Menurut guru Alter Terahsia Bangsa Melayu, di zaman dahulukala anak muda akan mendayung ke hulu sungai menuntut bermacam ilmu terutamanya silat. Guru-guru yang tinggi ilmunya tinggal makin ke hulu sungai. Sudah tentulah yang lagi tinggi ilmunya tinggal di gua-gua gunung di hulu seperti Gunung Ledang.
Bayangkan di sepanjang sungai- sungai yang panjang di alam melayu ini seperti Sungai Perak,Sungai Pahang, Sungai Muda, Sungai Muar, Sungai Mekong, Sungai Musi dan banyak lagi. Jaguh-jaguh boleh dikesan di sepanjang sungai-sungai ini. Mengikut guru Alter Terahsia Bangsa Melayu, apabila seseorang murid tamat berguru ada sebuah upacara yang aneh. Iaitu sang guru dan si murid akan bersalaman membelakang diri, tidak bertembung muka.
Syarat yang mesti dipatuhi ialah si murid tidak boleh menetap lebih hulu daripada gurunya dan tidak boleh berjumpa selama tiga tahun. Apakah sebabnya sedemikian?
Namun, masa berubah. Hari ini tidak ada lagi syarat-syarat sedemikian di dalam persatuan-persatuan silat. Tetapi menurut rasa Alter Terahsia Bangsa Melayu, ada kemungkinan perguruan begini masih wujud di kalangan orang- orang tertentu sahaja iaitu pemegang amanah ilmu tua Melayu.
Menurut beberapa orang yang Alter Terahsia Bangsa Melayu pernah temui, orang- orang Melayu mewarisi ilmu yang disebut ilmu tua. ilmu ini tidak dimiliki oleh orang-orang Arab. Apabila orang-orang Arab berdakwah, banyaklah ilmu tua ini dikatanya haram walaupun tiada unsur syirik.
Maka itu, pemegang-pemegang amanah ini merahsiakan diri. Pernah suatu ketika golongan ini muncul pada peristiwa 13-Mei. Terbeliak mata bangsa lain melihat kehebatan ilmu orang-orang Melayu ini.
Apa tidaknya, merangkak lagak Spiderman di bangunan-bangunan sekitar Chow Kit.
Amanat Alter Terahsia Bangsa Melayu, telanlah sifat Melayu ini yang dicipta sedemikian rupa. Kita adalah golongan Keshatriya yang bakal membela agama.
Kita disimpan di penjuru dunia yang paling hujung serta di kepulauan yang berselerak ini. Ada sebabnya iras kita tidak seperti orang benua India dan orang benua China.
Ada sebabnya kita berdaulat dan Islam. Ada juga sebabnya kita dikurniakan ilmu tua. Belajarlah dari guru-guru pondok buruk di kampung tuan- tuan..
No comments:
Post a Comment