Sunday, July 18, 2010

Apa punca tercetusnya "Tragedi 13 Mei 1969"?

Hari ni 13 Mei (semasa artikel ini saya publishkan di facebook). 41 tahun yang lalu telah tercetus tragedi 13 Mei pada tahun 1969. Dilaporkan 86 orang Melayu, 342 orang Cina serta 3 orang yang berbangsa lain telah terbunuh. Malangnya data itu sangat tidak relevan sekali. Sebenarnya, hampir 20,000 orang dikatakan hilang. Astaghfirullahal azim.

Ramai berpendapat bahawa tragedi ini tercetus akibat sikap perkauman. Namun disini ingin saya tegaskan, ia bukan kerana perkauman. Mengapa? Kerana tragedi 13 mei tercetus selepas sahaja pra-pilihanraya berlangsung. Boleh disimpulkan bahawa tragedi 13 mei tercetus kerana POLITIK.

Terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969
adalah rententan dari provokasi
pihak pembangkang yang
dimulakan sejak malam 10 Mei
1969 untuk meraikan
kemenangan mereka.
Penyokong-penyokong PARTI DAP
telah mengutuk dan menghina
orang-orang MELAYU semasa
mengadakan perarakan di jalan-
jalan raya di sekitar Kuala
Lumpur. Ia berlarutan hingga ke
13 Mei 1969, bila mana
sekumpulan orang melayu yang
sudah hilang sabar mengambil
tindakan balas.
Pembangkang meraikan
kemenangan
Peristiwa ini berlaku berikutan
pengumuman keputusan
Pilihanraya Umum pada 10 Mei
1969
.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti
Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau
minta kebenaran polis untuk
berarak meraikan kemenangan
parti tersebut di Selangor yang
menyaksikan 50:50 di Selangor.
Perarakan tersebut
menyebabkan kesesakan jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur.
Perarakan hingga ke Jalan
Campbell dan Jalan Hale dan
menuju ke Kampung Baru.
Sedangkan di Kampung Baru,
diduduki lebih 30,000 orang
Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan
kemenangan pihak pembangkang.
Di sini letaknya rumah Menteri
Besar Selangor ketika itu, Dato'
Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang
menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada
kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil
melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan
penyapu tersebut sebagai
lambang mereka akan menyapu
('menyingkir') orang-orang
Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu
mempunyai konotasi yang negatif
(sial). Ada yang mencaci dan
me ludah dari atas lori ke arah
orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong, kematian
seorang Cina akibat sakit tua
diarak sepanjang jalan dengan
kebenaran polis. Namun
perarakan kematian bertukar
menjadi perarakan kemenangan
pilihan raya dengan menghina
Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh
Tech Chye selaku Presiden
Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya
melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar
di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tapi permohonan maaf
sudah terlambat.

Rumah Menteri Besar
Selangor
UMNO telah mengadakan
perarakan balas pada pagi 13
Mei 1969 yang mengakibatkan
terjadinya peristiwa ini. Hal ini
adalah kerana perasaan emosi
yang tinggi dan kurangnya
kawalan dari kedua-dua pihak.
Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di
rumah Menteri Besar Selangor di
Jalan Raja Muda Abdul Aziz di
Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Dato' Harun Idris selaku Menteri
Besar Selangor ketika itu cuba
mententeramkan keadaan. Rupa-
rupanya, mereka yang
berkumpul telah membawa
senjata pedang dan parang
panjang dan hanya menunggu
arahan daripada Dato' Harun
Idris untuk mengamuk.


fakta : DAP baru sahaja ditubuhkan 3 tahun pada waktu itu!

*Kemarahan kadang kala inexorable... Oleh itu,.. Cegah lah perbuatan hasutan dan provokasi sebelum bertukar menjadi lebih parah. Anda Mampu Mencegahnya*

No comments: