Nasionalisme adalah satu
konsep yang bercanggah
dengan ajaran Islam kerana ia
mengikat dan menyatukan
manusia atas dasar bangsa atau
keturunan, walhal satu-satunya
cara yang benar untuk mengikat
dan menyatukan umat Islam
adalah berdasarkan ikatan
akidah. Bersatu atas dasar jalur
keturunan atau bangsa jelas-
jelas diharamkan oleh Islam.
Abu Daud meriwayatkan
bahawa Rasullullah Sallallahu
‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Bukanlah dari kami orang-
orang yang menyeru kepada
assabiyyah, berperang atas
dasar assabiyyah dan mati
kerana (mempertahankan)
assabiyyah”.
Terdapat banyak peristiwa di
dalam sirah di mana Rasulullah
mencela mereka yang cuba
mempertahankan sikap
assabiyyah ini.Dalam satu
kejadian, sekumpulan Yahudi
merancang untuk memecahkan
kesatuan kaum Muslimin setelah
dengki melihat bersatunya Auz
dan Khazraj atas dasar Islam.
Mereka menghantar beberapa
orang pemuda untuk melaga-
lagakan Aus dan Khazraj dengan
mengungkit semula kisah
Perang Bu’ath di mana golongan
Aus berjaya mengalahkan
Khazraj.
Hasilnya terjadilah
perkelahian antara Aus dan
Khazraj dan hal ini kemudiannya
sampai ke pengetahuan
Rasulullah. Nabi dengan tegas
lalu bersabda,
“Wahai kaum
Muslimin, ingatlah kalian kepada
Allah, ingatlah kalian kepada
Allah! Kenapa kalian mengikuti
seruan Jahiliyyah, padahal aku
masih berada di tengah-tengah
kalian. Dan Allah sebelumnya
telah memberi petunjuk kepada
kalian dengan Islam,
memuliakan kalian dengannya,
memutuskan segala
kejahiliyyahan dari kalian,
menyelamatkan kalian dari
kekafiran dan menyatukan hati
kalian.”
Apabila mendengar
sabda Nabi ini, kaum Aus dan
Khazraj terus sedar bahawa
seruan Jahilliyah adalah tipuan
syaitan, dan salah satu dari
makar musuh Allah terhadap
mereka. Mereka terus menangis
dan berpelukan antara satu
sama lain. Peristiwa ini
merupakan asbabun nuzul Surah
Ali Imran (3):102-103. [Sirah Ibn
Hisyam].
At-Thabrani dan al-Hakim
melaporkan bahawa pada suatu
hari beberapa orang sedang
berbual tentang Salman al-Farisi
dengan merendah-rendahkan
bangsa Parsi berbanding bangsa
Arab. Apabila mendengar hal ini,
Rasulullah tersu bersabda,
“Salman adalah dari ahli al-bait
(keluarga Rasulullah).” Kata-
kata Nabi ini sebenarnya
memutuskan segala bentuk
ikatan berdasarkan keturunan
atau bangsa.
Dikisahkan juga
oleh Ibn Al-Mubarak di dalam
dua kitabnya, Al-Birr dan As-
Salah bahawa terjadi
perselisihan antara Abu Zar dan
Bilal, lalu Abu Dzar berkata
kepada Bilal, “Engkau anak
orang hitam.” Rasulullah amat
marah mendengar kata-kata
Abu Zar ini lalu bersabda,
“Engkau sudah melampau wahai
Abu Dzar. Orang yang
mempunyai ibu yang putih
langsung tidak ada kelebihan di
atas orang yang mempunyai ibu
yang hitam.” Kata-kata
Rasulullah ini memberi kesan
yang mendalam ke atas Abu
Dzar sehingga beliau
meletakkan kepalanya ke tanah
dan bersumpah tidak akan
mengangkat kepalanya selagi
Bilal tidak memijak kepalanya.
Peristiwa-peristiwa di atas
menunjukkan kepada kita
bahawa ikatan assabiyyah dan
wathaniyyah langsung tidak ada
tempat di dalam Islam. Kaum
Muslimin diperintahkan agar
bersatu atas dasar persamaan
akidah dan tidak membezakan
antara satu sama lain hanya
disebabkan oleh perbezaan
bangsa atau asal keturunan.
Rasulullah mengingatkan kita
bahawa kaum Muslimin adalah
umpama tubuh yang satu, jika
salah satu bahagian sakit maka
keseluruhan tubuh akan terasa
sakit. Ini bermakna setiap
Muslim tidak kira Arab, Melayu,
Cina, Turki, Kurdi, Pakistan dan
sebagainya adalah ummatan
wahidah dan kita tidak boleh
dibezakan antara satu sama lain
berdasarkan bangsa mahupun
tanahair.
Sesetengah orang mendakwa
bahawa Rasulullah
membenarkan assabiyyah
berdasarkan peristiwa hijrah di
saat Rasulullah bersabda
tentang Mekah dengan air mata
membasahi pipinya, “Engkau
(Mekah) adalah bumi Allah yang
paling aku sayangi.” Sebenarnya
kata-kata Nabi ini langsung
tidak ada kena-mengena dengan
assabiyyah (nasionalisme)
mahupun wathaniyyah
(patriotisme). Kesalahfahaman
ini timbul kerana hadis ini
selalunya tidak dibaca atau
dipetik secara sepenuhnya, yang
berbunyi, “Engkau (Mekah)
adalah bumi Allah yang paling
aku sayangi kerana engkau
adalah bumi yang paling Allah
sayangi”. Oleh itu, kecintaan
Rasulullah kepada Mekah adalah
kerana kedudukannya yang suci
yang Allah berikan dan
bukannya kerana Rasulullah
dilahirkan di sana. Setiap Muslim
justeru mesti cinta dan
sayangkan Mekah kerana bumi
ini adalah bumi yang paling
Allah sayangi dan hal ini
langsung tidak ada hubung-
kaitnya dengan nasionalisme
atau patriotisme!
No comments:
Post a Comment