Saturday, August 7, 2010

Bila diugut...

Assalamualaikum...
Wahai sahabat² seagama
denganku …

Tolonglah ambil masa 3 minit
untuk membaca note ini....
3 Minit je, tak lama pun.. Kalau
lebih dua minit tu bukan
membaca la tu.. tapi mengeja.. ;-)

Mungkin ada yg pernah baca
kisah ni tapi tak salah kalau kita
ingatkan sekali lagi..

Dengan Nama ALLAH yg Maha
Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku
pada anda.....

Suatu hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di
hadiri oleh lebih kurang 1,000
jemaah... tiba-tiba masuk dua
orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian
hitam.. tak nampak apa cuma
dua biji mata and membawa
mesin gun... lalu salah seorang
lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI
kerana ALLAH sila berdiri di
tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki
itu maka segeralah bertempiaran
lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada
jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih kurang 20 orang
sahaja yang masih berdiri di
tempat masing-masing termasuk
Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka tutup mukanya lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil
berkata:


"Ok Pak Iman, saya dah halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang
bolehlah Pak Iman mulakan
sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut
berpaling dan meninggalkan
jemaah....


Macam mana..??
adakah anda rasa
lawak dgn cerita di atas?

selain
terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg
mengaku dia Islam hanya 20 yg
betul-betul BERIMAN... "

"Lawakkan berapa banyak
manusia yang mudah lupakan
ALLAH bila menghadapi bahaya...
"

kedua lelaki hanya membawa
mesin-gun.. dia tak kata pun nak
bunuh.. tapi generasi skrang..
amat lemah.. baru kena ugut
terus lari lintang pukang.. lupa yg
dia tak sembahyang jumaat
lagi...

Lawak, ada juga yang agamanya
cuma seminggu sahaja.. tu pun
bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat org kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali
aje.. bile time sembahyang
raya.....

Lawakkan, ramai orang percaya
kepada gosip dan apa yang di
tulis oleh surat khabar daripada
apa yang tercatit dalam al Quran

Lawak kan, berapa ramai yg
percaya dunia hanya sementara,
akhirat adalah tempat yang
kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia

Lawak, kita boleh bersembang
dgn boyfriend atau girlfriend
berejam-rejam tapi nak berdoa
kepada ALLAH alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita
boleh post banyak thread atau
note yang berunsur lawak jenaka
dan lucah kesemua tempat tapi
merasa berat nak berkongsi dan
nak hantar artikel2 yang
berunsur agama .

Lawak kan???

Kenapa? gelak tu kan realiti.. tapi
yg paling lawak sekali.. berapa
orang yang lepas baca benda ni
akan sampaikan kat orang lain...
berapa orang yang akan buka
thread ni untuk luangkan masa
membaca? berapa banyak????

Wallahualam…

No comments: