Berikut ialah yg di ambil dari seorang guru murshid... faham tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman :
i. Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.
ii. Di hari kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca khutbah di mimbar Masjidil Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah kerana cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar dan digantikan oleh khatib kedua. Hal yang sama berulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh tidak berdarah hidungnya maka dia menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi yang dizahirkan buat pertama kali setelah dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.
iii. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.
iv. Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas terjadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 tahun lagi.
v. Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serah an kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu. vi. Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar diri nya. Dia hanya berhubungan dengan para wazirnya untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan. Namun umat Islam yang sudah tahu tentang keberadaannya mahu berbaiah padanya. Mereka disyaratkan untuk berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yang berada di Malaysia.
vii. Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi hakikatnya telah memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.
viii. Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.
ix. Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang tujuh tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.
ulasan : sebelum datangnya Syaidi Sheikh Imamul Mahdi...akan datangnya Pemuda Bani Tamin membina negara islam kemudian baru diserahkan kepada beliau .
Rasulullah SAW pula ada bersabda: Maksudnya: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali k.w. baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu ingin melihat demikian itu hendaklah kamu bersama-sama Pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim). Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi. ”
No comments:
Post a Comment