1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum
lelaki untuk menundukkan
pandangannya, sebagaimana
firman- NYA;
Katakanlah kepada laki-laki yang
beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga
diperintahkan kepada kaum
wanita beriman, ALLAH
berfirman;
Dan katakanlah kepada wanita
yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-
Nuur: 31)
2.Menutup Aurat; ALLAH
berfirman;
dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya,
kecuali yang biasa nampak
daripadanya. Dan hendaklah
mereka melabuhkan kain tudung
ke dadanya. (an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi,
katakanlah kepada isteri-
isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri- isteri
orang mukmin: Hendaklah
mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka. Yang
demikian itu supaya mereka lebih
mudah dikenali, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan
ALLAH adalah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. (an-Nuur:
59).
Perintah menutup aurat juga
berlaku bagi semua jenis. Dari
Abu Daud Said al-Khudri r.a.
berkata: Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki,
begitu juga dengan wanita
jangan melihat aurat wanita.
3.Adanya pembatas antara lelaki
dengan wanita; Kalau ada sebuah
keperluan terhadap kaum yang
berbeza jenis, harus disampaikan
dari balik tabir pembatas.
Sebagaimana firman-NYA;
Dan apabila kalian meminta
sesuatu kepada mereka (para
wanita) maka mintalah dari balik
hijab. (al-Ahzaab: 53)
4.Tidak berdua-duaan Di Antara
Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu
Abbas r.a. berkata: Saya
mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat)
dengan wanita kecuali bersama
mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin
Samurah berkata; Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan
dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya.
(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi
dengan sanad yang sahih)
5.Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan): Seorang wanita
dilarang melunakkan ucapannya
ketika berbicara selain kepada
suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu
sekalian tidaklah seperti wanita
yang lain, jika kamu bertakwa.
Maka janganlah kamu tunduk
dalam berbicara (berkata-kata
yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada
penyakit di dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini
adalah beberapa etika yang
diperintahkan oleh ALLAH kepada
para isteri Rasulullah SAW serta
kepada para wanita mukminah
lainnya, iaitu hendaklah dia kalau
berbicara dengan orang lain
tanpa suara merdu, dalam
pengertian janganlah seorang
wanita berbicara dengan orang
lain sebagaimana dia berbicara
dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir 3/350)
6.Tidak Menyentuh Kaum
Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin
Yasar r.a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik
daripada menyentuh kaum
wanita yang tidak halal baginnya.
(Hadis Hasan Riwayat Thabrani
dalam Mujam Kabir) Berkata
Syaikh al-Abani Rahimahullah;
Dalam hadis ini terdapat
ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita
yang tidak halal baginya. (Ash-
Shohihah 1/448) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita
meskipun dalam saat-saat
penting seperti membaiat dan
lain- lainnya. Dari Aishah berkata;
Demi ALLAH, tangan Rasulullah
tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. (Hadis Riwayat
Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan
lelaki dan wanita selain mahram,
yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau
sebahagiannya saja akan menjadi
dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu
Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW
bersabda: Sesungguhnya ALLAH
menetapkan untuk anak adam
bahagiannya dari zina, yang pasti
akan mengenainya. Zina mata
dengan memandang, zina lisan
dengan berbicara, sedangkan
jiwa berkeinginan serta
berangan- angan, lalu farji yang
akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis
Riwayat Bukhari, Muslim & Abu
Daud) Padahal ALLAH SWT telah
melarang perbuatan zina dan
segala sesuatu yang boleh
mendekati kepada perbuatan
zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati
zina, sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji
dan jalan yang buruk. (al-Isra:
32)
No comments:
Post a Comment