Monday, August 9, 2010

Apa ada pada Ijtimak?

(Hamka, tulislah sikit pasal ijtimak, kata korang yang buat aku kata: yelah, aku tulislah ni, lalu jari menari di keyboard, Chewah..., gaya laksana seorang blogger yang perasan blognya ramai orang baca-apa-apalah!)

Satu hari tu, di zaman kubur Nabi masih merah tanahnya, bertanyalah Abu Bakar Ra kepada anaknya merangkap isteri nabi iaitu Aisyah R.aha. akan soalan:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang ayah belum amal?”

Perghh, dahsyat, soalan tahap tinggi macam ni memang sesuai sekali di tanya oleh orang macam Abu Bakar Ra, lantas Aiyah terpaksa termenung panjang fikir dalam dalam akan apa Sunnah Nabi yang ayah dia belum amal, susah jugak nak jawab soalan camni, sebab Abu Bakar dah ikut semua Sunnah Nabi, sekarang nak check, kot kot ada sunnah yang tertinggal…

Hmmm, aku pulak yang termenung panjang, bukan apa, Cuba korang bandingkan dengan ustaz ulamak zaman sekarang, dan cuba yanya mereka soalan yang sama, iaitu:

“Sunnah Nabi yang manakah lagi yang Ustaz belum amal?”

Tak payah aku fikir panjang, zasss, terus aku bagi jawapan, janggut takde, misaim melintang, seluar labuh cecah lantai, serban takde ekor, mata tak bercelak, makan pakai sudu, solat berjemaah tak istiqamah, masuk tandas tak tutup kepala, dakwah rumah ke rumah tak buat, takut iktikaf di masjid, kayu sugi rasa jijik, arghhh, banyak lagi ler.., korang fikirlah sendiri.. itu baru Tanya ustaz, cuba Tanya aku, lagi teruk.. hampeh!

Sambung balik, maka Aisyah r.aha bagitahu ada satu sahaja sunnah Nabi yang ayah belum amal (satu jer! perghh) iaitu, Nabi sebelum subuh, akan bagi makan pada satu orang tua yahudi buta dihujung kampong…

Maka bertolaklah Abu Bakar RA ke hujung kampong dengan niat nak ikut sunnah Nabi Muhammad SAW, waktu bagi makan, orang tua yahudi buta tu Tanya, lebih kurang cerita:

“anak ni siapa?”

Jawab Abu Bakar: “orang sama” sebab Abu Bakar takut jika orang tu tahu orang lain yang suap makanan nanti panjang cerita pulak, tapi orang tua tu dah tahu rupanya, lalu jawab:

“kau bukan orang yang sama”

Pelik bagi Abu Bakar, camna pakcik ni tahu aku bukan orang yang sama?, lalu Abu bakar RA tanya pakcik tu camne pakcik boleh tahu eden ni bokan orang yang samo? Lalu menjawablah soalan akan pakcik tu dengan satu jawapan yang buat Abu Bakar RA menangis..

Kata pakcik tua yahudi buta tu:

Orang dulu, dihancurkan dulu makanan sebelum suap, ni kau suap seketul macam tu, dah tentu engkau bukan orang yang sama..”

Menangisnya Abu Bakar kerena belum berjaya ikut Sunnah nabi 100%, dan mengakulah Abu bakar bahawa beliau adalah khalifah islam yang baru, orang yang suap makanan kat Pakcik dulu tu adalah Nabi Muhammad SAW…

Menangislah pulak pakcik tu terkejut dengar jawapan Abu bakar RA lalu terbongkarlah segala cerita yang mana menurut pakcik tu waktu orang dulu sedang suap makanan, beliau selalu caci Nabi Muhammad sebagai gila dan sesat lalu menasihati ‘orang dulu’ supaya jangan ikut Nabi Muhammad SAW padahal orang yang di caci itulah yang menyuapnya makanan sampai pakcik tu kenyang dan dampai orang dulu tu wafat..

Maka di waktu dan ketika itu juga, terus pakcik Yahudi buta tu mengucap dua kalimah syahadah dan terus masuk islam..

Moral of the story, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Aku ulangi:
Dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****

Sekarang aku nak tanya pada korang semua, akan sunnah Nabi manakah lagi yang korang belum amal?

Jawab, jangan tak jawab!

Ada banyak! Tak perlu aku tulis kat sini, korang jawab sendiri waktu nak tidur karang, sekarang, aku nak tulis satu sahaja Sunnah nabi yang besar yang kita tak buat sebab tak perasan iaitu:-

Kumpul semua ummat islam di satu padang dan bagi khutbah serta kerja ugama!

Susah nak cakap, perkara ni berlaku di saat akhir sebelum wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul, khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para sahabat, ada riwayat 144 ribu..
Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan ugama, hingga sekitar 10 ribu sahaja kubur sahabat di sekitar Mekah dan Madinah, mayat sahabat yang lain, berselerak di dalam bumi di seluruh dunia.. menitiskan air mata dan darah di hujung hujung dunia atas maksud ugama…

Jadi aku nak Tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal sunnah ni?

Bila kita boleh amal sunnah ni, wahai Ustaz?

Jawab sorang ustaz tu, kita akan buat ni bila kita dah berjaya perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, waktu tu dengan pemimpin islam yang sejati, maka masyarakat akan jadi beriman dan kita akan buat Muktamar secara besar besaran, dan kita akab bentuk jemaah jihad ke Palestiin, Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena serang dengan FRU, lagipun sekarang tak sesuai berkumpul, sebab virus H1N1 sedang merebak.. blab la bla itu ini begitu begini..

Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak menyedapkan jalan cerita.., dahlah tu Ustaz, betul jugak apa yang ustaz cakap tu, Cuma saya nak cakap, tak payah rasanya kita nak tunggu vaksin untuk virus H1N1 ditemui atau nak tunggu Kerjaaan sekarang jatuh, sebab bulan julai ni, bertempat di kuaters KLIA, akan dibuat satu perhimpunan ummat islam sedunia yang mana ramai ulamak akan datang, dan di jangkan 144 ribu ummat islam akan datang, khutbah akan di bagi dan kerja ugama akan diajar, dan jemaah akan dikeluarkan ke seluruh dunia,

Boleh InsyAllah?

Ok, cerita ni ditulis selepas ijtimak, 1000 jemaah telah di keluarkan sebelum dan selepas ijtimak, kedatangan ummat islam pulak adalah 200 ribu lebih, melimpah ke luar khemah, ulamak dunia ramai yang datang dan turut hadir adalah PM najib, Timbalan PM, Mufti, Yang Di pertua, MB-MB, dan ustaz ulamak, blogger jugak ramai yang datang..alhamdulillah.. ramia ustaz ulamak bagitahu pada aku terasan macam duduk padang Arafah.., SubhanAllah..

Maka bersyukur pada Allah Tuhan seru sekalian Alam, kerana pada hari ini, Sunnah Nabi yang besar dan memerlukan kerja sama ummat islam dari seluruh dunia telah berjalan dengan jayanya..

Dan Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat.. dan dari tapak ijtimak itu aku telah lihat ramai yang dapat hidayat, sebagai contoh seorang doctor pakar di kawan peruamahan aku, lepas pulang dari ijtimak, semalam dia yang call aku ajak pergi berdakwah dari pintu ke pintu, SubhanAllah.. ada jugak orang PAS dan orang UMNO yang sebelum ni kutuk mubaligh dari India sekarang mulai mengubah paradigmanya..

Sekali lagi, Moral of the strory, dalam kita ikut Sunnah Nabi, insyAllah akan ada orang yang dapat hidayat..

Habis sampai situ..

*****


Cerita cerita sekitar Ijtimak secara ringkas.

Ada sorang Hamba Allah ni yang belum pernah bermujahadah tidur di jalan Allah, mengadu pada aku akan cuaca yang panas, aku cakap kau doalah, lepas dia doa, terus angin datang buat dia terharu.., lepas tu dia mengadu pulak banyak debu, aku nasihat, supaya sabar sebab debu debu yang melekat pada anggota orang yang keluar jalan Allah, diharamkan api neraka berserta asapnya, tapi dia tak sabar, dan berdoa jika hujan turun sekejap, itu yang terbaik, lepas dia doa, tak lama kemudian, hujan turun sekejap, sekali lagi dia terharu..

Aku pulak teringat kisah sahabat di jalan Allah, yang mana apabila bertanya kepada Nabi adakah cuaca yang panas akan menambah pahala di jalan Allah, maka Nabi benarkan pertanyaan itu, lalu tiba tiba seorang sahabat yang lain berkata, oh, kenapa cuaca begitu panas? Lalu sahabat ini bagitahu, “aku yang berdoa kepada Allah, suapa cuaca lebih panas agar kita dapat pahala lebih” Wallahulam…

Cerita lain, Aku dah lama nak jumpa saudara islam dari Negara lain, aku solat kat khemah cina dan borak dengan mereka, seronok dan terharu sebab jumpa saudara seugama walaupun berlainan bahasa, paling terharu jumpa rakan rakan yang bisu, ada juka aku dengar khutbah dekat dengan khemah orang bisu, di situ ada kebesaran Allah dalam dunia yang sepi sunyi, SubhanAllah..

Cerita lain, yang paling mujahadah kat tapak ijtimak adalah waktu nak berak, orang yang ramai dan air yang tak cukup yang mana kawan kawan aku dari kemaman terengganu yang bertugas khidmat di tandas terpaksa menghalau orang ramai yang mandi!!

“Tuan tuan, jangan mandi lagi dan yang mandi berhentilah mandi, sabarlah beberapa hari, air hanya untuk wudhu dan bersuci sahaja, jika nak mandi, mandi kat shurga, kat sana ada tujuh sungai”

Tersengih aku dalam tandas dengar kawan aku cakap macam tu..

Lepas tu keluar tandas, tiba tiba dari tandas sebelah keluar tangan manusia dari bawah pintu sedang memegang bekas yang kosong laksana pemintak sedekah, tapi ini real punya, cawan tu bukan nak mintak duit tapi nak mintak air…

Waktu makan, terharu sungguh apabila melihat kawan kawan aku yang pertama kali datang bermujahadah sanggup makan dalam satu talam, padahal mereka berbeza fahaman politik, UMNO, PAS, KEADILAN, bersetuh jari jari tangan menhabiskan sisa sisa makanan tanpa ada jijikpun.. oh terharu sungguh…

Ok, banyak cerita, cukuplah sebab aku rasa tak perlu reapeat apa yang blogger lain dah tulis..

Last, aku nak bagitahu pada semua orang surat khabar, contohilah Utusan Malaysia, sebab pandai betul mereka buat bisnes, bukan apa, bila dah ada perhimpunan melibatkan ribu ribu manusia, terus Utusan letak sebagai muka hadapan tajuk utama, kemudian ada pulak tulis, “lagi gambar kat dalam” maka banyaklah geng geng aku beli akhar Utusan hari tu (termasuk aku) sebab nak tengok gambar kot kot ada yang kenal atau ada muka sendiri, padahal sebelum ni jangan harap nak beli, tapi hampeh, dalam akhbar“lagi gambar kat dalam” tu hanya ada dua keping jer gambar, ada yang aku kenal, gambar Yang dipertua, tapi dia tak kenal aku..ish ish ish.. Apa-apalah..

Ok, last sebab tak puas hati dengan Utusan Malaysia letak gambar sikit sangat, aku post kat sini gambar yang aku ambik dengan kamera murah aku…





Ps: Gambar tangan dengan no 8 tu macam kenal kan?

No comments: