Asal usul dajjal
Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “ MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah SWT ke atas langit dan
ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga
halnya dgn Iblis yg di tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal;
ayahnya seorang yg
tinggi dan gemuk. Hidungnya
seperti Paruh burung.Sedangkan
Ibunya pula seorang perempuan
gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa
asal keturunan bapanya
ialah seorang Dukun Yahudi yg di
kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia
hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan
denganmakhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkanke
dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa keciltidak
diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Dajjal ialah orang yang buta
matanyasebelah kiri, lebat
(panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga danNeraka.
Nerakanya itu merupakan
Syurga dan Syurganya pula ialah
Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan
Dajjal yg disebutkan dalam
Hadis Rasulullahsaw,
diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan ; Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua..
pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakalamata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip- keliplaksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh
setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At- Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai
Tuhan. Adapun sebelum itu , kedua-dua tandayg terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang: Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah
wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-
Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda boleh
membaca terus dari buku).
Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawa Dajjal itu telah ada
dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah
permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama
dgn setahun dan hari kedua
sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satuminggu dan
hari-hari baki lagi sama seperti
hari-hari biasa.
Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: “Wahai
Rasulullah! Berapa lamakah ia
akan tinggal di mukabumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh
hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian
hari yg masih tinggal lagi (iaitu
37hari) adalah sama seperti hari
kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah
saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya
sembahyang sehari sahaja (iaitu
5waktu sahaja).
Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu
mesti mengira hari itu dgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.. ”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw,
ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu.
Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu
maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila
ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka
wajib kita sembahyang Asar.
Begitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan
Subuh seterusnya hingga habis
hari yg panjang itu sama
panjangnya dgn masa satu
tahun dan bilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak
bilangan sembahyang
setahun yg kita lakukan. Begitu
juga pada hari Kedua dan ketiga.
No comments:
Post a Comment