Oleh Ustaz Nidzam Abdul Kadir
1. Kalau Nabi Muhammad s.a.w.
tidak bermazhab, kenapa kita
perlu bermazhab?
2. Persoalan ini sering kali
menghantui segelintir umat
Islam.
3. Mazhab ialah kefahaman para
ulama. Apabila disebut mazhab
Syafii, ia adalah kefahaman
Imam Syafii dan ulama kemudian
yang mengikut gaya kefahaman
beliau dalam memahami nas al-
Quran dan hadis Nabi s.a.w.
Begitu juga dengan mazhab yang
lain.
4. Apakah perlu bermazhab?
Sebenarnya tidak perlu jika kita
mempunyai kemampuan untuk
berijtihad secara langsung
daripada al-Quran dan hadis. Jika
tidak, seeloknya mengikut
kefahaman para ulama.
5. Contohnya dalam keinginan
untuk makan kek. Bagaimana
caranya untuk mendapatkan kek
tersebut. Pertama dengan
membeli bahan mentan seperti
tepung, gula, telur dan
sebagainya. Kemudian diproses
masak hingga menjadi kek.
Kedua dengan terus membeli kek
di kedai.
6. Bagi yang mampu, silalah
untuk membuat kek sendiri. Jika
tidak, belilah kek di kedai.
7. Kenapa perlu bermazhab?
Antaranya :
- Ketidakmampuan memahami
nas al-Quran dan hadis secara
menyeluruh. Bahasa Arab pun
tidak dikuasai, bagaimana
kemampuan untuk
memahaminya dengan baik.
- Kekangan masa untuk
berijtihad. Masing-masing ada
tugasan dan urusan yang lain.
- Hukum mazhab masih
berdasarkan nas al-Quran dan
hadis. Kalau dikaji setiap hukum,
sudah pasti ada hujah dan dalil.
- Mazhab mengalami saringan
dan perbahasan yang panjang.
Apa yang sampai sudah disaring
dengan baik.
- Mazhab penting dalam menjaga
perpaduan umat agar tidak
bertelingkah.
8. Cuma dalam bermazhab,
jangan dikuasai fanatik mazhab.
Hendaklah berlapang dada dalam
setiap perbezaan.
9. Nabi s.a.w. tidak bermazhab
kerana Nabi adalah sumber
syariah. Setiap mazhab masih di
bawah lingkungan syariah. Maka
tidak wajar disebut mazhab Nabi
s.a.w. kerana ini merendahkan
martabat Nabi kerana
menyamakan Nabi dengan para
ulama. Nabi lebih tinggi dan
utama daripada insan yang lain.
10. Jika tidak bersetuju dengan
sesuatu pandangan dalam
mazhab Syafii, tidak mengapa.
Kajilah dalil dan hujah yang lain.
Namun adab ikhtilaf hendaklah
dijaga.
11. Hari ini, para ulama masih
lagi bergantung kepada
kefahaman dalam mazhab yang
muktabar dalam memahami nas
syarak. Di Malaysia secara umum
bermazhab Syafii namun ia tidak
menghalang mazhab lain jika ada
kewajarannya.
tambahan saya
,
kata TGHH dulu ada pelbagai
mazhab..
Imam al Ghazali dan Imam an
nawawi layak mengadakan
mazhab mereka sendiri. Cuma
mazhab yg 4 lebih popular dan
dominasi.
jadi kalau nak berpegang mazhab
al Qaradhawi, Wahbah. Tak ada
masalah..
No comments:
Post a Comment