Sunday, July 18, 2010

Cara Menuntut Agama

Salam.

kadang kadang kita jumpa orang berserban besar dan berdahi hitam di jalanan apabila ditanya mengenai ilmu hadith, kadang kala langsung tak tahu. Kadang kadang perkara ini melibatkan mereka yang kononnya ustaz.

Oleh itu, Apa sahaja yang anda dengar dari Ustaz sekali pun perkara itu kecil dan remeh, anda hanya perlu bertanya:

1) Dari manakah Ustaz ambil tentang apa yang Ustaz cakap ini dan apakah sumbernya kitabnya?
2) Bolehkah Ustaz menyertakan dalilnya sama ada dari Quran dan Hadith?
3) Adakah Hadith itu Sahih dan terdapat di dalam riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai, Tirmizi dan Ibn Majah ?


dan jangan lupa bahawa ;

“Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.

Hadith yang disebut diatas adalah Riwayat dua imam hadith, Abu Abdullah Muhammad bin Isma ’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhari dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kitab Sahihnya yang merupakan kitab yang paling sahih yang pernah dikarang iaitu Sahih Bukhari dan Sahih Muslim) . Juga ada di dalam kitab Sahih Al- Arbai'in Imam Nawawi Hadith no 1

Sekadar renungan ,

Cuma, hati hati lah, dalam menuntut ilmu. Takut sesat nanti! Salam.

No comments: