadi kekeaseNya. Tidaklah boleh Iblis dan semua kuncu-kuncu berlaku sombong lagi atas dalil ini. Dan kepada manusia semua janganlah beranggapan sakti yang dimiliki oleh golongan Jin itu melebihi kehebatan koramah waliallah dan kekuasaan Allah swt. Selamanya golongan Jin ini akan kalah dan mereka sentiasa akan duduk dipihak yang rugi, keji, fasiq dan durhaka bersama-sama manusia yang berpihak dengan mereka didunia dan akhirat.... dulu, kini dan selama-lamanya.






6) IZAZIL atau AZAZIL.




Ia bukanlah bapa kepada golongan Jin atau bangsa-bangas Jin itu, tetapi merupakan nama seekor Iblis yang telah diangkat oleh semua golongan Jin itu menjadi Ketua. Oleh sebab sangat bijaksana, pandai mengatur stratigi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan Manusia, memiliki sakti yang tinggi, pandai mencipta magik dan silapmata, banyak idea menipu dan dihormati juga menjadi pujaan golongan Jin kafir keselutuhannya dari semua bangsa dan golongan. Ia jugalah yang mencipta dunia hayalan dan syurga hayalan untuk manusia yang bodoh, yang cetek pengatahuannya, yang terpadaya akan kehebatannya dan yang taksub menyembah Iblis. Berjaya mencipta beberapa orang manusia menjadi Manusia Iblis yang menjadi hambanya. Sangat bijak menguasi seluruh ilmu dunia dan dapat mengatur dunia mengikut teliunjuknya. Hanya sedikit dikalangan manusia yang berjaya lepas dari cengkamannya iaitu yang dikasehi Allah swt. Selainnya akan menjadi kuli dan hambanya kerana terpadaya dengan hasutan dan tipu helah tentera-tenteranya iaitu golongan Jin dan manusia yang telah ditukar menjadi Iblis. Berjaya juga mencipta 7 buah alamnya sendiri yang merupakan "penjara" bagi roh manusia yang bodoh, yang tidak mahu belajar tipu helah Jin, yang tidak percaya alam ghaib dan alam roh, yang sangat degil dan keras hati tidak mahu mendengar nasihat (ayat al Quran) yang sampai kepadanya, yang melengah-lengahkan masa mereka didunia ini dengan maksiat, yang sesat mengikut manusia yang sesat pula, belajar tampa sanat yang telah ditentukan oleh Nabi saw, yang menghina Nabi saw, seluruh keluarga Baginda, sahabat-sanabatnya dan seluruh pewaris Ilmu dan amal darinya.


Izazil berserta Dajjal dan Manusia Iblis juga balatenteranyalah yang akan bertarong dengan Nabi Isa, Iman Mahadi berserta 70422 Aulia Makdudin juga bibantu oleh balatentera langit seluruhnya. Dikala itu tiada yang akan tinggal walau seekor pun dipihaknya dan manusia yang berpihak dengannya. Kesemuanya akan dihancurbinasakan oleh tentera akhir zaman Islam. Tiada seekor dan seorang jiwa kafir yang akan hidup. Kesemuanya mati dalam keadaan hina dan keji. Itulah sebabnya mereka mengumpul seberapa ramai ahli puak mereka untuk menghadapi perang itu dikalangan manusia. Kerana manusia telah sedia ada didunia ini, manakala yang mati roh-roh mereka disimpan didalam "penjara alam Ibis" sementara menunggu perang itu. Mereka masih memegang angapan yang pihak merekalah yang akan menang sedangkan Izazil dan beberapa ekor Iblis mengatahui akan kekalahan dipihaknya sejak dulu lagi. Mereka semua akan tertipu, tinggal didalam kesalan yang teramat dan kekal selama-lamanya begitu.






7) DAJJAL.




Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adek beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tampah nikah dan apabila orang kampung mengatahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah kekampung pendalaman bernama Samiri dinegeri Mesir. Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersehkan kandang ternakan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan disebuah kuil jauh dihujung kampung itu. Sang Iseri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kanpung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuag patong anak lembu. Mereka berdua pun membersehkan kuil itu dan memulakan upucara memuja dan memohon pertolongan dewa patong anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak berapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulah (didalam haid) didalam kuil dan dihadapan patong anak lembu itu.


Maka ia pun menceritakan pekara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah siisteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ketelinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan oeang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar didunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi kekuil kecil untuk melahirlan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisek kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu dialam tidurnya, Malikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tampa mengatahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah yang juga dimakbulkanNya.


Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malikat Jibril as dan diletakkan dibenua Antartik didalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Pekara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersehkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat tijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka limparkan kepada Nabi Musa as.


Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari dibukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum nabi Musa as iaitu bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat tijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patong itu diletakkan dihadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" nabi Musa as. Kaum bani Israil yang selama itu mencari-cari tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patong anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan as Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?


Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat didalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu dibahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Traingel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas dipermukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggeh untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun kepermukaan bumi. Maka peluang itu dimanafaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar dimuka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh balatenteranya, diheret dan disumbatkan didalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Hyaiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.


Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Syadina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Syadina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tampa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.






8) QARIN




Merupakan kelompok yang berketurunan dari bangsa Syaitan. Ia juga selalu diceritakan akan lahir bersama-sama setiap kelahiran manusia didunia ini. Ia telah berada disetiap sistem peranakan wanita (rahim ibu) seluruhnya. Apabila jatuh saja benih dari kaum manusia lelaik kedalam rahim wanita itu, maka bermulalah tugasnya. Ia akan berpindah masuk kedalam sistem otak manusia, ini menunjukkan ia boleh menguasi akal fikiran manusia. Dari sini Qarin akan mendapat maklumat pertama dari jasad manusia itu sendiri apa-apa juga pekerjaan yang ingin manusia itu lakukan. Ia pula akan memberi tahu maklumat itu kepada tuannya iaitu Syaitan untuk membuat halangan akan kerja yang akan dilakukan oleh manusia itu. Semua bentuk kerja samaada bersifat keduniaan atau pun berbentuk keakhiratan, Syaitan akan bersedia dengan halangannya disitu. Sebagai contoh, jika manusia berhajat untuk melakukan puasa sunat esok hari. Maka maklumat itu akan dihantar kepada Syaitan dimana ia akan membuat manusia itu tidak dengar locing jamnya untuk bangun syahur. Apabila sedar, telah masuk waktu subuh maka manusia itu pun membatalkan niatnya untuk berpuasa sunat itu. Jadi begitulah kerjasama mereka menghalang manusia. Tetapi tugas utama Qarin ialah mengujudkan halangan "lupa" difikiran manusia maka timbul lah perasaan was-was sama ada dia telah solat ke belum. Telah berwuduk ke belum, Sah ke wuduknya, betul ke tidak cara ia berwuduk, betul ke cara ia mandi hadas dan semua bentuk pekara yang mengakibatkan lupa dan was-was seumpama itu difikiran manusia Islam. Itulah sebabnya dapat dilihat semasa mengangkat Takbir ratulihram, sesorang itu terpaksa membuatnya berulang-ulang kali kerana was-was. Begitu juga semasa mengambil wuduk, teringat kawan seorang sahabat sewaktu belajar di pensentren dulu, yang sangat susah untuk berwuduk, berulang-ulang sampai orang dah masuk rekaat kedua baru ia selesai berwuduk. Satu waktu, Pak Kiayai menyuruh dia menangkat wuduk dihadapannya. Lagilah kelang kabut dibuatnya, terlampau susahnya dia berwuduk lalu Kiayai suruh dia terjun saja kedalam kolam itu. Itulah peristiwa yang kawan tak dapat lupakan hingga kehari ini.


Telah juga diriwayatkan bahawa Rasullah saw juga mempunyai Qarin seperti kita, tetapi Allah swt telah memeliharanya dari gangguan Qarin itu. Dari sebuah Hadis Ibnu Mas'aud ra telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasullah saw telah bersabda yang maksudnya :


"Setiap daripada kamu ada bersama dengannya Qarin daripada golongan Jin, Sahabat bertanya, adakah kamu juga wahai Rasullah ? Jawab Baginda, Ya...aku pun ada Qarin, cuma Allah swt membantu ku dapat mempengaruhi Qarin itu untuk memeluk Islam dan sentiasa mendampingi ku dan tidak pula mendorong ku membuat sesuatu melainkan dari kebaikkan saja ".


Keterangan Hadis : dari hadis Rasullah ini menunjukkan dalail bahawa setiap manusia tidak akan terlepas dari mempunyai Qarin. Hanya tugas Qarin ini saja yang ditafsirkan berbeza-beza dari satu Ulama ke satu Ulama. Ada yang mentafsirkan kerjanya menghasut untuk keburukan, ada yang kata menipu dan berbagai visi lain. Tetapi kawan mengambil akan tafsir yang lebil logik iaitu ia mendiami akal fikiran manusia seperti yang telah disebutkan tadi.


Qarin tidak mati apabila manusia tumpangannya itu meninggal dunia. Ia sebaliknya akan duduk semula kedalam sistem peranakan wanita lain yang hendak berumahtangga. Begitulah rutin hidupnya sampai hari kiamat. Ia adalah tugas yang telah ditetepkan kepada nya oleh permintaan Izazil kehadrat Allah swt.


Adalah diingatkan supaya pembaca semua jangan beranggapan bahawa Allah swt telah menjalankan konsprasi dengan Izazil dan Iblis laknatullah kerana semua permintaannya dikabulkanNya. Maha suci Allah swt dari sifat rendah begitu. Sebaliknya Allah swt Mahaadil kepada makhluknya, ia diberi kemudahan untuk menyesatkan seberapa ramai manusia yang dia mampu. Sebaliknya manusia harus peka akan pekara penyesatan dan dakyah Iblis ini dan memelahara dirinya dan keluarganya dari ganggun mereka. Inilah dugaan dan fitnah yang paling besar keatas manusia semua.








9)BUNIAN




Seperti yang anda senua tahu Bunian atau orang halus ini adalah kacukan diantara Manusia dan Jin. Memang tidak mustahil pekara ini boleh berlaku. Sejak dahulu lagi, sejak zaman Nabi Allah Sulaiman as lagi cerita ini telah didengar iaitu Isterinya yang bernama Ratu Balqis adalah merupakan kacukan antara bapanya manusia dan Ibunya adalah golongan Jin. Kemudian banyak tempat pula di seluruh Malaysia ini ada saja perkampungan Bunian dari cerita-cerita rakyat, malahan dibelakang rumah kawan dikampung dahulu ada perkampungan Bunian. Kawan semasa kecil selalu bermain-main diperkampungan mereka dan sampai sekarang kawan masih ingat nama-nama rakan-rakan sepermaainan kawan itu. Malah kawan juga sentiasa diikuti oleh 3 orang Puteri Bunian kemana saja kawan pergi dulu. Mereka nak kawin dengan kawan tapi atok kawan larang sebab katanya mereka itu menyusahkan hidup manusia saja. Atok kawan cakap mereka itu umurnya dah berpuluh ribu tahun, dah tersangat tua tapi yang hairannya mereka nampak sebaya je dengan kawan. Kawan tak ada apa-apa niat pun pada mereka. Malah kawan tak tahu apa itu kawin, jadi kawan buat tak tahu saja lah. Tapi bila kawan merantau, mereka pun hilang entah kemana. Tak dapat dikesan sampai sekarang. Sebenarnya orang kampung selalu minta kawan tolong dapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Tapi kawan buat tak reti je, malas nak layan orang tua-tua tu sebab minta barang yang bukan-bukan. Kawan pun tak faham kenapa mereka beria-ia benar untuk mendapatkan barang-barang dialam Bunian itu. Ketua Kerajaannya adalah seorang Ratu, seorang perampuan. Anak-anak dialah yang suka ikut kawan. Ratu ini juga baik dengan ibu kawan. Mereka selalu berbual-bual tak tahu apa yang dibualkan. Mereka ini pun selalu juga bertandang kerumah kawan. Terutama bila Hari Raya Puasa, sungguh meriah didalam perkampungan mereka. Tapi kami saja yang nampak, kawan-kawan manusia yang mengaji Quran dengan kawan nak sangat tengok tapi mereka tak nampak. Bila mereka ajok kawan, mereka kena ketok dengan kayu oleh budak-budak Bunian tu. Itu sebab mereka tak berani main-main dengan kawan.


Menurut Abang Hassan yang tinggal diUlu Langat Selangor, Mereka ni pun barpuak-puak juga. Mereka mempunyai bahasa mereka dan kerajaan mereka tersendiri. Sewaktu kawan mengunjungi rumahnya terdapat satu rumah kosong dibelakang rumahnya. Apabila kawan kata kawan nampak rumah tu dia terus menganjak kawan memasuki rumah itu. Rupa-rupa nya dia telah berkahwin dengan seorang Puteri Bunian berketurunan Sabt, beliau faseh berbahasa Sabt dan mempunyai 6 orang anak. Keturunan ini semuanya beragama Islam, Dia kata tiada seorang pun yang tahu dia ada isteri Bunian. Didalam rumah itu terdapat sebuah singgahsana yang diperbuat dari tembaga kuning semuanya siap dengan kelengkapan bantal-bantal dari baldu emas serta meriam naganya sekali, semua kelengkapan Istana, Tombak-tombak, Panji-panji dan semua kain nya dari kain cendai buatan tangan. Bau didalam ruang rumah itu sangat harum, semua pengasuhnya dan hulubalangnya terdiri dari Bunian yang jumlahnya agak ramai juga. Rupa-rupanya dibelakang rumah usang itu ada rahsia besar kawasan Kerajaan Bunian kaum Sabt yang tidak diketahui umum. Yang menjadi hairan, kenapa mereka boleh menerima dan melayan kawan dengan istiadat istemewa mereka ? Rupa-rupa ia ada kaitan dengan kisah silam kawan semasa dikampung. Mereka kenal akan rakan-rakan Bunian kawan dan orang yang pernah tinggal berjiran dengan kaum seperti mereka dari kaum Thyu. Ia sepeti telah ada tanda pada kita yang mereka kenal. Barulah hari itu kawan tahu bahawa Bunian yang tinggal dibelakang rumah kawan dahulu semasa dikampung ialah dari kaum Thyu. Kaum Bunian Sabt dan Thyu adalah bersaudara dan mereka semuanya Islam. Oleh itu kemana pun kawan pergi mereka akan kenal dari tanda yang mereka bagi pada kawan, walaupun dari puak-puak lain kaum Bunian ini. Abang Hassan pun menyatakan hasrat Ratu mereka supaya kawan juga dapat menerima adek iparnya sebagai isteri kawan, tetapi kawan tolak kerana masih ingat pesan atok kawan supaya tidak berkahwin dengan mereka kerena ia akan menyusahkan kawan. Keputusan itu mereka terima dengan agak suram tetapi terpaksa menerimanya juga kerana ketegasan kawan sendiri. Begitulah cerita Aband Hassan.


Dilain ketika, kawan telah membuat expidisi sendiri ke Gunong Ledang untuk menyusuri kebenaran akan cerita lagenda Melayu Lama berkenaan Puteri Gunong Ledang disitu. Sayang sekali Netional Geografi tidak dapat mengikuti kawan, kalau tak tentu dapat tangkap gambar dan boleh buat program TV...(gurau saja). Setelah beberapa hari disana maka nampaklah pintu untuk masuk kealam Bunian itu, kawan pun masuk dan didapati sebuah Kerajaan Bunian yang sangat besar dan luas disitu. Dari atas puncak Gunung itu dapat dilihat bak kata melayu lama, "sayup... saujana mata memandang" akan luasnya kerajaan Bunian itu. Ia sangat cantik dan tersusun, pemandangannya juga turut memukau mata. Rumah-rumah mereka dibina tersusun dilereng-lereng gunung seperti verinda-verinda diperbuat daripada kayu bulat dan dilengkapi dengan atap dari jerami halus di ikat rapi. Ia langsung jauh berbeza dari metos cerita Melayu Lama didalam filem atau pun yang diceritakan buku-buku hikayat lama. Ia jauh lebih indah daripada itu. Kemudian Nenek Kebayan keluar dari lubang gua yang bercahaya dengan wajah yang sangat tua terbongkok-bongkok bertongkatkan kayu cemeti berbuku-buku dan bingkang bingkok. Dia bertanya akan hajat hamba, hamba katakan hendak bertemu dengan Puteri Gunung Ledang. Dengan tak semena-mena dia bertukar menjadi seperti seorang puteri yang sangat jelita. Hamba terus bertanya adakah dia itu Puteri Gunong Ledang, Ya.. jawabnya pendek. Jadi tuan Puterilah yang dipinang oleh Sultan Melaka untuk dijadikan Pemaisurinya ? Ya.. sambungnya lagi. Kenapa Tuanku menolak akan pinangan itu ? Tanya hamba lagi. Dia tidak layak... katanya. Siapa yang tuan Puteri kata tidak layak, tuan Puteri kah atau Sultan kah ? tanya hamba. Dia hanya tersemyum dan ketawa kecil dan melangkah masuk...kemudian menoleh semula kepada hamba seraya berkata, diluar sana ada sebuah kenderaan. Jika tuan hamba hendak pulang gunakan kenderaan itu, disitu juga ada hadiah untuk tuan hamba...katanya sambil menunjuk pintu keluar istananya. Terima kaseh tuan Puteri, tetapi sebelum hamba melangkah pergi, bolehkah hamba melihat-lihat kawasan Kerajaan Tuanku ini. Hamba memohon. Dia hanya mengangok-angokkan kepalanya dan berlalu pergi.


Kawan pun keluar dari ruangan itu menuju ke verindanya, dari situ dapat ditinjau seluruh kerajaan itu dari kiri kekanan, dari atas hingga kebawahnya dengan penuh menakjubkan sekali. Tidak pernah terbayang dan terfikir adanya kerajaan seumpama itu dimaya pada ini. Setelah melihat-lihat seluruh kawasan itu, kawan pun melangkah kepintu keluarnya yang terdapat sebuah pedati kuno, ( seperti didalam cerita orang Rom ) dihadapan pedati itu terletak 2 buah tempayan tembaga kuning bertutup rapat. Alangkah terperanjatnya kawan bila saja meletakkan kaki diatas pedati itu, dengan tiba-tiba ia ditarek terbang oleh seekor burung purba zaman Jurasik, melayang keudara mengelilingi Kerajaan Bunian dan melihat mereka melambai-lambaikan tangan dari setiap Veranda-verinda rumah mereka dikiri dan kanan lereng gunung itu. Kawan diterbangkan ke Johor Bahru tepat kehalaman rumah kawan. Macam mana burung ni tahu rumah kawan ? bisik hati. Kawan turun dan menarek tempayan-tempayan tembaga itu turun. Serta bingkas burung itu juga terbang semula keudara dan hilang dari pandangan. Kawan bawa tempayan itu masuk kedalam rumah, kemudian membersehkan badan untuk solat subuh. Selepas berehat kawan pun teringatkan tempayan-tempayan itu. Bila dibuka saja penutupnya, kelihatan terdapat ketulan-ketulan emas didalam satu tempayan dan batu-batu permata didalam tempayan yang satu lagi. Kemudian kawan tutup semula dan pergi membuat kerja kawan. Selang seminggu kawan buka sekali lagi tempayan itu dan mendapati kedua-dua isi tempayan itu telah bertukar menjadi batu-batu hitam yang tidak berharga. lantas kawan katakan "Kalau dah Jin tu, Jin jugalah namanya".... telah kawan jangka pekara ini akan berlaku.


Daripada cerita-cerita kawan tadi, apa yang kita dapat faham bahawa kaum Bunian itu juga berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan nama yang berbeza-beza. Kerajaan- kerajaan mereka adalah mengikut nama kaum mereka itu pula. Kemudian mereka paling mudah untuk mengajak manusia kawin, sedangkan kita pula harus berhati-hati dan jangan taksub akan ajakan mereka. Manusia sebenarnya tidak mampu mengawal makhluk Jin ini, mereka akan control kamu sepenuhnya dan akan mengongkong kamu. Mereka juga ada memiliki sifat cemburu yang sangat tinggi atas apa juga pekara yang kamu buat didunia luar yang sukar kamu bendong disamping sifat degil mereka terhadap nasihat yang kamu beri. Mereka mempunyai hati yang keras dan sukar dididik supaya taat selain mereka sebenarnya telah terlampau tua dibandingkan dengan kamu. Inilah pesan atok kawan yang kawan sentiasa ingat hingga kehari ini. Jika dialamnya nampak emas, sedang kan itu hanya ilusi saja. Jangan mudah terperdaya dengan permainan mereka yang mahir dalam ilmu sihir.






10) DEWA




Merupakan sebutan perkataan yang diambil dalam bahasa sanskrit yang bermaksud 'tuhan', yang kemudiannya diambil dan digunapakai oleh sami-sami Hindu dan Buddha dalam mentafsir satu kuasa ghaib yang menolong mereka dalam apa juga kerjabuat mereka setiap hari. Mereka tidak tahu dari mana datangnya pertolongan itu dan mengelar akan kuasa yang datang itu adalah dari para dewa-dewa mereka itu. Mereka telah ditipu oleh para-para Jin yang berselindung disebalik nama-nama dewa mereka tadi. Jadi bolehlah kita menetapkan bahawa perkataan dewa itu adalah merujuk kepada golongan Jin, tak kiralah kecil atau besar, kuat atau tidak. Seharusnya orang-orang Islam menjauhi akan penggunaan nama dewa ini dalam apa juga bentuk tujuan kerana ia membawa kita kepada syirik akbar (sesat besar) terhadap Allah swt.






11) SAKA




Telah banyak diceritakan didalam rencana ini berkenaan dengan saka keturunan. Ia adalah Jin yang diambil sebagai sahabat atau khadam oleh seseorang yang sengaja dibiarkan atau tidak sempat dibuang sebelum mereka mati. Jin saka ini akan mula mengacau semua keturunan tuannya itu hingga hari kiamat. Tiada seorang pun yang akan terlepas dari pandangannya. Semuanya termasuk yang baru lahir sekali pun akan diikutinya. Pengambilan Jin sebagai sahabat atau khadam ini adalah perbuatan syirik, yang didalam syarak juga dihukumkan sebagai haram dan najis. Tetapi didalam masyarakat melayu sekarang, mungkin mereka tidak mengambilnya tetapi mewarisinya pula dari nenek moyangnya yang tidak memahami hukum agama dengan betul atau mungkin juga mereka tidak beragama Islam semasa mereka mengambil Jin-jin itu sebagai sahabat atau khadam. Justru itu mereka telah terjebak oleh Jin-jin saka ini secara "tidak rela" akan kehadirannya, tetapi jin saka ini tidak peduli sama ada anda suka atau tidak, anda tetap dibawah kawalannya. Jadi barang diingatkan supaya ia dipisahkan dan dibuang sebelum anda pulang kerahmatuallah.


Teringat kawan akan satu cerita semasa kawan menyusuri Sungai Jelai menuju ke Gunung Tahan dalam expedisi menjejaki Hang Tuah yang dikatakan tinggal dikaki Gunong Tahan pada akhir tahun 80an dulu. Dengan menaiki bot panjang kawan mudik kehulu hingga kekampung Bantal Kuala Tahan, Hulu Tembeling. Sampai disana mengupah asli Semai untuk menjadi juru panduarah hingga kekaki Gunung Tahan. Dia membawa kawan hingga bertemu seorang tua yang memang tinggal disebuag gua disitu, tetapi beliau bukanlah Hang Tuah yang banyak diperkatakan orang. Beliau merupakan asli senoi yang terpisah dari kelompoknya dan tinggal disitu kerana telah uzur. Jadi kawan pun berangkat pulang semula kekampung Bantal dan tinggal beberapa hari disitu. Dalam pada berbual-bual dengan seorang Batin disitu, beliau menyuruh kawan mencari Pak Long Kasim di tebing Sungai Jelai Kuala Lipis. Jadi keesokan harinya kawan mudik kehilir pula menuju keSungai Jelai Kuala Lipis untuk mencari Long Kasim disana. Sampai dipekan Lipis kawan bertanya beberapa orang lama dan tentunya mereka semua mengenali Long Kasim kerana beliau terkenal akan ramah dan sifat suka membantu orang ramai disitu. Dipagi itu kawan dibawa bertemu dengan Long Kasim untuk melerai masaalah Hang Tuah ini, jadi dia pun mengajak kawan kerumahnya ditebing Sungai Jelai tidak jauh dari Pekan itu.


Pak Long Kasim ini merupakan bekas Kominis dan juga merupakan cucu kepada Mat Kilau. Beliau juga mengeluarkan hazanah peninggalan Mat Kilau serta gambar-gambar lama dia bersama Mat Kilau suatu masa dahulu untuk ditunjukkan kepada kawan. Tetapi untuk mencari Hang Tuah beliau minta tangguh sehari untuk mencarinya. Kawan dipelawa untuk tinggal dirumahnya itu. Keesokan harinya beliau memanggil kawan dan menerangkan prihal Hang Tuah. Dalam pencariannya, beliau menggunakan "sahabat" Jin nyn yang bernama "Pantas diawan" untuk mencari keseluruh pelusuk bumi Malaysia ini, namun ' beliau mengatakan tidak dapat berjumpa walau dimana juga. Jadi kata muktamad bagi pencarian itu ialah dianggap beliau sudah tiada dan tidak diketahui dimana kuburannya berada. Selepas itu kawan sudah tidak punya apa-apa tujuan dan ingin pulang saja ke Johor tetapi Long Kasim telah mempelawa mengikutnya dalam satu lagi kerja besar katanya, jadi kawan tunggu saja disitu beberapa hari lagi. Kerja besar yang dimaksudkan ialah untuk mengangkat keluar 3 buah lori balak yang jatuh kedalam gaung diBukit Sembilan Jalan Merapoh ke Gua Musang. Maka beliau telah menggumpulkan rakan karibnya iaitu Cikgu Wahab cucu tok Bahaman dan Abang Malek cucu tok Gajah menyertainya dalam operasi itu. Kawan telah diperkenalkan kepada semua rakan-rakan karibnya itu sebagai adek angkat Long Kasim, jadi mereka tidak berkata apa-apa dan tidak membantah jika kawan turut serta. Apabila hari telah malam kami pun berangkat ketempat itu. Mereka telah membuat satu upucara ditempat kejadian itu dengan semua peralatan dan juga seekor kambing hitam telah dikorbankan disitu. Kawan hanya memerhati apa yang mereka buat. Setelah selesai, kami pun pulang kerumah. Keesokan pagi kami pergi lagi ketempat itu lebih kurang jam 10 pagi bersama-sama taukey kilang balak dari Raub, tuan punya lori dan kayu-kayu balak itu. Taukey itu sungguh terperanjat bila mendapati kesemua lorinya telah berada diatas jalan semula dengan semua kayu-kayunya terikat elok diatas lori. Hanya 1 dari 3 keadaan lorinya yang agak rosak dan tidak boleh bergerak, itu tidak menjadi masaalah kerana maseh boleh dibaiki. Yang merungsingkan Taukey itu ialah kayu-kayu dan pemandu lorinya saja. Pemandu dan pembantunya berjaya terjun sebelum lori itu jatuh kedalam gaung dan kesemuanya terselamat. Sekarang bagaimana boleh lori yang telah terhumban itu boleh naik keatas jalan hanya dalam satu malam tampa menggunakan krin ? Inilah tanda tanya yang bermain dikepala. Taukey itu memberi upah kepada Cikgu Wahab dan mengucapkan terima kasih kemudian dia beredar untuk menguruskan lori dan kayu-kayunya itu. Kami semua kembali semula kepekan Kuala Lipis untuk melihat wang dibayar untuk kerja-kerja itu. Taukey itu membayar 30 ribu untuk kerja yang mereka buat, jadi dibahagi tiga dapatlah seorang 10 ribu ringgit. Sungguh lumayan pendapatan mereka dengan usha yang sedikit, semuanya dengan pertolongan sahabat long Kasim "Pantas Diawan". Tuan-tuan tahu apa dia Pantas diawan itu ? Ia merupakan seekor Jin dari keluarga Ifrait yang juga dipanggil dengan nama Hantu Galah, Hantu Tinggi dan Raksaksa panggilan mengikut daerah. Ia akan membesarkan dirinya hingga sampai keawan apabila kita melihatnya selain mempunyai mata tiga dan tanduk tiga juga. Hantu Ini cukup bencikan kawan sebab kawan selalu mengnyendirnya dengan bahasa yang sangat pedih, dan dia selalu kawan minta hadir dihadapan kawan tetapi dia sentiasa mengelak. Sebenarnya Long Kasim mempunyai muslihat supaya kawan mengambil sahabatnya itu sesudah dia tiada esok. Tetapi kawan sendiri mempunyai banyak alasan dan sentiasa menolak pemberiannya itu sebab ia bukan menyenangkan, sebaleknya menyusahkan. Disinilah Long Kasim tidak dapat berbuat apa-apa walaupun cuba menunjuk kebolehan Jin itu dihadapan kawan. Kawan sendiri lebih faham bahasa Jinnya itu dari Long Kasim sendiri. Ia sangat licik dan pandai menipu.


Begitulah cerita Long Kasim dengan Sahabatnya yang menyusahkan Long Kasim untuk mencari pewaris kepada sahabatnya itu apabila ia mahu meninggal esok kerana dia sendiri tidak mempunyai anak dari darah dagingnya sendiri. Inilah salah satu masaalah jika bersahabat dengan Jin yang memuntut diwariskan kepada ahli keluarganya. Inila yang dinamakan Saka.






12) MANUSIA IBLIS.




Manusia Iblis adalah asalnya merupakan seorang manusia biasa yang suka menuntut ilmu kebatinan, peringkat demi peringkat sehingga ia akhirnya bersatu dengan Iblis dan menyerupai Iblis 100%. Asal mulanya amat berminat memiliki ilmu sakti dan samggup melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya asalkan matlamat memiliki ilmu itu tercapai. Ia juga dididik oleh Bentara Guru Perguruan Kebatinan yang banyak tumbuh di merata tempat di Indonesia. Malahan dia sanggup membunuh guru-gurunya untuk menjadi yang terakhir memiliki ilmu-ilmu tersebut. Dari satu Bentara Guru kepada Bentara Guru yang lain sehingga tiada lagi Guru yang mahu menerimanya menjadi akan murid. Siapa yang mahu untuk menjadi gurunya kerana semua bekas gurunya akan dibunuh setelah ia tamat berguru. Begitulah arahan yang diterimanya daripada Iblis jika ia mahu menjadi yang terunggul diantara semuanya. Apabila ia telah sanggup berbuat semua pekara yang disuruh oleh Iblis akhirnya dia hanya berguru dengan Iblis itu sendiri sahaja, Orang yang kawan maksudkan ini adalah ;


SABDO PALON


Ia adalah merupakan manusia sakti yang menjadi penasihat diraja dan juga merupakan Pornakawan kepada semua Raja Majapahit dari yang pertama hinggalah yang terakhir. Raja Majapahit yang terakhir adalah Prabu Brawijaya yang ditabal dan naik memerintah sekitar tahun 1470 selepas Ayahdanya Mangkat. Apabila agama Islam berkembang yang dibawa masuk sekitar tahun 1472 oleh Walisongo, maka ia dianggap satu ancaman kepada kerajaan Majapahit. Tetapi Prabu itu tidak pula mengarahkan supaya ia dibentras dari awalnya kerana mengatahui akan kelemahan balantentera semakin nyata. Maka Walisongo telah mengaturkan stratigi untuk memasuki Istana bagi berdakwah kepada Prabu sendiri agar menerima Islam sebagai agamanya. Prabu sendiri ingin mengatahui kenapa rakyatnya berbondon-bondon memasuki agama ini, maka itulah sebabnya ia membenarkan Walisongo mengadap dan memberi penerangan kepadanya. Prabu sebenarnya telah tidak menghiraukan akan nasihat Sabdo Palon supaya tidak menerima mereka mengadap. Inilah salah satu sebab kenapa Sabdo Palon menyimpan dendam terhadap Prabu itu sendiri. Maka pada sekitar tahun 1478 apabila Sabdo Palon sebagai Pornakawan, Penasihat, Pemelihara, Penjaga, pelindung dan sebagai Pelayan Raja yang seperti abdi yang setia diminta oleh Prabu Brawijaya untuk memelok dan menerima Islam, maka Sabdo Palon sungguh marah dan menolak permintaan Prabu dengan amaran yang amat keras. Selain akan keluar dari Istana dan mengumpul semua balatentera yang setia kepadanya kemudian akan menyerang balas Istana Prabu bersama Walisongo sekali, beliau juga telah melontarkan sumpahannya yang antara lainnya disebutkan begini ;


" Sabdo Palon matur sungal, yen kawula maboten arsi angrakus agama Islam, wit kulo puniki yeti, rantuning dan yang Jawi, gomong marang anak putu, sagunging priprayangan, kang dumunung tanah Jawi, wus pinesti sayeki pisahan... Kawalan paduka Nata, wangsul maring kajiman mami, mung kulo matu pitungkas, mabenjing ing sapungkur mani, yan mus prapta kang waci, jangkap gangsal arus tahun, awit dinten punika, kulo gentos ing agami, agami budi kulo sebar nan tanah Jawi... Sintan tan puron ngang giyo, yakti kulo risak sami, sunayakan bala kulo, bekasakan ropi ropi, dereng lega kang ati, yen dereng lebo tempor, kulo damel petanda, pratane tembayan mami, hardi Merapi wes ajebiub mili lahar... Ngibol ngilen purugira, nganda banger iekang warih, ingeh punika wekdal kulo, wiwit ngebar agama budi luhor, netapi janji mami, angree kodrat satuhu krasaning Djwata, sedaya gilir gumati, maboten kenjing alamu hingga wahana."


Terjemahan :


" Sabdo Palon membantah keras, Hamba tidak akan masuk agama Islam, Sebab hamba ini sebenarnya adalah Raja dari Diyang (dewa penunggu) tanah Jawa, yang ditugaskan dan di pertanggung jawabkan mengajar anak cucu dan segala Jin priprayangan yang berada ditanah Jawa, sudah ditakdirkan hamba akan berpisah... dengan Paduka Raja, kembali ke Kerajaan Hamba, apabila sudah tiba masa genap 500 tahun, sejak dari saat ini agama Islam akan hamba ganti dengan agama Kebatinan yang akan tersebar diseluruh tanah Jawa, barang siapa yang tidak mahu menerima agama Kebatinan akan ku hancurkan, aku perintahkan pengikut dan balatentera ku dari segenap lapisan masyarakat, aku belum merasa puas hati kalau belum hancurlebur, aku beri petanda apabila gunung berapi telah meletup dan memuntahkan lahar ke Barat Daya mengalirnya, yang berbau hanyir airnya itulah saatnya, aku penyebar agama Kebatinan akan menetapkan janjiku sesuai dengan kehendak Dewata, segalanya bergerak selih berganti, oleh itu jangan diam lengah sebelum tercapai tujuan ".


Maka dia pun keluar dari Istana dan mengumpulkan balatenteranya dan menyerang Prabu dan Walisongo. Berlakulah peperangan Majapahit yang terakhir. Prabu yang lari dari Istana telah berjaya mereka bunuh. Maka mereka menyerang pula tentera Walisongo yang ternyata sangat kuat, akhirnya mereka semua kalah. Yang tinggal hanyalah Sabdo Palon (SP) seorang menghadapi Walisongo 9 orang. Setelah beberapa lama mereka bertarung ditanah, diatas laut, diatas pokok, diudara, diatas awan, walisongo semamangnya telah mengatahui SP yang sangat sakti tidak akan mati dengan apa juga senjata. Walisongo hanya ingin menangkap dan memenjaranya saja, tetapi tidak berjaya. SP akhirnya berundur dengan berjalan diatas air laut Selatan dan menghilang. Disitulah Kerajaan yang dimaksudkannya. Disini SP telah mengumpulkan balatenteranya dengan mengambil roh-roh manusia yang setia dengannya, Penganut Ilmu Kebatinan dan orang-orang yang mengambil Jin untuk menjadi sahabat mereka dialam sebelah Timur ini. Sehingga sekarang ini masih ada pesentren Perguruan Sabdo Palon yang telah diambil dan dijaga pula oleh anak-anak buahnya hingga kehari ini. Manakala pada tahun 1479 berdirilah kerajaan Islam Pertama di Pulau Jawa iaitu Kerajaan Demak yang diketuai oleh sahabat dan juga anak angkat kepada Sunan Ampil iaitu Raden Patah dengan gelaran Syeikh Maulana al Fatah yang berketurunan Raja Majapahit juga.


Sabdo Palon (SP) ini merupakan anak didik Izazil (Iblis agung), buktinya ialah dengan kesaktian yang dimilikinya mirip yang dikurniakan Allah swt kepada waliallah (sama taranya) Yang mustahil manusia biasa boleh menyampai. Keduanya dia telah menyampai kepada taraf sama dengan Iblis Izazil yang tidak akan mati sehingga hari kiamat dan dia telah diberi sebuah Kerajaan disebelah Timur ini oleh Izazil untuk ditadbirnya. Keempat ia penyebar dakyah agama ciptaannya sendiri iaitu Kebatinan yang boleh diubah suai mengikut kehendak penganutnya. Ia adalah agama ciptaan manusia yang benar-benar mirip pula dengan agama Islam ciptaan Allah swt. Begitu tinggi fitnah yang diciptanya sama tarafnya dengan Dajjal yang memfitnah agama Nabi Musa as dahulu. Menjadikan dia ialah Manusia Iblis kedua selepas Dajjal. Jika Dajjal diletak disebelah barat maka SP di sebelah Timur. SP juga telah mendidik seorang anak perampuannya untuk menjadi sepertinya. Setelah anaknya itu benar-benar menyampai ketaraf yang diharapkan olehnya maka kerajaannya di Lautan Selatan ini diserahkan kepada anak perampuannya itu, dia telah diberi pula sebuah kerajaan didaratan iaitu dipuncak paling tinggi didunia iaitu Gunung Everest. Dikedudukan itu SP berada ditengah-tengah diantara dua lagi agama ciptaan Izazil iaitu Hindu diIndia dan Buddha diTibet. Disini dia telah diangkat menjadi Maharaja Salju dan berkedudukan tertinggi sekali diantara manusia paling jahat didunia. Jadi SP juga dikenali dengan banyak gelaran antaranya ialah Sunan Polon, Dewa Agung Kebatinan, Maharaja Manusia Iblis, Maharaja Salju, Dewa Tertinggi Manusia Iblis, Dewa Penjaga 3 agama dll. Semua agama-agama sesat disebelah timur ini adalah berasal darinya. Anak perampuannya itu ialah Nyayi Lorogidul yang banyak meninggalkan kesan membawa ilmu Kebatinan di Pulau Jawa. Ia juga telah berjaya menyesatkan jutaan manusia mengikutinya kerana tertipu akan dakyahnya.




NYAYI LOROGIDUL




Merupakan anak tunggal perampuan kepada Sabdo Palon. Ia dipelihara sendiri oleh SP dan Ibunya telah dibunuh untuk persembahan SP semasa menuntut dahulu. Lorogidul sendiri telah menyerahkan dirinya kepada Bapanya sebagai "Bersatu", yang dengan sendirinya menjadi "Isteri" kepada Bapa Iblis itu. Itulah sebabnya Lorogidul tidak pernah kawin dengan sesiapa selepas itu. Perbuatan "Sumbang Muhram" ini kemudian diajar pula kepada manusia lain yang ingin menyampai sesuatu darjat Kebatinan. Jika kaum wanita dengan Lebiannya maka kaum lelaki pula dengan Liwatnya. Inilah sebabnya pekara ini telah tersebar luas di Jawa. Tampa segan silu lagi, acara ini dijadikan pesta kaum Kebatinan sekarang ini. Inilah wadah dakyah terbaru puak Kebatinan bagi menarik minat golongan muda mudi memasuki agama Kebatinan dengan sajian sex bebas pula.


Setelah bapanya meninggalkan Pulau Jawa dan memasuki alam ghaib diKerajaannya di Laut Selatan. Maka tempat SP diganti oleh Lorogidul pula sekitar tahun 1480. Semasa itu dia telah pun menyampai tahap tertinggi Ilmu Kebatinan. Jadi apabila agama Kebatinan itu kalah dalam perang dengan Kerajaan Demak pimpinan Walisongo. Maka agama Kebatinan telah diajar secara senyap-senyap dikampung-kampung pendalaman. Mereka lari dari wilayah Majapahit keceruk negeri untuk mengumpul semula orang-orangnya dan mengambil penuntut baru. Nyayi Lorogidul menjadi popular pula apabila dipenghujung pemerintahan Kerajaan Demak yang semakin lemah dan ditambah pula akan kemasukan Belanda di Pulau Jawa. Jadi pada waktu itulah kebangkitan semula Ilmu Kebatinan semakin dekat dihati masyarakat Jawa kerana ingin mempertahankan negara dari kemasukan Belanda yang kejam. Mereka mencari perlindungan dari penuntut-penuntut sakti yang diajar oleh Nyayi Lorogidul yang disuruh untuk kesegenap penjuru Wilayah dan Negeri bagi mengambil penuntut baru dan tawarkan keselamatan oleh mereka. 


Itulah sebabnya Pesentren Perguruan mereka kebanyakannya diceruk-ceruk kampung hingga kehari ini, tetapi sekarang dibuka dibandar-bandar kerana keterbukaan masyarakat Jawa dalam menerima apa saja agama mengikut Hukum Pancasilanya selepas Merdeka dari tangan penjajah. Malahan agama Kebatinan telah mendapat waktu siarannya sendiri dikaca TV bagi menyebar dakyah nya dihalayak ramai yang juga dikenali dengan nama Kepercayaan Kebatinan atau Aliran Kebatinan. Kalau di Malaysia, salah seorang penuntut Aliran Kebatinan yang paling popular ialah Mona Efandy yang dihukum gantung kerana membunuh seorang wakil Rakyat yang bergelar Dato dari Pahang. Anda ingat lagi akan peristiwa itu ? Nah... disinilah beliau belajar, diPesenteren Perguruan Kepercayaan Kebatinan Laut Selatan di Jokja. Ia anak murid kepada Lorogidul atau nama-nama lainnya ialah Mak Lemper, atau Ratu Laut Selatan, Maharani Dewa Manusia Iblis, Puteri Laut Selatan dan banyak lagi nama yang diberi oleh anak muridnya. Kesaktiannya setara gurunya juga iaitu Sabdo Palon yang juga bapanya. Maka tidak hairanlah beliau juga telah dihalau keluar oleh keponakan Walisongo juga setelah kalah dalam pertandingan Ilmu Batin, atau Ilmu Dalam apa bila markasnya diserang oleh penuntut perguruan Walisongo kerana mereka telah bertambah mengancam kedudukan Umat Islam sekitar Kacamatan wilayah-wilayah Jawa Tengah pada sekirtar tahun 1520. Ratu Manusia Iblis ini juga tidak boleh dibunuh dan tidak akan mati sehingga hari kiamat. Yang boleh dibuat ialah menghalaunya kembali ke Kerajaannya di Laut Selatan, iaitu lautan mengadap ke Australi. Begitulah ceritanya Manusia Wanita Iblis yang telah bersatu 100% dan menjadi Iblis seperti juga ayahnya Sabdo Palon. 






SEIKH SITI JENAR




Seorang lagi pengikut Sabdo Palon secara senyap ialah Seikh Siti Jenar. Ajarannya telah menyusup masuk kedalam Masyarakat semasa keberlangsungan ajaran Walisongo telah begitu hebat dipelajari oleh masyarakat di Selurh Kepulauan Jawa. Agama Islam yang diajar oleh Walisongo berkembang begitu pesat dan dikala itulah Seikh Situ Jenar membuka juga pondok Pesentrennya yang mengajar "Tarikat" sesatnya. Sebenarnya ia hanya mirip kepada ilmu Tarikat disebaliknya ia mengajar agama kebatinan jika kita teliti akan ajarannya dan kitab-kitabnya. Beliau telah memfitnah ajaran Walisongo, Tarikat Al Hallaj, Semua bentuk ajaran benar Tarikat dan Flasafah Wahdatul Ujud sebenar dan memfitnah Rasullah saw sendiri. Atas sebab hendak menyampai secara jalan singkat, maka ia memuntut dengan Sabdo Palon sendiri secara senyap supaya masyarakat tidak perasan akan kecacatan didalam ajarannya. Beliau juga sakti yang menyerupai koramah Walisongo. Maka masyarakat telah menjadi keliru dan terperangkap dengan dakyah songsangnya.


Sebenarnya beliau bukanlah anak jati Jawa, beliau berasal dari Iran dan nama sebenarnya ialah Abdil Jalil. Setelah sekian lama tinggal diJawa maka ia amat faseh berbahasa jawa malah telah juga berkahwin dengan wanita Jawa. Antara ajarannya yang sungguh mengelirukan penuntut Tarikat ialah :


1) Berpegang dengan falasafah sesat menyerupai "Wahdahtul Wujud" yang beranggapan iaitu "Menunggaling Kawlo Gusti, Yo Allah yo insun, yo insun yo Allah" . Bahawa hamba itu tuhan, tuhan itu hamba. Maknanya manusia bila telah menyampai makrifah itu bersatu dengan tuhan terus yang amat jauh dari tafsiran sebenar Makrifatullah. Inilah yang dipegang oleh Ahmad Laksamana, Ayah Pin, Rasul Kahar, Baginda Mokthar dll.


2) Jika telah menyampai makrifat, maka syariat sudah tidak perlu lagi dibuat. Orang yang melakukan syariat ialah orang awam dan orang bodoh. Ia telah terlepas dari hukum Syarak dari melakukan semua tuntutan syarak kepada dirinya. Maka kesannya, banyaklah orang-orang yang tidak mahu atau malas berabadah menjadi pengikutnya. Malah mereka bebas minum arak tetapi mengaku Islam. Ia mengisi ruang kosong yang ditunggu-tunggu oleh orang yang tidak mahu solat, puasa, zakat dan naik haji yang terang-terang sesat dari akidah islam sebenar.


3) Hidup dan mati adalah sama saja, mati tu hidup, hidup tu mati. Jadi ia boleh membawa kepada manusia menjadi hampa dan tidak percaya lagi khada dan kadar Allah swt. Manusia tidak mahu lagi berusaha untuk menjalani hidup, malas dan tidak berkeyakinan lagi mahu berkerja kuat. Sedangkan ia adalah dituntut dalam Islam, berkerja untuk menyara hidup diri dan keluarga. Maka mereka akan menjadi pengemis saja kononnya "zuhud" yang membuang hidup didunia. Padahal jika mereka mati didalam keadaan ini, matinya dikira didalam kesesatan yang nyata.


4) Syurga dan Neraka telah ada didalam diri anda sendiri, jadi anda tidak perlu menunggu hidup selepas mati kerana ia sama saja. Fahaman seumpama ini akan membawa kepada manusia hilang maruah dirinya dan akan sesat yang jauh. Mereka boleh ikut suka hati mereka saja untuk berbuat samaada disukai orang atau tidak, hak orang menjadi hak dirinya, Isteri orang juga isterinya, harta benda orang juga menjadi hartanya. Ia bebas berbuat apa saja kerana tiada lagi dosa dan pahala. Perbuatan jahat sama saja dengan perbuatan baik. Dialah penentu syurga dan neraka itu. Perbuatan yang sedap, lazat, senang, kaya dan gembira itu surga dan perbuatan yang susah, payah, di benci, miskin dan yang buruk-buruk itu semua neraka. Jadi ambil surga saja, atau semuanya surga saja jika ia menyenangkan hati. Tak ada duit rompak, samun. Tak ada bini, rogol anak orang, bini orang. Ambil hak orang sesuka hati. Pergi ke kedai ambil saja barang tak payah bayar. Ada duit berjudi dan main nombor ekor, ia surga kerana kegemarannya dan hobinya. Perbuatan itu mamalukan diri sendiri kerana tidak bertamadun, seperti orang zaman jahiliah yang tidak mengenal hukum jenayah negara dn hukum Islam.


5)Allah dan Muhammad adalah dua dalam satu tak boleh dipisahkan, hambanya yang lain yang menyampai makrifah pun begitu. Muhammad adalah nur atau nur muhammad, sedangkan nur itu pula adalah cahaya, oleh itu hidup dan cahaya adalah satu. Bermakna Nur muhammad itu ada dalam diri kamu, jadi kamu juga rasullah. Ini benar-benar memfitnah Nabi Muhammad saw daripada menyamakannya dengan Allah swt, hingga kamu juga sama macam Nabi. Naauzubilahiminzalik... Mahasuci Allah swt yang hendak disamakan dengan mana-mana makhluk dan mahasuci Rasullah saw nak disamakan dengan manusia biasa yang banyak dosa ini. Fikirlah kesannya. Kalau dah manusia itu tuhan, semuanya halal baginya, tak ada dosa dan pahla, kawin ikut suka guna "Nikah Batin" saja, dan sebagainya lagi. Tidak ke manusia itu sudah menjadi Iblis. Inilah ajaran agama kebatinan Sabdo Palon yang diadaptasi oleh Seikh Siti Jenar dalam pembelajaran di pondoknya. Bahkan telah diikuti oleh ramai tok-tok guru palsu di Malaysia yang diceritakan dengan megah dikedai-kedai kopi seluruh negara oleh anak-anak muridnya pula. 


6) Solat tak perlu wuduk, rukuk, sujud dan semua gerakkerjanya, hanya perlu daim atau diam sahaja iaitu mendam dalam rasa saja atau semadi juga dipanggil "sembah Roso". Inilah yang paling disukai oleh mereka yang malas solat. Pakai diam saja, dah kata solat. Dalam tandas pun boleh solat malah dimana saja boleh solat. Bersetubuh dengan isteri pun dikata solat, lepas tu tak payah mandi junub hanya basuh saja. Betul-betul macam orang kafir. Dalam islam tidak pernah diajar pekara begini. Malahan pengikutnya jika lalu di Madrasah atau Mesjid hendak saja mereka bakar Mesjid dan Madrasah itu. Mereka akan terpekek-pekek menyendir perbuatan Azan itu sambil menyumpah-nyumpah mereka yang pergi solat berjemaah. Pernah disatu kejadian mereka melimpar bom api diMesjid, menghalang orang Islam masuk kedalam Mesjid untuk solat Jumaat hingga polis campur tangan dan banyak lagi pekara yang sesat dan salah telah menular didalam Masyarakat diseberang hingga kehari ini.


Begitulah sebahagian contoh-contoh ajaran Seikh Siti Jenar (SSJ) yang segar hingga kehari ini walaupun dia telah tiada hampir 600 tahun. Jika kita buka buku sejarah Walisongo, SSJ telah dihukum bunuh tatapi mayat dan kuburannya telah dirahsiakan. Tetapi mengikut guru-guru pengajian mereka bahawa SSJ tidak mati, malah ghaib seperti SP dan Nyanyi Lorogidul juga. Dikatakan bahawa SSJ sekarang tinggal di dalam sebuah kerajaan yang menempatkan semua ahli dan anak muridnya seperti sebuah syurga. Jadi inilah yang menguatkan lagi cerita bahawa SSJ adalah anak murid SP dan kini mendiami salah satu Kerajaan ciptaan Izazil Iblis. Selayaknya ia juga tergolong sebagai salah seorang dari Manusia Iblis juga.


Sesiapa yang telah tersasar dan telah mempelajari Kepercayaan Kebatinan atau "Tarikat sesat" atau Aliran Kebatinan yang mirip ketiga-tiga mereka diatas ini dinasihatkan agar segera kembali kepangkal jalan. Ditakuti anda mati didalam keadaan yang berkedudukan kesesatan yang jauh ini. Malah anda akan menjadi hamba abdi mereka sampai kiamat dan dihumban kedalam Neraka Jahanam seperti yang telah dijanjikan untuk selama-lamanya. Berhati-hatilah dengan dakyah mereka.






RAJA-RAJA JIN DIALAM ATAS YANG BERAGAMA ISLAM :




Terdapat 7 kerajaan alam atas yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :


1) Jibriyaail
2) Mikiyaail
3) Samsamaail
4) Ruqiyaail
5) Kasfiyail
6) Sarfiyaail
7) Ainyaail






RAJA-RAJA JIN DIALAM BAWAH YANG KAFIR :




Terdapat juga 7 kerajaan alam bawah yang diperintah setiap satunya dengan seorang Raja. Raja-raja tersebut adalah seperti berikut :


1) Akhmar
2) Burkhan
3) Syamhurisah
4) Mazhab
5) Marrah
6) Maimon
7) Zubaiah






RAJA-RAJA KERAJAAN JIN IFRAIT :




Terdapat 4 kerjaan yang besar golongan Jin Ifrait diseluruh alam ini. Mereka-mereka ini pernah berkerja dibawah pemerintahan Nabi Allah Sulaiman as sebagai Menteri dalam kerajaan itu. Mereka ini adalah Jin Ifrait yang paling jahat sekali diantara semua Jin dari bangsa Ifrait. Mereka itu ialah :


1) Munaliq


2) Hadlabaajan


3) Shughal


4) Thamrit 








RAJA-RAJA DARI ANAK-ANAK IBLIS :




Terdapat 5 buah kerajaan besar yang di perintah oleh anak-anak Iblis berserta dengan tugas-tugas mereka dalam kerajaan itu. Mereka ialah :


1) Dassim - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia supaya bercerai-berai antara suami isteri, adek beradik, sahabat handai, jiran tetangga. Memutuskan siratulrahim, kekeluargaan, jemaah dan seumpama dengannya.


2) Mabsuut - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya memfitnah, mengadu domba, dengki khianat, berlaku summah dan seumpama dengannya.


3) Thubar - Tugasnya ialah untuk merasuk manusia yang ditimpa masaalah, musibah dan bala bincana supaya berputus asa akan rahmat Allah swt. Mereka menyumpah-yumpah dan memaki hamun marah kepada Allah swt kerana ditimpakan musibah itu.


4) Zalanbur - Tugasnya ialah untuk merasuk dan mengasut manusia supaya bergaduh, bertengkar, bermusuhan, bertumbuk dan membunuh. Orang yang dirasuk ini selalu mendapat gelaran atau nama panggilan kerana terkenal akan sifat panas barannya contohnya Man Rimau, Dol minyak, Mat Kepala Angin dll.


5) Al- Anwar - Ditugaskan untuk merasuk dan menghasut manusia supaya berbuat perbuatan keji yang akan meruntuhkan nama baiknya sendiri seperti berjudi, nombor ekor, gejala sosial, minum arak, sumbang mahram, onani, berzina, lebsian, sex bebas, Homosexsual, Liwat. Mereka pada mulanya hanya mencuba dan berjinak-jinak akan pekara-pekara diatas, tetapi mereka tidak tahu sekali saja mencuba ia akan membawa kepada ketagihan yang kemudiannya menjadi hobi, seterusnya menjadi kegemaran dan akhirnya ketagihan yang tidak dapat lagi keluar akan masaalah itu. Contoh yang paling keji sekali ialah Homosexsual dan Liwat, mereka yang telah mencuba sekali akan terus kekal sampai mati, amat sukar sekali ingin membuang tabiat itu walau dicuba beberapa kali, ia tetap sama. Terus dengan kerja keji dan maksiat besar ini dan mendapat kutukan Allah swt seperti kaum Nabi Luth.






KETUA DAN RAJA AGUNG SELURUH KERAJAAN IBLIS DAN JIN IALAH :




IZAZIL LAKNATUALLAH








MANAKALA MAHARAJA TERTINGGI KESEMUA KERAJAAN-KERAJAAN JIN IALAH:




THOTHAMGHIYAM YAAL






MANAKALA MALIAKAT YANG MENJAGA DAN MEMANTAU AKAN KESEMUA KERAJAAN DAN SELURUH GOLONGAN JIN DARI YANG KECIL SAMPAI SEBESAR-BESARNYA IALAH :






MALAIKAT MAITHOTORUN atau KUTUBUL JALALAH








Dengan ini maka lengkaplah keseluruhan Kerajaan Jin atau disebut juga dengan nama yang paling popular dipanggil Alam Iblis. Telah diceritakan dari mula sampai akhir yang dirasakan tiada satu pun yang tertinggal lagi. Sekarang anda semua telah mengatahui dengan lengkap akan Alam Iblis yang menjadi musuh kamu yang paling nyata walaupun telah dijadikan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Tetapi ketajaman naluri dan pandangan basrah mampu melihat segala kegiatan jahat mereka yang sentiasa mahu menghancurkan setiap jiwa daripada umat Islam. Maka carilah jalan keluar dan jangan lagi seronok bersama mereka itu walaupun apa alasan yang diberi, mereka ini akan tetap memusuhi kamu luar dan dalam. Berpegang teguh dengan Iman yang telah dilengkapi oleh Allah swt pada setiap individu, tiada alasan yang kamu boleh beri esok hari dihisab seluruh jenis amalan kamu semasa didunia, dihadapan Allah Rabuljalil di Yaumil Mahsyar. Tiada siapa lagi yang akan dapat menolong kamu disitu. Ingatlah janji ini benar.






CARA-CARA MENHINDARI DAN KELEMAHAN JIN.




Daripada keseluruhan cerita yang telah dipaparkan dari mukasurat 1 hinggalah mukasurat 4 ini maka bolehlah dibuat satu rumusan bagaimanakah kita hendak menghindarkan gangguan Jin dn kuncu-kuncunya itu. Inilah yang paling penting dalam semua ilmu terawal yang perlu ada kepada semua "Murid" yang inginkan menempuh perjalanan menuju kepada Allah dalam apa juga jalan atau Tariqat yang benar bukan yang palsu. Apabila kamu telah sampai kepada Hakikat didalam Hakikat, mohon dengan izin Allah agar kamu diperlihatkan alam yang kawan katakan ini. Disitu kamu akan nampak sendiri akan semua dari apa yang telah kawan paparkan ini adalah benar belaka.


Kelemahan utama golongan Jin ini ialah apabila kamu melakukan ibadah tak kira wajib atau pun sunat kamu masuk didalam wilayah Ikhlas dan Redha. Didalam wilayah ini kamu tidak dapat lagi diganggu oleh mereka dari apa juga golongan termasuk Qarin anda sendiri. Baharulah kamu akan merasa selesa, tenang, khusuk dan rela didalam ibadah itu terutama solat. Masaalahnya bagaimana kamu hendak masuk kedalam wilayah itu ? Ia adalah dengan latihan yang beterusan. Tampa latihan kamu tidak mampu untuk masuk. Masaalah selepas latihan ialah gangguan Saka, jadi saka hendaklah dibuang. Jika tidak memang payah untuk masuk didalam Wilayah Ikhlas dan Redha itu dengan adanya saka yang bergayut ditubuh anda. Itulah sebabnya kena ada Guru, Guru yang ada jalan, jalan yang namanya Tariqat, Tariqat yang berwisilah dan beribtah menyampai kepada Rasiallah saw. Rasullah saw adalah penjamin seluruh umat Islam. Tampa Nabi tiadalah alam ini.


Dengan berdamping dengan guru kamu sentiasa akan dijaga rohani dan jasmani. Sentiasa dikawal pergerakan anda walau dimana kamu berada. Jika kita tidak kuat, ikut lah orang yang lebih kuat. Maka kamu juga tidak akan diganggu oleh puak-puak jahat itu. Kerana mereka kalah dengan orang kuat didepan kita itu. Maka terselamatlah anda. Jika kamu berjalan juga seorang diri pastinya kamu akan diganggu, maka cara yang paling mudah ialah duduk dengan mereka yang kuat-kuat itu. Ini adalah gambaran yang paling mudah untuk kawan gambarkan akan setiap perjalanan menuju Allah. Jalan yang lain amat tidak selamat, sebab mereka itu pakar serangan hendap dan pakar mencolek hingga kamu tidak sedar kamu telah dicolek. Diharap anda semua faham kenapa perlunya anda ada guru yang berwisilah dan beribitah.






PENUTUP :




Maka dengan ini kawan akhiri rencana Iblis dan Alamnya - musuk kamu yang paling nyata ini. Rasanya telah tertunai semua janji yang telah kawan buat bagi menjelaskan kesemua bentuk makhluk halus ini. Diharap tuan-tuan dan puan-puan semua berpuashati dengannya dan dengan ilmu yang sedikit ini mudah-mudahan kamu akan berjaya menempuh perjalan kamu yang maseh jauh dan dapat mengenal serba sedikit akan musuh kamu yang paling nyata ini. Segala kesilapan dan tuturkata yang tidak disenangi haraplah dimaafkan kerana kawan hanya manusia biasa yang tidak berilmu. Sebagai penutup :


Bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya dapat disudahkan rancana yang kecil ini. Selawat dan salam kepadaa Junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, keluarganya serta sahabat-sahabatnya, serta salam kepada Sultan Wali Syaidi Syekh Muhiddin Abdul Khadir Jailani, keluarganya dan kerabat waliallah yang bersamanya, juga kepada Kanjeng Sunan Walisongo dan keluarga, kepada guru ku Syekh Ahmad Junaiddy al Arifbillah serta seluruh guru-guru ku yang berwasilah dan berabitah hingga ketangan Rasullah saw..... al Fatihah. 


Waalahuaa'alam...




sekian,
Zamany


KEPADA PEMBACA BUDIMAN, JIKA ADA PERTANYAAN ATAU KEMUSYKILAN SILA TERUS KE LAMAN SAHABAT SAYA INI.  klik sini




sila baca komen para pengunjung dan soal jawab siri 3 dan 4


Khusus Berkaitan Berita Alam Ghaib Yang Perlu di Ketahui Oleh Setiap Muslimin

No comments: