Antara janji-janji Tuhan dalam jadual- Nya untuk zaman ini seperti berikut:
1. Kegemilangan Islam akan berulang di akhir zaman Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas ’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keturunanku atau kaum keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman. ” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
2. Kebangkitan Islam akhir zaman akan bermula dari Timur Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas ’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “ Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai ?” Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji- panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. ” (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)
3. Setiap awal kurun Allah akan datangkan mujaddid (reformer) Rasulullah SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 4): Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengutus pada umat ini di setiap awal 100 tahun seorang (mujad did) yang akan memperbaharui urusan agama mereka. ” (Riwayat Abu Daud)
4. Imam Mahdi mujaddid dan khalifah akhir zaman
i. Dan telah mengeluarkan dari Nuaim daripada Ibnu Mas ’ud, beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda (lihat matan Hadis di muka 12): Maksudnya: “Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana (sebelumnya) ia telah dipenuhi dengan kezaliman. ” (Riwayat At Tirmizi) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti, Mujaddid kurun ke-9)
ii. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain: Dari Abu Nu’aim mengeluarkan dari Abi Said dan Nabi SAW katanya: “Al Mahdi daripada kami Ahlul Bait, seorang lelaki dari umatku, mancung hidungnya. Dia memenuhi bumi dengan keadilan sepertimana ia dipenuhi kezaliman. ”
iii. Sabda Rasulullah SAW lagi: Dan telah mengeluarkan Abu Na ’im dan Al Khatib dalam Talkhis Al Mutasyabih dari Ibnu Umar katanya sabda Rasulullah SAW: “Akan keluar Al Mahdi dan di atas kepalanya malaikat yang menyeru: Inilah Al Mahdi dan ikutilah dia. ”
bersambung di Jadual Tuhan (3)...
kredit to my Friend , Pzkp for posting this Article on my Status.
No comments:
Post a Comment