Wednesday, July 28, 2010

KEISTIMEWAAN SEORANG ISTERI

copied from : Wak Dol's notes

Mulianya seorang isteri disisi
Allah...

Dan betapa berharganya wanita
yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan
anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang
akan membantu mereka di
akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.......
Beruntungnya seorang wanita yg
ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang '
manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti
bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia
tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu
sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60
hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah
anak..jgn takut "kendur" atau
menggelebeh pulak..

Si suami pulak, jgn la berebut
dgn anak utk menyusu pulak..
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia
bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..

layan
lah suami.."offer" lah pada
suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn
isteri itu pahala..jangan buat
deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini
pulak..ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih.

Orang lelaki tak ada cuti dari
sembahyang..sembahyang wajib baginya dari
baligh sehingga habis
nyawanya..
Satu lagi berita gembira untuk
wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan
dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya
habis.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada
wanita,
jadi kenapa perlu takut nak
beranak?
Marilah kita pegang kepada tali
Allah.
Seandainya wanita itu mati
sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus
masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak
dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa
kubur.

Untuk peringatan semua wanita
yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya,
semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak
tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita
solehah akan
terperanjat dengan pahala extra
yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redho
suaminya pergi berjemaah di
masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga
tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya
kepada
suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di
akhirat.
Kalau seorang isteri asyik
merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan
dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai
tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa
anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi
dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan
syariat
Allah agar tidak derhaka
denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan
daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke
kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah
rusuk kiri lelaki supaya dia
hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan
lelaki dicipta untuk
mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki
untuk disayangi.

Woman was made from the rib
of man,
She was not created from his
head to top him,
Nor from his feet to be stepped
upon,
She was made from his side to
be close to him,
From beneath his arm to be
protected by him,
Near his heart to be loved by
him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu .
namun tak pula aku sanggup ke
nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap
belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu
yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua
ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang
masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

*perkongsian dari seorang sahabat ..

No comments: