Sunday, July 18, 2010

Apa itu Armaggeddon?

Assalamualaikum..

Sejak dari kecil.. Selalu saya tertanya tanya tentang ;

Apakah itu Armageddon?
Siapakah yang akan terlibat dalam Armageddon?
Bila kah Armageddon akan terjadi? Dimanakah Armageddon akan terjadi? Mengapakah Armageddon akan terjadi? Bagaimana Armageddon akan terjadi?

berapa banyak negara akan terlibat?
berapa kos anggaran kemusnahan yang akan menimpa dunia ketika Armageddon
berlaku?
Benarkah Armageddon akan berlaku?

baiklah..

ini antara info yang berjaya saya kumpul..

1 'Ar' yang bererti gunung atau bukit.

2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya
100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu
kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di
langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.

Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-
KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini? Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri
menghadapi Armageddon, terdapat orang
Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan
bertahap filem dan sensasi sahaja.

bagaimana pula dengan remaja kita? Dah keluar pusat serenti?

Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.

Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus
berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air
mani yang hina.

apakah Armageddon itu?Adakah
sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:

-Perang besar dan perang penghancuran.

-Perang universal yang berstrategi.

-Perang yang dirancang dan dinantikan.

-Perang yang amat dekat kemunculannya.

-Perang antarabangsa.

-Perang yang amat dasyat dalam sejarah.

-Ia adalah awal dari kemusnahan.

-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang
berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Info Mengenai Armaggedon Lagi.

Dalam bible ( revalation) 16:16 - dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat bernama Armaggedon.

Ronal Reagan pernah berkata dalam bukunya The Reagan Diaries :

" sesungguhnya genarasi sekarang adalah
genarasi yang akan melihat Perang Armaggedon (tahun 1984)"^^

Wallahu Alam.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

No comments: