Umumnya masyarakat Islam atau
lebih tepat lagi 98 % berfikiran
kolot tentang makhluk bernama
DAJJAL serta saat-saat
kemunculannya. Apakah yang
dimaksudkan dengan KOLOT?
Apakah kaitannya dengan
masyarakat Islam?KOLOT
bermaksud ‘jumud‘ atau
ketinggalan zaman atau lebih
tepat lagi ‘cara lama‘. Manakala
‘Berfikiran Kolot’ pula ialah
memikirkan sesuatu perkara
dengan ‘cara lama’ (old style)
dan langsung tidak
memperbaharuinya.
Sebagai contoh, sepasang suami
isteri Muslim yang berpendidikan
tinggi dan moden mendapati
anak mereka sakit demam yang
berpanjangan walaupun sudah
banyak kali berjumpa doktor.
Tanpa berfikir panjang mereka
mengesyaki anak mereka terkena
sampuk syaitan atau perbuatan
orang yang mana kebetulan juga
mereka tidak berapa baik dengan
jiran sebelah rumah.Maka
pasangan tersebut telah
membawa anak mereka
berjumpa bomoh.
Memandangkan pasangan
tersebut orang kaya, maka
adalah sukar seorang bomoh
untuk mengatakan ‘anak mereka
sakit biasa saja’, peluang terbaik
untuk mendapat income lebih
ialah mengatakan ‘anak anda
kena buatan orang’.Itulah cara
pemikiran kolot orang Islam,
sudah belajar tinggi-tinggi masih
mencari bomoh yang tiada sijil
SIRIM itu. Begitulah juga tentang
hal ehwal Dajjal.
Umat Islam masih memikirkan
Dajjal seperti berikut ;
A. Gambaran paling kolot !
Digambarkan bermata satu dan
bertanduk serta berbadan
besar.Digambarkan sebagai
raksasa yang ganas.Digambarkan
seperti raksasa yang berjalan di
atas permukaan bumi dan
memijak semua rumah-rumah.
B. Gambaran kolot !
Dajjal digambarkan orang
bermata satu yang datang
dengan tentera-tenteranya di
atas satu kapal angkasa.Dajjal
digambarkan memaksa setiap
orang yang dijumpainya supaya
mengaku dirinya sebagai
tuhan.Dajjal digambarkan suatu
manusia yang berperwatakan
ganjil dan keadaan fizikalnya
yang menakutkan serta suka
membunuh semua orang yang
dijumpainya.
Setelah berfikiran seperti A dan
B, umat Islam secara sendirinya
cuba membentuk pula jalan
penyelesaian masing-masing
terhadap persoalan, “apa aku nak
buat jika Dajjal datang kepada
ku ?”Berikut pemikiran kolot
umat Islam tentang jalan
penyelesaian menghadapi Dajjal;
A. Penyelesaian paling kolot !
“ Apa aku nak takut! Jika dia
paksa aku, aku tetap akan
berlawan jika aku mati nanti, aku
akan mati syahid macam sahabat
nabi “
“Aku akan make sure tempat
persembunyian aku tidak
diketahui Dajjal. ”
“Aku akan make sure tempat
sembunyi aku di bawah tanah
kerana rasaksa Dajjal tu rabun,
xleh nampak mane aku sorok"
B. Penyelesaian kolot !
“ Kalau Dajjal suruh mengakui dia
sebagai Tuhan, aku angguk jela.
Layankan je. Tapi hati aku tetap
mengaku Allah Tuhan yang Maha
Esa."
“ Kalau Dajjal paksa aku mengakui
dia sebagai tuhan, baik aku ikut
je. Lepas tu kalau aku jadi orang
dia, aku mesti cari peluang
bunuh dia. ”
Itulah pemikiran-pemikiran kolot
yang dapat kumpulkan. Dan
banyak lagi pemikiran kolot yang
tak dapat dituliskan kerana
terlalu banyak yang merapu dan
tidak masuk akal.Gaya Berfikir
Kolot Memudahkan Kerja Dajjal?
Jika umat Islam mempunyai
fikiran seperti A dan B, manakala
jalan penyelesaian juga seperti A
dan B, seronoklah Si Laknat itu.
Mungkin ada yang memikirkan
bahawa Dajjal tidak tahu cara
berfikiran kolot di atas. Mana
mungkin tidak! Dajjal
dimudahkan oleh Allah SWT
untuk melakukan kerja-kerja
terkutuknya.Dajjal ditakdirkan
Allah untuk mendapat bantuan
dari Iblis dan sekutu-sekutu
syaitan. Di dalam diri manusia
mempunyai nafsu yang
sememangnya dikuasai oleh
syaitan untuk menyesatkan iman
kita. Memandangkan gerak kerja
Dajjal dibantu syaitan dan Iblis
adalah tidak mustahil apa yang
difikirkan manusia dilaporkan
oleh syaitan untuk tujuan kajian
Dajjal.
Ini secara tak langsung
menjadikan Dajjal ini berhubung
dengan manusia secara terus,
yang mana jika difikirkan dengan
logik akal, manusia dikuasai
mindanya secara direct oleh
Dajjal!Dajjal akan mengumpulkan
semua pemikiran manusia untuk
dibuat satu kesimpulan yang
khusus. Jika sekiranya Dajjal
mendapat maklumat bahawa 90
% golongan remaja meminati
dunia hiburan atau lebih
cenderung kepada muzik. Maka
Dajjal akan melaksanakan suatu
bentuk penyelidikan bagaimana
untuk mempengaruhi pemikiran
remaja melalui muzik.Dengan
bantuan syaitan ini, Dajjal lebih
mudah juga untuk memikirkan
bagaimana untuk menerapkan
nilai-nilai kesyaitanan dan
pemujaan terhadap dirinya
melalui muzik dan hiburan.
Sebagai contoh, band Cradle of
Filth yang banyak menerapkan
unsur-unsur pemujaan terhadap
Raja Syaitan, Lucifer. Untuk
memaksa manusia menyembah
Dajjal secara terang-terangan
adalah sukar, kerana masing-
masing mempunyai benteng
tersendiri iaitu agama masing-
masing sama ada Islam, Kristian,
Yahudi atau sebagainya.Tetapi
untuk membuat manusia
mengakuinya sebagai tuhan
tanpa manusia sendiri sedari
adalah suatu perkara yang
mudah. Jika aspek hiburan adalah
senjata, maka hiburanlah yang
perlu kita ambil peduli dan
berhati-hati.Ingatlah wahai
saudara-saudara sekalian, bagi
kami (WnH), raksasa atau
makhluk aneh yang anda
tunggu-tunggu tidak akan
kelihatan sampai bila-bila.
Apa yang pasti, yang akan
muncul nanti ialah seorang
manusia yang kelihatan normal,
berpendidikan, prestij, berkaliber
dengan gaya ahli politik yang
luar biasa. Manusia itu bernama
Dajjal. Kenyataan ini telah banyak
dibahaskan oleh kebanyakan
pemikir-pemikir Islam dan
Barat.Cara ia memunculkan diri
dan hari kemunculannya tidak
diketahui melainkan konco-
konconya yang terdiri dari
kalangan pemimpin-pemimpin
beberapa negara Eropah,
billionaire dan ketua agama
Yahudi. Saat ia muncul, semua
umat Islam tidak menyedari
kerana umat Islam masih
memperhatikan manusia yang
bermata satu, berbadan besar
dan tertulis KAFIR di
dahinya.Semua itu tidak
kelihatan. Walaupun hadis
mengatakan Dajjal dengan ciri-
ciri mata satu, berbadan besar
tetapi semua itu boleh diubah
Dajjal cuma hanya pada keadaan
tertentu yang menampakkan ia
begitu. Dan itulah tujuan hadis
disabdakan, untuk dikaji dan
diselidiki bukannya difahami
secara luaran sahaja.Hanya yang
dapat mengenali Dajjal adalah
konco-konconya dan ulama-
ulama yang zuhud yang mana
mereka dapat menghidu bau
bencana akhir zaman ketika
kemunculannya
itu.Kesimpulannya, kita harus
peka dengan keadaan sekeliling.
Mana tahu mungkin jiran sebelah
rumah kita yang baru pindah itu,
berbaik-baik dengan kita
kemudian menyebarkan fitnah
sana sini, ialah jelmaan Dajjal?
p/s : Segala apa yang
disampaikan oleh merupakan
teori yang diperbuat
berlandaskan kajian terhadap
keadaan yang terjadi sekarang
dan tidak lupa juga kepada hadis-
hadis yang sahih. Adalah
digalakkan sekiranya artikel ini
dikongsi beramai-ramai dan
diperluaskan infonya....
No comments:
Post a Comment