Friday, August 6, 2010

PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFATSABAR

14 PANDUAN MENGEMBANGKAN
SIFAT SABAR
--------------------------------------------------------------------------------
Jangan terlalu memikirkan
mengenai masalah, sakit kepala
dan kesakitan serta
mengharapkan simpati dan
perhatian daripada orang lain.
Terimalah hakikat bahawa lebih
banyak perhatian yang anda
berikan kepada perkara-perkara
ini lebih teruklah keadaan anda
nanti. Semua perkara akan
menjadi kelam kabut dan hati
anda terluka dan berasa tidak
sabar kerana orang lain tidak
ambil peduli.
Jangan fikir anda harus
menunjuk kepada orang lain
bahawa anda berada dalam
keadaan yang betul dan dapat
memenangi hati mereka dalam
setiap perkara yang anda
lakukan.
Terimalah hakikat betapa
sukarnya untuk menyenangkan
hati setiap orang pada setiap
masa. Pastikan bahawa anda
bersikap adil dan wajar dan
biarkan masa menentukannya.
Jangan fikir anda mengetahui
benar apa yang terbaik untuk
orang lain.
Terimalah hakikat sementara
anda boleh terus cuba memujuk,
tetapi akan menimbulkan
kesusahan untuk mengharapkan
mereka melakukan apa yang
anda hendakkan. Ini tentunya
mencetuskan ketidaksabaran ke
atas kedua-dua pihak.
Jangan memikirkan bahawa
kerana terdapat mereka yang
tidak bersetuju dengan anda,
mereka bersifat tidak wajar
terhadap anda.
Terimalah hakikat bahawa
manusia berhak kepada
pandangan yang dikemukakan.
Anda mengharapkan mereka
membenarkan anda mendapat
hak yang sama itu.
Jangan fikirkan mengenai semua
perkara buruk yang akan berlaku
ke atas diri anda.
Terimalah keadaan bahawa
setiap orang mempunyai masa
rehatnya. Cuba lihat di luar
daripada diri anda.
Bersimpati terhadap orang lain
akan membantu anda bersifat
lebih sabar.
Jangan fikirkan bahawa sifat
yang tidak menentu itu
(moodiness) dalam diri
seseorang adalah terlalu penting.
Terimalah hakikat kadangkala diri
kita yang baik inipun boleh
mengalami sifat berubah-ubah
atau tidak menentu itu.
Hadapilah dengan tenang dan
cubalah kawal sifat berubah-
rubah diri anda itu.
Jangan fikir bahawa cita-clta dan
apa yang anda kehendaki adalah
terlalu penting.
Terimalah hakikat bahawa
wujudnya kesulitan jika terlalu
mengharapkan sesuatu perkara
dalam hidup, terhadap diri anda
dan orang lain. Jika anda terlalu
berharap, kedukaan dan
kekecewaan akan menjadikan
anda sedih dan berkelakuan
hilang sabar.
Sumber: The Psychologist
Magazine

No comments: