Friday, August 6, 2010

Hadis hari ni

Daripada Aisyah r.a. pula,
katanya: "Rasulullah s.a.w. itu
sama sekali tidak pernah
memukul dengan tangannya,
baik terhadap seseorang wanita
ataupun khadamnya, melainkan
di waktu beliau s.a.w. sedang
berjihad fi-sabilillah (yakni di
medan pertempuran melawan
kaum kafir). Tidak pernah pula
beliau s.a.w. itu terkena sesuatu
yang menyakiti, lalu memberikan
pembalasan kepada orang yang
berbuat terhadap beliau itu,
kecuali jikalau ada sesuatu dari
larangan (larangan Allah yang
dilanggar), maka beliau
memberikan pembalasan kerana
mengharapkan keredhaan Allah
Ta'ala."
(Riwayat Muslim)
Oleh itu janganlah kita
menyimpan dan membalas
demdan terhadap orang-orang
yang telah menyakiti kita,
samada secara fifikal atau
perasaan. Maafkan lah mereka
seperti yang Allah SWT berfirman
dalam ayat 133-134, Surah Ali
Imraan yang berikutnya:
ْاوُعِراَسَو
ىَلِإ
ٍةَرِفْغَم
نِّم
ْمُكِّبَّر
ٍةَّنَجَو
اَهُضْرَع
ُتاَواَمَّسلا
ُضْرَألاَو
ْتَّدِعُأ
َنيِقَّتُمْلِل
Dan segeralah kamu kepada
(mengerjakan amal-amal yang
baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) Syurga yang
bidangnya seluas segala langit
dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang bertaqwa;
َنيِذَّلا
َنوُقِفنُي
يِف
ءاَّرَّسلا
ءاَّرَّضلاَو
َنيِمِظاَكْلاَو
َظْيَغْلا
َنيِفاَعْلاَو
ِنَع ِساَّنلا
ُهّللاَو
ُّبِحُي
َنيِنِسْحُمْلا
Iaitu orang-orang yang
mendermakan hartanya pada
masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan
kemarahannya, dan orang-orang
yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah
mengasihi orang-orang yang
berbuat perkara-perkara yang
baik;
Wallahu'alam

No comments: