Saturday, August 7, 2010

10 Sifat CalonSuami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah
lelaki yang mempunyai sifat-sifat
berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah
seorang lelaki yang mempunyai
sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya.
Menjaga solat fardhu, kerap
berjemaah dan solat pada awal
waktu. Auratnya juga sentiasa
dipelihara dan memakai pakaian
yang sopan. Sifat ini boleh dilihat
terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang
yang nampak tegas, tetapi
sebenarnya seorang yang lembut
dan mudah bertolak ansur.
Pertuturannya juga mesti sopan,
melambangkan peribadi dan
hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan
maruahnya. Tidak berkunjung ke
tempat-tempat yang boleh
menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan
tugas yang diberikan dan tidak
menyalahgunakan kuasa dan
kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak
kedekut. Tahu membelanjakan
wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak
melihat perempuan lain yang lalu
lalang ketika sedang bercakap-
cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak
mengamalkan cara hidup bebas
walaupun dia tahu dirinya
mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan
yang baik. Rakan pergaulan
seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah
dia dengan keluarga dan ibu
bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira
semasa bercakap atau membuat
kerja atau masa kecemasan.

No comments: