Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Kepada insan2 yang di muliakan di sisi Allah hendaknya. Kita sering memperkatakan Al-Quran itu susah di fahami dan di pelajari manakala Sunnah itu mudah di fahami dan mudah di laksanakan. Di sini. Di harap atas perkongsian ilmu ini, kita dapat membezakan dengan hati kita bahawa mana sebenarnya lebih mudah dan mana lebih mencabar. Al-Quran adalah ilmu Allah maka kita letakkan ia sebagai bicara ilmu. Manakala As Sunnah adalah suri teladan atau perlaksanaan Rasulullah maka kita letakkan ia sebagai bicara amal. Selama ini ramai di antara kita termasuk saya sendiri bertanya, apa yang orang maksudkan kenal Al-Quran maka kenallah diri kita.
Nota sebelum ini telah tertulis kerana apa kita di ciptakan dan telah jelas hanya untuk beribadah kepada Allah. Jadi marilah kita kenal Al-Quran. Bagi siapa yang mengatakan Al- Quran itu susah,mari kita lihat apa kata Allah atau pencipta Al Quran itu sendiri mengenainya,
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Al Qamar : 17)
Allah mengatakan Al-Quran itu mudah. Tapi masih kita katakan tidak. Maka Allah tegaskan lagi,
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Al Qamar : 22)
Masih kita tidakkan,lalu Allah mengatakan lagi,
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Al Qamar : 32)
Ya Allah. Jika seorang ayah menegah anaknya melakukan sesuatu, pesanan pertama adalah sekadar pesanan. Kali kedua adalah untuk peringatan. Malah mungkin kali ketiga,kita sudah di denda atau di hukum. Tetapi bayangkan Allah telah tegaskan kepada kita bukan 3 kali. Lihat ayat ini,
Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? (Al Qamar : 40)
Masya`Allah. 4 kali Allah mengulangi ia amat mudah untuk di pelajari. Namun sebagai insan, ramai masih tidak mempercayai. Maka telah Allah menjawapnya pula,
Sesungguhnya Kami mudahkan Al Quran itu dengan bahasamu supaya mereka mendapat pelajaran. (Ad Dukhaan : 58)
Buktinya, apakah kalian semua faham apa yang di tuliskan? Terjemahan Al-Quran itu ada dalam pelbagai bahasa,mengapa tidak menggunakannya? sedangkan maksudnya sama seperti maksud Al-Quran yang asli. Persoalan yang selebihnya, mengapa walau kita sudah baca terjemahan, tetapi masih belum dapat menghayati dan memahami? Allah telah pun mengajar kita cara mempelajari Al-Quran dengan sebenar,
Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat (Al A'raaf : 204)
Allah ajar kita untuk di dengari Al-Quran tersebut apabila di bacakan. Tapi kita sebagai insan, banyak yang membaca sendiri. Adakah ia bersesuaian dengan cara yang Allah ajarkan? Maka sudah terjawab lagi soalan kita mengapa kita tidak memahami dan tidak menghayati.
Maka jika sekarang kita memahami, tidakkah bicara ilmu itu mudah? Jika ada lagi yang mengatakan susah, mari kita bicara As Sunnah. Memang tak di nafikan jika berkata amalan Rasulullah itu mudah.
Seperti makan tiga jari, simpan janggut, senyum dan sebagainya. Tetapi, bagaimana dengan bersolat, berpuasa, mengerjakan haji dan sebagainya? adakah itu mudah? Al-Quran memberi kita penjelasan bahawa ia perlu, dan Rasulullah telah mengajarkan bagaimana ia harus di laksanakan. Telah mengajarkan kita cara untuk bersolat, berpuasa,
mengerjakan haji jika mampu, itu pun kita kadang kadang masih terleka dan lalai dan selalu tangguhkan.
Islam itu tidak pernah menyusahkan, cuma yang berat adalah dari hati dan nafsu kita sendiri.
Mari kita renungkan ini.
Ramai di antara kita telah mengkhatamkan Al-Quran. Mungkin sekali dan mungkin lebih. Dalam sedar atau tidak, di dalamnya terdapat 6336 ibadah. Maka bicara ilmu kita sudah khatam,bagaimana bicara amal? Adakah kita mengamalkan 6336 ibadah dalam hidup harian kita? Dengan kurniaan Allah yang paling berharga iaitu hati.
Marilah kita membezakan bahawa pada siapa yang mengatakan Al-Quran itu susah, mudahkah ia sekarang? dan pada siapa yang mengatakan As Sunnah itu mudah, masih mudahkah bagi anda sekarang? Atas izin Allah semua ini berlaku. Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari hamba yang hina ini sendiri.
Alhamdulillah.
By Al-Qur'an Kitab Kesayanganku.Islam Agama Kesayanganku.
No comments:
Post a Comment