Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat ini.
Oleh kerana itu, Allah
memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar
biasa.
Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup
akan ada bersama dengannya.
Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah
dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan
akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu didaerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi
subur. Begitu juga ekonomi,
perdagangan akan menjadi
makmur dan stabil pada org
yg bersekutu dgn Dajjal.
Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal
akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahai Rasulullah ?”Nabi
menjawab:”Mereka akan merasa
kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih
dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
yang akan menggantikan
makanan. ” H.R IbnuMajah
2.. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah
kelihatan bersama dengannya
seumpama syurga danneraka
dan juga sungai air dan sungai
api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar
adalah sebalik dari apa yg
kelihatan.
Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya
Neraka dan apa yg dikatakannya
Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini
tidak ada pada kenderaan org
dahulu. Kalauhari ini maka
bolehlah kita mengatakan
kepantasan itu seperti
kepantasanjet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara
atau lebih pantas lagi daripada
kenderaan tersebut sehinggakan
beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam ”…
Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi
menjawab: ”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh
angin yang kencang. ” H.R
Muslim.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya: Syaitan juga akan bertungkus- lumus membantu Dajjal. Bagi
syaitan, inilah masa yg terbaik
utk menyesatkan lebih ramai
lagi anak cucu Adam a.s.
No comments:
Post a Comment