Assabiyyah merupakan ikatan
yang mengikat bangsa Arab
Jahiliyyah sebelum kedatangan
Islam. Mereka sering bergaduh
serta berperang antara satu
sama lain semata-mata kerana
ingin mempertahan puak
masing-masing. Setelah
Rasulullah diutus, baginda terus
menghapuskan ikatan ini dan
menyatukan manusia di bawah
satu ikatan baru yang bukan
sahaja dapat mengikat bangsa
Arab,malah seluruh umat
manusia.Siapa sahaja yang
menyahut seruan Rasulullah,
maka terburailah semua ikatan
bangsa atau keturunan,walau
antara bapa dengan anak
sekalipun dan mereka hanya
bersatu di bawah ikatan yang
baru ini, yakni ikatan La ilaha
illallah Muhammad Rasulullah.
Ikatan akidah ini terus menjadi
asas kepada hubungan antara
Muslim selama beribu tahun,
dari zaman Muhammad
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
hinggalah ke zaman Khilafah
Uthmaniyyah. Islam telah
menyatukan bangsa Arab,
Barbar, Rom, Parsi, India dan
lain-lain dan menjadikan mereka
ummatan wahidah (umat yang
satu).Islam juga telah
mempersatukan manusia tanpa
mengira warna kulit, keturunan,
bahasa mahupun status sosial.
Semuanya disatukan
berdasarkan kalimah yang sama
dan digabungkan di bawah
negara yang sama (Daulah
Khilafah).Tidak diragukan lagi,
kalimah tauhid inilah yang telah
meruntuhkan semua sifat dan
sempadan assabiyyah serta
wathaniyyah yang telah
membelenggu manusia selama
ini. Dan ikatan suci tanpa
sempadan inilah yang pihak
kuffar Barat berusaha siang dan
malam untuk
menghapuskannya.
Dengan membelek lipatan
sejarah, kita akan dapati bahawa
pihak kuffar telah berusaha
berabad-abad lamanya untuk
menghancurkan Daulah Islam
yang telah dibina dan berdiri
kukuh di atas asas akidah yang
telah dibawa oleh Nabi
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Peperangan demi peperangan
tak kunjung padam, bermula
dari Perang Badar, Uhud,Ahzab,
Mu’tah, Tabuk, Yarmuk,
Qadisiyah, dan yang paling
panjang, Perang Salib. Namun,
semua usaha golongan kuffar
untuk memadamkan cahaya
Allah ini tidak mendatangkan
hasil. Kekuatan Daulah Islam
yang tiada taranya membuatkan
musuh-musuh Islam akur
bahawa Daulah Islam adalah
satu kuasa yang tidak akan
dapat dikalahkan.
Hal ini berlaku
tidak lain kerana kaum Muslimin
memerangi kuffar semata-mata
atas satu dasar yakni Islam.
Kaum Muslimin dulunya adalah
orang-orang yang hidup hanya
untuk Islam dan sanggup
menyerahkan jiwa dan raga
demi Islam, bukannya demi
assabiyyah atau wathaniyyah.
Bak ungkapan Khalid Al-Walid
kepada pihak musuh di dalam
satu peperangan “Orang-orang
yang bersamaku ini mencintai
mati (syahid) sebagaimana
kamu mencintai hidup.” Para
mujahideen ini berjuang dengan
penuh semangat, keberanian
dan keimanan demi
meninggikan kalimah Allah dan
bukannya berperang atas dasar
bangsa atau tanahair.
Setelah gagal mengalahkan
Daulah Islam, sebaliknya
tersungkur di dalam banyak
peperangan, golongan kuffar
mula mencari cara lain untuk
menghancurkan Islam. Akhirnya
mereka menemukan jalan
bahawa satu-satunya cara untuk
mengalahkan kaum Muslimin
adalah dengan memisahkan
mereka dari ajaran Islam yang
selama ini telah sebati dengan
kaum Muslimin.
Mereka yakin
bahawa hal ini akan dengan
sendirinya meruntuhkan Daulah
Islam dari dalam. Dalam satu
sidang House of Commons,
Perdana Menteri Britain
berketurunan Yahudi, Benjamin
Disraeli pernah mengatakan,
“Kaum Muslimin tak akan dapat
dikalahkan sampai bila-bila
sehingga ini dicabut dari
mereka”, sambil jarinya
menunjuk kepada Al-Quran.
Inilah hasrat dan cita-cita
mereka dan mereka benar-benar
melaksanakannya. Agenda
untuk memasukkan racun
assabiyyah ke tubuh kaum
Muslimin telah diberi perhatian
serius oleh mereka.Mereka mula
mengirim para muballigh
(missionaries) ke dalam Daulah
Islam kononnya untuk ‘ilmu dan
kemanusiaan’ walhal tujuan
sebenarnya adalah untuk
menanam benih perpecahan di
tengah-tengah jantung Daulah.
Malangnya Daulah tidak dapat
menghidu perkara ini, lalu
membenarkan kemasukan
missionaries ini. Walaupun
mengalami kesukaran di
peringkat awal, namun
akhirnya, benih yang ditanam
mula mengakar umbi dan hidup
di dalam tubuh Daulah dan terus
tumbuh sebagai parasit yang
menjahanamkan perumahnya
sedikit demi sedikit.
Melalui gerakan missionaries
inilah, golongan kuffar berjaya
di dalam makar mereka untuk
memecahbelahkan umat Islam
dan Daulah Islam dengan api
assabiyyah dan wathaniyyah
yang mereka hembuskan. Kaum
Muslimin benar-benar terasuk
dengan pemikiran kufur,
mengalami perpecahan dan
terlibat dengan perbalahan serta
pergaduhan sesama sendiri
yang tidak pernah mereka alami
sebelum ini.
Mereka mula
membenci sesama sendiri dan
tidak dapat menerima
pemerintah yang bukan dari
bangsa mereka. Mereka merasa
seolah-olah ditindas dan
dizalimi oleh pemerintah
berbangsa asing,walhal
kesemuanya adalah Muslim.
Mereka mula menyanjung dan
memuja pemikiran-pemikiran
dari Barat yang kononnya
membawa kebebasan dan
kemajuan. Dengan racun
nasionalisme dan patriotisme
yang sudah menular di badan,
maka muncullah perjuangan
untuk memerdekakan diri
sebagai satu bangsa bagi
menubuhkan negara sendiri
yakni negara yang berdiri atas
asas bangsa. Dari sini muncullah
pejuang-pejuang kebangsaan
(yang sebenarnya adalah agen
British) seperti Mustafa Kamal,
Syarif Hussein beserta kedua
anaknya Faizal dan Abdullah
yang hakikatnya ditaja dan
dibiayai oleh British untuk
menjatuhkan Daulah Khilafah.
Akhirnya, melalui perjuangan
assabiyyah dan wathaniyyah
yang dilancar tanpa henti,
tumbanglah sebuah Daulah
Islam yang selama ini
menyatukan kaum Muslimin
atas dasar ‘La ilaha illallah
Muhammad Rasulullah’ dan
bermulalah pemerintahan
negara-bangsa yang terpecah-
belah dan terdiri dari pemimpin
yang kebanyakannya adalah
agen Barat.
Wahai kaum Muslimin! Baik dari
segi sejarah mahupun apa yang
sedang kita saksikan sekarang,
ikatan assabiyyah dan
wathaniyyah ini telah terlalu
banyak membawa malapetaka
dan perpecahan kepada umat
Islam. Perasaan-perasaan kufur
ini boleh disifatkan sebagai
sebuah time-bomb (bom
jangka) yang boleh meletup
pada bila-bila masa sahaja
apabila ianya diusik. Selagi
ikatan kufur ini tidak
dihapuskan ke akar umbinya,
selagi itulah lingkaran kekufuran
akan terus menguasai dunia
Islam.
No comments:
Post a Comment