Saturday, August 7, 2010

SUSAHNYA MENJADI WANITAISLAM

Ada kaum wanita berkata,,,
“ susah menjadi wanita ISLAM”.
Lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah
dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari
suaminya apabila mau keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang
dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau
warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi
kesusahan mengandung dan
melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada
suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan
bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah
kerana masalah haid dan nifas
yang tidak dialami lelaki.
PERNAHKAH KITA BERFIKIR
SEBALIKNYA …??
Aurat serta perhiasan wanita
adalah suatu yang sangat mahal
dan berharga …
makanya..
Benda yang mahal harganya akan
dijaga dan dibelai serta disimpan
di tempat yang teraman dan
terbaik. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiarkan
terserak, bukan? Itulah
bandingannya antara seorang
muslimah dgn pompuan jalanan.
Satu:
Wanita perlu taat kepada suami,
tetapi lelaki pun wajib taat
kepada ibunya 3 kali lebih utama
dari bapaknya. Bukankah ibu
adalah seorang wanita?
Dua:
Wanita menerima pusaka atau
warisan kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka
atau warisan, ia akan
menggunakan hartanya untuk
isteri dan anak-anaknya.
Tiga:
Wanita perlu bersusah payah
mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia
didoakan oleh segala makhluk,
malaikat, dan seluruh makhluk
Allah di muka bumi ini, dan
matinya jika saat melahirkan
adalah syahid.
Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki
akan mempertanggungjawabkan
4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak
perempuannya, dan saudara
perempuannya.
Lima:
Seorang wanita pula, tanggung
jawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak
lelakinya dan saudara, lelakinya.
Enam:
Seorang wanita boleh memasuki
pintu syurga melalui pintu
manapun yang disukainya cukup
dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat pada suaminya
dan menjaga kehormatannya.
Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi
berjihad fisabilillah tetapi wanita
jika taat pada suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH, ia akan turut
menerima pahala seperti pahala
orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu
mengangkat senjata.
MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada
wanita, kan?
Bagaimana ……? Masih merasa
tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang
Muslimah!!!^_^
Nukilan
Sarahah Rahman Mawar Berduri

No comments: