Lalang…tumbuhan yang kita
anggap sebagai tumbuhan
glamour tapi nampak semak,
serabut … Walaupun glamour
namun tak ada sesiapa yang
meminatinya. Namun setelah
saya membuat pemerhatian,
berikut adalah sifat dan sikap
lalang yang boleh kita jadikan
motivasi.
Orang dulu-dulu pernah menbuat
pesanan, jangan jadi macam
lalang, terlentok-lentok di tiup
angin macam orang tak ada
pendirian. Ikut resam padi, makin
berisi, makin tunduk. Hakikatnya,
padi menunduk bukannya sebab
apa. Tapi tak larat nak angkat diri
sebab beratnya bebanan yang
ditanggung. Padi juga bila ditiup
angin, biasanya akan tunduk
terus sehinggakan sawah tidak
lagi kelihatan menarik. Bahkan
kalau dilanda angin yang lebih
kuat, pokok padi akan rosak
sama sekali. Tapi mari kita lihat
lalang …..
Lalang memanglah terlentok-
lentok apabila ditiup angin,
namun ianya tidak menentang
angin, ianya mengikut arus
angin. Ia serupalah seperti
menghadapi cabaran demi
cabaran. Lalang biasanya kekal
berada pada asasnya walaupun
pokok-pokok besar tumbang
dilanda badai. Lalang akan
kembali tegak seperti biasa
selepas tiupan angin berhenti.
Semua tekanan diserap dengan
baik, dan lalang kembali hidup
seperti biasa. Lalang mungkin
takde pendirian yang tetap, tapi
normallah bagi setiap hamba
Allah. Pasti inginkan perubahan
bergantung pada suasana
cabaran.
Lalang sukar dimusnahkan. Angin
cuma membuatkan ianya
terlentok-lentok. Membakar satu
kawasan yang penuh dengan
lalang mungkin jalan yang baik,
tetapi anda pasti akan dimarahi
oleh pihak bomba yang prihatin
dengan lalang. Lagipun, generasi
lalang yang baru akan tumbuh
kembali sebaik sahaja tanah yang
panas membakar itu sejuk
kembali. Serupalah juga dengan
meracun lalang…. ianya boleh
dianggap satu kerugian kerana
generasi lalang yang baru akan
tumbuh semua.
Lalang juga tak punya musuh
yang ramai. Mungkin cuma
manusia sahaja yang
memusuhinya tapi manusia
taklah seberani mana. Manusia
mana yang berani menempuh
padang lalang untuk cari jalan
dijadikan shortcut, kalau ada pun
pasti masyarakat sekitar
mengangap manusia itu buang
tabiat. Bukan sahaja pokok lalang
itu yang menjadi kesukaran, di
bawah semak lalang itu pun pasti
menjadi bahaya jika manusia
cuba menempuh padang lalang
tersebut. Saya juga difahamkan,
lembu tidak berminat
menjadikan lalang santapan
rasmi memandangkan lalang
memiliki sisi tepi yang sangat
tajam. Lebih tajam dari pisau.
Anda boleh cuba mencabut
lalang dan akarnya dari tanah.
Pertahanan lalang sangat jitu,
bukan sahaja tangan dan jari
jemari luka. Bahkan ingin
mencabut lalang bukan tugas
yang easy. Kebiasaannya akar
lalang berjaya dicabut berserta
dengan gumpalan tanah yang
penuh melekat pada setiap akar
yang bersirat. Ia menjadi
jawapan, kenapa lalang tidak
tercabut bila dilanda badai yang
kuat. Akar yang bersirat itulah
menjadi pusat pertahanan untuk
lalang.
Lalang boleh hidup di mana
sahaja, juga boleh hidup dalam
suasana yang ekstrem. Namun
jika anda perhatikan, lalang
kebiasaannya akan memilih
tempat untuk membiak.
Kebiasaannya lalang biasanya
tumbuh di kawasan subur yang
diabaikan oleh manusia. Jika
kawasan subur itu telah
diusahakan, ada juga lalang yang
tumbuh tetapi ianya boleh
dikatogorikan sebagai golongan
degil. Saya pernah melihat lalang
tumbuh subur di dalam pasu
bunga yang diabaikan. Lalang
cuma menggunakan angin untuk
membiak dan memindahkan
generasi baru ke tempat lain. Ia
adalah satu medium penyebaran
yang bagus dan membuktikan
lalang boleh jadi kekasih yang
setia. Setia pada angin.
Itulah lalang yang tidak
mendapat tempat di hati kita
sebagai manusia. Oh ya. Ada
pihak sengaja menanam lalang
untuk menyuburkan tanah.
Selepas ini, jika akan insan yang
menyamakan anda dengan
lalang …. bergembiralah. Lalang
penuh dengan motivasi dan jati
diri yang bagus.
Sumber:
langkahmindapositif.com
No comments:
Post a Comment