Wednesday, July 28, 2010

Wanita : fitnah terbesar kaum Lelaki

Copied from : Sunnah Pejuang

Apabila membicarakan tentang
fitnah wanita, bukan bermakna
wanita itu jahat dan sukakan
keburukan. Tetapi apa yang
dimaksudkan ialah keadaan
mereka itu mampu menjadikan
lelaki lupa daratan dan apabila
tiada usaha pencegahan, akan
berlakulah perkara2 yang tidak
diingini.
Fitnah ini boleh berlaku dalam
dua keadaan, iaitu sebelum atau
sesudah pernikahan.

Sebelum
bernikah,Islam menentukan
adanya mahram dan yg bukan
mahram. Antara lain, adalah
untuk memudahkan manusia
mengetahui orang yang
dibolehkan mereka berhubung
atau bergaul secara bebas dan
yang tidak boleh berbuat
demikian. Perlanggaran pada
ketentuan inilah yg akan
mengakibatkan segala yg
mungkar berlaku.

Kebiasaannya
manusia melakukan sesuatu
yg tidak baik secara
berperingkat-peringkat sesuai
dengan bentuk kemungkaran itu.
Bermula dari dosa kecil seperti
melihat, bercakap-cakap
(berdua-duaan), berpegangan
dan bersentuhan kulit dan
akhirnya melakukan dosa besar.
Orang yg berzina sebenarnya
tidak ada harganya di sisi Allah,
kecualilah dia bertaubat.

Mengatasi masalah zina tidak
dapat diatasi hanya dengan
menyediakan rumah-rumah
kebajikan bagi mereka yang telah
terlanjur. Apa yang utama ialah
memberi kefahaman kepada
mereka tentang panduan agama
dalam masalah ini dan dalam
masalah kehidupan yang lain.

Setelah berkahwin pula,seorang
suami kadangkala tidak berupaya
memimpin dengan baik dan
sempurna. Ketenangan yang
sepatut dikecapi semasa
bernikah, hanya menjadi impian
kosong. Bernikah dengan wanita
pilihan hati rupanya tidak
seindah namanya. Sebabnya ialah
proses dan matlamat
perkahwinan tidak menjejaki apa
yang telah digariskan oleh Allah.

Kecantikan yang menjadi dasar
pilihan itu rupanya bagaikan
memetik mawar yang berduri
yang tidak ada wanginya yang
harum. "Hai orang yang beriman,
sesungguhnya di antara isteri-
isterimu dan anak-anakmu ada
yang menjadi musuh bagimu,
maka berhati-hatilah kamu
terhadap mereka.Dan jika kamu
memaafkan dan tidak memarahi
serta mengampuni (mereka)
maka sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha
Penyayang ." (At-Taghaabun :
14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu
yang merendah-rendahkan
wanita. Andaikata mereka
mendapat pendidikan yang baik
serta memahami tuntutan
agama dalam perkara-perkara
yang dihadapi, mereka justeru
menjadi pendorong yang digigih.
Sesuai dengan kejadian mereka
seumpama daripada tulang rusuk
yang bengkuk, kepemimpinan
yang baik daripada pihak lelaki
akan mampu membawa mereka
ke jalan yang lurus. Jika demikian
gambaran keadaan fitnah yang
dihadapi melalui wanita, tentu
lebih hebat keadaannya.bilamana
wanita itu aktif dalam perkara-
perkara sumbang.

Kalau dalam masjid dan dalam
rumah tangga pun keadaan
boleh menjadi tidak tenteram
kerana kurang fahamnya wanita
terhadap sesuatu, tentulah lebih
mencabar jikalau keadaan ini
digiatkan bila berada di luar
masjid dan rumahtangga

Rasulullah saw pernah memberi
pesanan kepada para sahabat
baginda yang selalu duduk-
duduk ditepi jalan agar menjaga
hak-hak jalan,iaitu menjaga
pandangan,tidak mengganggu
orang yg lalu, menjawab salam
serta melakukan pencegahan
maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim dari Abu Said al-
Khudry).

Ini bermakna, setiap anggota
masyarakat akan menerima
akibatnya apabila suasana
maksiat disuburkan khususnya
melalui wanita-wanita jahat.
Tercatit dalam sejarah Islam,
bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim
turun disebabkan angkara isteri-
isteri baginda. Ketika baginda
habis meminum madu di rumah
isteri baginda Saudah, dia
berkata bahawa ada bau yang
busuk. Begitu juga ketika
baginda selesai meminum madu
di rumah Aisyah, dia diberitahu
bahawa ada bau yang busuk.Lalu
Rasulullah saw kerana untuk
menjaga hati isterinya telah
berjanji untuk tidak meminum
madu lagi.

Allah lalu menurunkan firman
Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu
mengharamkan apa yang Allah
halalkan bagimu, kamu mencari
kesenangan hati isteri-isteri
kamu?" (at-Tahrim : 1)

Perlu
ditegaskan bahawa fitnah wanita
tidak selalunya datang dari arah
wanita itu sendiri. Bahkan
selalunya godaan nafsu dalamlah
yang menjadi pendorong bagi
lelaki untuk mendekati wanita
dan melakukan maksiat. Oleh
kerana itu, wanita atau isteri
bukanlah musuh yang
sebenarnya yang perlu dijauhi.

Perlakuan yang berlaku adalah
antara dua jenis ini adalah
gambaran umum tentang bentuk
perhubungan yang diwujudkan.
Apabila masing-masingnya
memberi perhatian yang wajar
untuk sama-sama membina
kebahagiaan, maka mereka akan
mengecapinya dengan
sempurna.

Abu Hurairah ra
berkata bahawa Rasulullah saw
bersabda : "Sesempurna iman
seseorang ialah yang paling baik
budi pekertinya,dan sebaik-baik
kamu ialah yang terbaik
pergaulannya terhadap
isterinya." (Riwayat Tirmizi).

Dan
dalam sebuah hadis dari Abdullah
bin Amru al-Ash, bahawa
Rasulullah bersabda : "Dunia ini
adalah perhiasan dan sebaik-baik
perhiasan ialah wanita yang
solehah." (Riwayat Muslima)
Wanita-wanita mukminah perlu
bersabar dalam melazimi
rumahnya demi memelihara
kesucian, dan sifat malunya.
Mereka pun jika keluar kerana
ada hajat mendesak, maka
mereka keluar dengan adab dan
akhlaq Islam, yakni tetap
menggunakan hijab dan jilbab
syar'iy yang menutupi seluruh
tubuhnya. Jilbab ini sifatnya
longgar (tidak ketat), dan tebal
(tidak jarang atau nipis), tidak
mengundang perhatian kaum
lelaki, dan tidak menyerupai
pakaian wanita-wanita kafir atau
kaum laki-laki. Inilah tips yang
harus dilakukan oleh para wanita
muslimah untuk membentengi
dirinya dari serangan dan
permainan orang-orang yang
kafir. Seorang wanita harus
memakai tudung seperti ini.

Jika
tidak, maka ia akan tergolong
wanita yang ber-tabarruj
(bersolek) ala jahiliah.


PERHATIAN

Sesetengah wanita-wanita
muslimah hari ini banyak
memakai tudung.Tp sayang,rmai
antara mereka tidak memakai
tudung syar'i. Kebanyakan
mereka memakai tudung moden
yg pendek, lalu dipasangkan
dengan pakaian ketat dan seluar.

Ini bukanlah tudung syar'i yang
dianjurkan oleh agama, bahkan
cara berpakaian seperti itu
tercela.Inilah yang diistilahkan
oleh Nabi s.a.w dengan
"berpakaian, tapi telanjang".

JILBAB SYAR'IY ialah sejenis
tudung besar lagi panjang dan
lapang, dapat menutup kepala,
muka dan dada. Lalu di
bawahnya ada tudung kecil, dan
pakaian gamis panjang hingga
menutupi kaki. Inilah tudung
syar'iy yang ditinggalkan oleh
para wanita muslimah,kecuali
yang dirahmati Allah-Azza wa
Jalla.Memang asing, tapi itulah
yang syar'i!!

Para pembaca yang budiman,
Jika seorang wanita keluar dari
peraduannya, lalu keluar mencari
pekerjaan, padahal masih ada
yang menanggung hidup dan
hajatnya, maka disinilah syaitan
akan memulakan rancangan
jahat dan aksinya.

Jabir-r.a
berkata,
"Rasulullah s.a.w pernah melihat
seorang wanita, lalu beliau
mendatangi isterinya, Zainab
sedang dia menyamak kulit
miliknya. Beliau menyelesaikan
hajatnya (berjimak), lalu keluar
menuju para sahabatnya sambil
bersabda, "Sesungguhnya wanita
datang dalam rupa syaitan, dan
pergi dalam rupa syaitan. Jika
seorang diantara kamu melihat
seorang wanita yang
mengagumkan (tanpa sengaja,
pent.), Maka hendaklah dia
mendatangi (berjimak dengan)
isterinya, kerana hal itu akan
menolak sesuatu (berupa
syahwat) yang terdapat pada
dirinya ". [HR. Muslim (no.3393),
Abu Daud (no.2151), dan At-
Tirmidziy (no.1158)]

Al-Imam Syamsul Haqq Al-Azhim
Abadiy-rahimahullah-berkata
,menjelaskan dan meluruskan
pemahaman tentang hadis ini,
"Nabi-Shallallahu alaihi wa
sallam-menyerupakan wanita
dengan syaitan dalam sifat
waswasah (untuk memberikan
bisikan), dan menggelincirkan
orang, kerana melihat wanita
dari segala sisi adalah
pengundang menuju kerosakan
". [Lihat Aunul Ma'bud Syarh
Sunan Abi Daud (6/148-149), cet.
Darul Fikr, 1415 H]


Seorang ulama 'Syafi'iyyah, Al-
Imam An-Nawawiyah rahimahullah-berkata, "Para
ulama berkata," Jadi, wanita itu
serupa dengan syaitan dalam
mengajak kepada kejelekan
dengan bisikan dan penghias-
hiasannya terhadap keburukan.
Diambil sebuah undang-undang
dari hadis ini bahawa
sepantasnya bagi seorang wanita
agar jangan keluar diantara kaum
lelaki, kecuali ada hajat
mendesak, dan bahawa
seyogyanya kaum lelaki
menundukkan pandangan dari
melihat pakaiannya, dan
memalingkan pandangan darinya
secara mutlak ". [Lihat Syarh
Shohih Muslim (9 / 181)]

Demikianlah para wanita di
zaman Nabi s.a.w. Mereka
dimuliakan oleh Nabi s.a.w dan
para sahabatnya. Mereka
menganjurkan para wanita agar
tetap berada di rumahnya demi
menjaga kesucian dirinya. Beliau
tidaklah memerintahkan para
wanita keluar dan bekerja di luar
rumah, kecuali ada hajat
mendesak. Sebab keluarnya para
wanita untuk bekerja di sekitar
kaum lelaki akan menimbulkan
berbagai macam masalah
sebagaimana yang kita saksikan
hari ini. Munculnya berbagai
macam pelanggaran sosial
berupa pelacuran, selingkuh,
zina, berkhalwat, hubungan
gelap, keretakan rumah tangga,
pembunuhan, peperangan,
permusuhan, dan sederet
maksiat. Seringnya dilatari
kerana masalah yang berkaitan
dengan wanita.

Dahulu para wanita kita berhias
dengan sifat malu. Namun kini
tinggal kenangan saja sejak
mereka tertipu dengan
propaganda emansipasi yang
menggalakkan mereka untuk
keluar dari rumah demi mencari
kerja, utk bersaing dgni kaum
lelaki yang selama ini menurut
sangkaan mereka yang dusta
bahawa kaum lelaki telah
melakukan monopoli, menzalimi
hak kaum wanita dan berbagai
macam propaganda serta anak
panah kedustaan yang diarahkan
kepada Islam yang seakan
mengajari ummatnya untuk
menzalimi kaum wanita.

Padahal
tidaklah demikian, bahkan Islam
menjunjung tinggi hak para
wanita.
Darjat mereka amat tinggi dalam
Islam. Tetapi, sejak mereka
meninggalkan penggunaan
agamanya, para wanita
muslimah turun ke darjat yang
paling rendah. Kini dipermainkan
kehormatannya, dan dijadikan
barang murahan dengan iming-
iming maya dan pujian semu lagi
menipu.

Keadaan paling jorok
dan hina dalam sejarah kaum
feminis, kaum wanita dijadikan
"bintang" (baca: binatang) dalam
TV, majalah, akhbar atau tabloid
dengan penampilan buka-bukaan
dan memancing birahi hewani.
Mereka bangga dengan kehinaan
dan kejorokan seperti ini. Maka
maraklah kegiatan syaitan yang
disebut dengan "PORNO AKSI"
dan "PORNOGRAFI". Lebih bejat
lagi, ada sebagian orang yang
berotak comberan berusaha
melegitimasi dan menyokong
program bejat itu dengan
berbagai macam dalih dan
wangsit syaitan ketika ada yang
mengingkarinya.

Na'udzu billah
minasya syaithon wa junudih.
Itulah realiti yang berlaku di
negeri kita; ada sekumpulan
manusia mengusung dan
memperjuangkan emansipasi
zalim tersebut demi merosakkan
umat Islam.


Buat semua muslimah,moga kita
adalah srikandi kesayangan
Rasulullah s.a.w. berpeganglah
pd Al-Quran dan sunnah dan
berakhlaklah dgn selayaknya.
Cemburuilah mereka yg solehah.

Bersainglah agar kita juga
mampu memiliki tempat di
syurga Allah.

No comments: